Wednesday, February 28, 2007

Semalam

Semalam, aku sibuk ya amat sangat kat opis. Banyak paper work yg perlu disiapkan. Production nak barang urgent lah, nak approve kan management paper lah, nak type semua dokumen dalam komputer lah, mana nak carik quotation lagi, pastu meeting kelab sukan. Ni dah sibuk tak bertempat dah ni.. Aku sibuk naa sampei tahap tak gi lunch. Jadi dgn itu kejadian, aku tak nyempat-nyempat nak update kan blog. Sori kengkawan, lambat reply pada n3 yg lepas....

Semalam, walau sesibuk mana pon, aku tetap jugak ada luangkan kan sedikit masa tuk menatap internet sekali sekala pasal nak bagi otak nih rehat jap. Otak nih asyik keje tak henti-henti. Kasi dia nyaman jap. Amek tau pasal perkembangan dunia. Takde lah tengok blog tapi mencarik web-web lain yg menarik perhatian aku. Bukan web tak senonoh tau. Web yg ade pekdah jer...heheheheheee....

Semalam, kuar opis lambat sket dlm pukul 6 petang gitu. Tengah jem panjang kat trafic light. Jumlah keter yg ada kat atas jalan mcm luar biasa sket dia punya kuantiti. Ingat kuar awal takdelah sangkut. Nak jadik citer, masa tuh ternampak lah 1 motor besar datang dari belakang. Awak pon amek tak port jelah. Tapi, aku perasan apsal motor nih warna putih. Sekali tengok motor polis yg baru daa... Aku tergamam jap sorang-sorang memikirkan pasal motor tuh dan PDRM. Skang dorang pakai super bike. Bertuah nye orang yg dapat pakai motor nih. CBR 1100 tuh...ish...ish..ish.... Apsal lah aku tak jadik polis dulu.
Semalam, orang umah ada di rumah mertua. Terus ke sana tuk minam petang. Tetiba dapat sms dari rakan seperjuangan. Ada game bowling mlm nih dimana perjanjian yg telah dimeterai pada pukul 9 mlm. Tanpa mebuang masa aku pon balik lah umah tuk berehat dan sembahyang. Orang umah dan anak-anak tak ikut dan dorang tinggal kat rumah mertua. Lam kul 8.30 gitu, aku pun kuar lah nak gi check duit dulu. Ramai nye orang sampei aku pon tak dapat kuar duit. Masa dah terhad nih. Aku gamble jer gi tengok ATM kat Seremban Parade. Nasib baik ada. Mesin tuh bagi aku kuar duit RM50 je. Jadilah daripada tak ada nak buat modal bayar game bowling. Aku tengok pon mesin mcm nak tak nak jer kuar duit. Lambat semacam..

Semalam, main bowling 5 orang. Sepatut nye ada 6 orang seperti besa tapi sorang tuh tak dpt datang. Score semua orang mcm hampeh termasuk lah aku. Ntah apsal. Semua dah hangin 1 badan. Minyak kat lane takde langsung. Lane pon mcm rabak je. Kalu hari rabu petang, bebudak MSSM training. Pepaham jelah keadaan lane tuh. Selalu nye kitaorang main hari selasa atau khamis. Lane tuk kami akan dibooking jadi dah siap tersedia setiap kali nak datang main. Geng-geng aku nih regular customer. Semua orang kenal....

bola yg dah berjasa selama 8 tahun kat aku.


Semalam, dah selesai main bowling dlm kul 11 gitu, kami pon gilah makan kat kedai mamak depan bangunan ni je. Aku memang lapar. Order roti banjir sampei 2. Minum air 2 gelas. makanan sampei lambat plak. Lepak sampei kul 12.30 malam gitu. Dah penat bercerita, aku pon balik lah nak jemput orang umah kat umah mertua.. Dah nak tido rupe nye. Anak yg sulung dah tido dah. Yg adek taknak tido pasal tak puashati aku tak bawak dia. 2nd time dah aku buat camni. Aku dah suruh dorang dok umah tapi dia tak nak. Jadi, kena tunggu aku lah..hehehehe...
Sian kat boy ngan kakak pasal tak dapat ikut main bowling.....

Monday, February 26, 2007

An interesting reflection from my friend

Slow Down Culture

It's been 18 years since I joined Volvo, a Swedish company. Working for them has proven to be an interesting experience. Any project here takes 2 years to be finalized, even if the idea is simple and brilliant. It's a rule.

Globalize processes have caused in us (all over the world) a general sense of searching for immediate results. Therefore, we have come to posses a need to see immediate results. This contrasts greatly with the slow movements of the Swedish. They, on the other hand, debate, debate, debate, hold x quantity of meetings and work with a slowdown scheme. At the end, this always yields better results.

Said in another words:
1. Sweden is about the size of San Pablo, a state in Brazil.
2. Sweden has 2 million inhabitants.
3. Stockholm, has 500,000 people.
4. Volvo, Escania, Ericsson, Electrolux, Nokia are some of its renowned companies. Volvo supplies the NASA.

The first time I was in Sweden, one of my colleagues picked me up at the hotel every morning. It was September, bit cold and snowy. We would arrive early at the company and he would park far away from the entrance (2000 employees drive their car to work). The first day, I didn't say anything, either the second or third. One morning I asked, "Do you have a fixed parking space? I've noticed we park far from the entrance even when there are no other cars in the lot." To which he replied, "Since we're here early we'll have time to walk, and whoever gets in late will be late and need a place closer to the door. Don't you think? Imagine my face.

Nowadays, there's a movement in Europe name Slow Food. This movement establishes that people should eat and drink slowly, with enough time to taste their food, spend time with the family, friends, without rushing. Slow Food is against its counterpart: the spirit of Fast Food and what it stands for as a lifestyle. Slow Food is the basis for a bigger movement called Slow Europe, as mentioned by Business Week.

Basically, the movement questions the sense of "hurry" and "craziness" generated by globalization, fueled by the desire of "having in quantity" (life status) versus "having with quality", "life quality" or the "quality of being". French people, even though they work 35 hours per week, are more productive than Americans or British. Germans have established 28.8 hour workweeks and have seen their productivity been driven up by 20%. This slow attitude has brought forth the US's attention, pupils of the fast and the "do it now!".

This no-rush attitude doesn't represent doing less or having a lower productivity. It means working and doing things with greater quality, productivity, perfection, with attention to detail and less stress. It means reestablishing family values, friends, free and leisure time. Taking the "now", present and concrete, versus the "global", undefined and anonymous. It means taking humans' essential values, the simplicity of living.

It stands for a less coercive work environment, more happy, lighter and more productive where humans enjoy doing what they know best how to do. It's time to stop and think on how companies need to develop serious quality with no-rush that will increase productivity and the quality of products and services, without losing the essence of spirit.

In the movie, Scent of a Woman, there's a scene where Al Pacino asks a girl to dance and she replies, "I can't, my boyfriend will be here any minute now". To which Al responds, "A life is lived in an instant". Then they dance to a tango.

Many of us live our lives running behind time, but we only reach it when we die of a heart attack or in a car accident rushing to be on time. Others are so anxious of living the future that they forget to live the present, which is the only time that truly exists. We all have equal time throughout the world. No one has more or less. The difference lies in how each one of us does with our time. We need to live each moment.

As John Lennon said,
"Life is what happens to you while you're busy making other plans".

Sunday, February 25, 2007

AKTIVITI FAMILY LAST WIKEN

Smlm tak tau nak buat apa kat umah. Dah lepas aktiviti sekeluarga bersarapan roti canai lam kul 11 pagi (bangun lambat lagi). Melepaks lah kat umah tengok citer katun sampei tengah hari...

Tetiba dapat info dari kakak ipar aku. Dia cakap ada pameran pendidikan kat Royal Aldephi Sbn. Dia dah pegi semalam daftarkan akauan tuk anak-anak dia. Aku buleh terus daftar akaun PTPTN tuk anak-anak kat situ jugak dan leh dapat hadiah banyak kata nye.. Aku memang dah lama plan nak bukak akaun PTPTN tuk anak aku tapi memanjang tertangguh jer. Jadi dah ada peluang keemasan nih, baik aku pegi buat.

On the way ke sana barulah nampak bunting ngan banner promote tentang pameran tersebut yg tersorok kat tepi-tepi pokok.. Ciss!!! patut lah aku tak nampak dan tak dapat info langsung. Selalu balik keje lalu jalan yg sama. Heran betul. Perati mende lain kot...heheheee...

Kami sampei kat Royal Aldephi dlm kul 12.30 tengahari. Parking basement pon leh tahan penuh nye. Nampak lah orang berbondong-bondong bawak hasil dari pameran. Sarat jer aku tengok dorang tuh... Rerupa nye semua universiti kat m'sia nih ada bukak booth. Dorang ada bagi memacam bahan.


Itu aku tengok kemudian lah pasal nak settle kan PTPTN nye hal dulu. Mak aiiii!!!!! ramai nye orang kat booth nih. Berebut-rebut nak amek borang. Sampei jer kat situ terus ada 1 kerusi kosong. Apa lagi, aku duduk terus mintak borang lah. Rejki aku dan anak-anak lah nampak nye.

Nak di jadik kan citer, aku isi dulu borang tuk kakak. Ok, sumer nye berjalan dgn lancar. Borang kakak dah siap aku isi. Masuk plak borang kedua tuk adek. Banyak salah plaks masa isi. Isi lagi sekali borang pon salah jugak. Aku dah tension dah sbb orang menyebok himpit-himpit aku. Panas dan semak dek orang yg ramai. Jadi aku panggil wife plak suruh isi borang adek. Dia pon salah isi gak. Masuk borang ke 4 barulah betul. Alhamdullillah, dapat gak settlekan hal borang dan dapat bukak akaun tuk budak 2 orang tuh. Masuk kan sorang RM100.00. Dapat hadiah sampingan seperti Mug, Tabung, Key-chain, Payung, Sticker kereta dan memacam lagi lah...

Selesai semua, kami sekeluarga jenjalan lah kat booth lain. Collect bahan-bahan ape yg patut tuk budak 2 orang tuh.. Nampak nye budak 2 orang tu happy jer pasal dapat memacam. Aku sebenar nye nak dedahkan mereka pada benda-benda mcm ni supaya dapat menimbulkan minat tuk belajar bersungguh-sungguh dan berusaha tuh masyuk universiti... Itu yg penting.

Dah selesai, kami pon pegi lah Jusco S2. Takde ape-ape yg menarik melainkan orang terlampau ramai. Parking penuh sampei kena tunggu orang keluar.. Dok lama lam keter tunggu parking kosong. Perut dah lapar ya amat. Budak 2 orang tuh pon dah komplen pasal tak memakan lagi.


Jam menunjukan pukul 2.30 petang. Carik port tuk memenuhi perut yg lapar nih. Wife nak makan steamboat. Dah lama dia peratik restoran tu bila datang sini. Jadik aku pon ikut jelah walau pon masa tu kena beratur panjang tunggu giliran. Dapat gak tempat. Order set yg dia offer tuk 4 orang. Sekejap jer dah dapat sumer bahan-bahan. Best gak main celop-celop lam mangkuk stim. Anak-anak sibuk nak pakai chop stik mcm bapak dia gak. Aku pon dah kekok pegang chop stik pasal dah 4 tahun tak guna. Hampir 1 jam semua bahan-bahan habis di makan.
Nyam !! nyam!!! nyam.... kenyang nye.

Dah kenyang jenjalan lah kat sekitar Jusco. Sesaja masuk kedai yg takde orang. Takdelah bersesak-sesak ngan orang lain.. Gi tengok bowling kat tingkat 2. Kedai bowling tutup plak. Aku plan nak beli bola baru sebenar nye. Takde plak budak tuh. Lian kali lah......


Dah buring tak tau nak buat apa, kami pon gi lah dok kat depan TGV nun. Tengok screen tuh satu-satu. Orang umah aku ajak tengok citer Norbit. Norbit pon Norbit lah. Tengok show kul 5.20 petang. Beli sesiap porp corn ngan air mineral. Masa masyuk tuh que panjang gak. Mesti ramai nih. Aku nye tiket row F tuh. 6 row dari depan. Nasib baik tak kena mendongak.. hehehee......

Citer tu ok lah. Sesambil ada lawak sarkes. Tapi tak leh lawan Chau Sing Chee (Shaolin Soccer & Kungfu Hustle). Dia punya lawak lagi splastik.... Boy dah terlelap masa citer baru sampei setengah. Dia memang suka dok lam aircond sbb dapat tidor nyenyak. Kakak nyenyaris nak terlelap. Dia layan jelah Eddie Murphy nye lawak. Citer nih aku bagi 3/5 jelah..

Habeh citer dalam kul 7.15 pm. Terus balik umah lah. Apa lagi mau bikin....

Thursday, February 22, 2007

Aku dah tak tahan

Arrrrggggghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!....................

Dah tak mampu lagi aku tuk menahan diri ini dari mengupdatekan n3 yg baru kat blog ni haaa.... Genap seminggu dah aku tinggalkan blog ini tuk bagi spiderman buat sarang dia yg paling besar kat sinun.

Sepanjang masa tuh, aku hanya tengok blog orang lain dan adalah sikit-sikit meninggalkan komen mengikut kemampuan diri ku ini dan jugak mood....Bila tengok blog dorang, aku banyak berfikir tentang kehidupan... Hmmm!!!! sudah lah...

Rindu rasa nye jari-jemari ku ini kerna dah seminggu tak menaip n3 yg baru dan aku menjadi amat lah mengong masa nih sesangat pasal takde idea yg best nak buat citer.... Dah tak mampu lagi nak menanggong rindu pada blog aku yg best ni...ekekekekekkkk..

Adakah teknik aku memancing komen itu menjadik, sesama kita lihat hasil nye...heheheheee..

Serta dengan tidak semena-mena nya, walau pun aku dah lama tak layan blog sendiri aku tetap kena jugak tag oleh rakan-rakan seperjuangan di arena sukan memblogs. Jadi untuk tidak menghampakan diri sendiri dan jugak rakan-rakan, ku paksa jua minda ku ini tuk mensyerkan apa jua perkara pelik tentang diri ku ini. Semangat kesukanan yg tinggi perlu ditunjukkan pada mereka semua....

Seperti besa, aku ulang balik syarat-syarat pertandingan walaupun korang sumer dah baca banyak kali... ekekekekekkkk!!!!!!!!!

The rule of the game:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.


1. Aku tak suka duit lam wallet tak tersusun rapi dan tak tentu arah. Setiap kali aku dapat duit balance dari kedai ke, pasar ke, supermarket ke, kedai dobi ke, aku akan check dulu duit tu 1 persatu serta merta lepas amek. Aku akan gosok permukaan duit tu supaya tak berkudut atau berlipat-lipat. Selepas tuh aku akan susun kat lam wallet ikut nilai nye mcm contoh duit RM50 kat belakang sekali dan duit RM1 kat depan skali. Susun ikut turutan dan aku akan pastikan wajah agong setiap duit tuh sama jerk dan tak nak tonggang terbalik kat lam wallet..


2. Aku suka cakap sensorang tak kira masa. Aku tulih blog nih pon leh cakap sensorang. Tapi kena make sure takde orang lah kat opis. Kat lam keter pon sama. Aku akan membebe-bebel lah seorang diri melayan perasan ku yg marah kat drebar-drebar lain yg tahap lembeb ke, memandu tak ikut undang-undang ke, tetiba keter potong que ke, ajak aku racing ke. Aku punya tahap cakap sensorang nih cukup sadis sampeikan wife aku akan tegur tuk memberi kesedaran serta-merta pada diri ku ini...ish.ish.ish.ishhh..(mat 3 suku ke aku nih ?????).


3. Aku suka amek gambar dan jugak bergambar. Tak tau lah kenapa tapi pe'eel aku nih start masa aku sekolah menengah lagi. Asyik tengok kengkawan bergambar jerk, aku pon nak gak tumpang sekaki. Jadi aku pon belilah 1 kamera khas tuk amek gambar lain dan jugak gambar aku sendiri. Tak kesah lah amek kat ne. Gambor kelas ke, gambar gi rombongan ke, kena rotan ke, buat jahat ke, panjat pagar sekolah ke....sumer ade lah.....


4. Aku lebih suke dengar lagu omputih dari dengar lagu melayu. Tak tau apsal. Mungkin lagu melayu sumer sepesen jer kot ataupon lagu melayu nih tangkap leleh melentok-lentok... Aku tak berapa minat kalu lagu begitu. Dari kecik lagi aku suka dengar lagu omputih... Mungkin tu sebab aku nye english kat sekolah power yg amat sangat agak nye. Memanjang dapat 100% jer....heheheheeeee.. Dah terbiasa kot. Skang nih lam keter radio omputeh, kat umah lagu omputih, kat opis lagu omputeh...Nak jadik mat saleh celop hape ntah.. Tapi takpe, aku lah dictionery kat opis sbb english bagus. Pepehal, dorang refer kat aku. Bagus gak kan....


5. Aku nih suka berkawan. Tak kesah lah kat mana atau dgn sape. Kalu aku gi memana, aku musti senang carik kawan. Kat kedai gunting rambut ke, kat dalam feri ke, kat lam kapalterbang ke, kat lam teksi ke. Memang senang ya amat. Aku terlebih ramah kot. Besa nye aku yg sebuk mula bercakap dulu. Buat-buat lah tanya soalan bodoh ke, soalan bijak ke, soalan mcm bagus ke... Tapi kalu kena orang pendiam, mati akal lah aku...heheheee.. Orang lain senang mendampingi aku kot...... chewahhh!!!!!!!!!!!!!!

6. Last but not least, aku nih perfectionist (betul ke aku tulih nih). Semua mende mesti nak perfect. Aku akan make sure mende tersusun rapi dan cecantik belaka. Aku tak tau apsal.
Kalu kat opis, orang ingat aku takde keje pasal meja aku tuh bersih jerk (memang pon takde keje...heheheee....). Kalu kat umah, lagi teruk. Carpet musti sama line ngan lantai, tak buleh senget-senget. Pastu langsir pon sama gak, musti balance dan kaler nye musti cantek skali. Hanger pon musti sama jenis dan kaler kalu susun lam lamari. Kena sama semua. Kalu tak Wife musti kena tegur ngan aku...


Itulah aku punya 6 kepelikkan dalam hidop ini. Setiap manusia ada special nye dan jugak ada kureng nye. Janganlah ingat diri kita ini kureng dari orang lain. Ada orang lagi pelik lam dunia nih.........

Jadi tibalah masa nye tuk aku plak nak tag 6 orang yg aku tak berapa nak suka dan mereka asyik menyebok jer lam blog aku ni haaa...heheheheheheeee...(aku gurau jerk)

Inilah insan-insan yg terpilih :
1. ALEX LACEY
2. YUS
3. REFLESIA MERAH
4. QOTH
5. NBK 466
6. KD

Kepada 6 orang insan bertuah yg aku pilih nih, pepandai korang lah nak citer mende pelik-pelik tentang diri korang yeik....heheheheeee.....

Den dah lopeh dah. yahoooooo!!!!!!!!!!

Thursday, February 15, 2007

MALAS LAH NAK TULIH KAT BLOG


Korang nak tau pasal apa aku malas nak tulih blog........

Pasal geng-geng sumer tak nak masyuk kan komen kat n3 aku. Nape korang tak nak masyuk kan komen, aku pon tak tau........

1. Adakah korang menyampah membaca n3 aku yg mcm bagus?

2. Adakah citer aku sumer memburingkan?

3. Adakah aku menyinggung perasaan orang lain?

4. Adakah aku pinjam duit, aku tak bayar balik?

5. Adakah aku menyusahkan orang?

Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yg tau.... Ini menjadi sebab-musabab aku dah takde mood nak buat n3 lagi. Mulai hari ini aku nak berenti anto n3 dan akan hanya membaca blog orang lain sahaja.
Kepada mereka-mereka yg sudi menjengok blog ku yg tak seberapa ini, aku ucapkan terima kaseh yg tak tehingga berjuta nye....

Dan kepada mereka yang mungkin bosan dan marah membaca n3 yg mcm bagus nih, aku pon nak ucapkan terima kaseh pada korang sumer.....

Selamat memblogs, terima kaseh................

Wednesday, February 14, 2007

ANUGERAH KESELAMATAN

Last week kompeni aku dapat anugerah dari PM, Pak Lah. Anugerah keselamatan pekerja kata nye... Anugerah ini diberikan kepada kompeni yg membuat baik kepada pekerja nye dan juga menjaga keselamatan para pekerja.

Boleh dikatakan bagus jugak kompeni aku nih. Yelah, bebudak production setiap hari bergelumang dengan "industrial waste" yg merbahaya mcm toxic, chemical dan sebagai nye. Jadi, perlu lah syarikat menjaga semua perkerja... Kalu ikut JKKP & DOE, peralatan safety yg disedikan cukup complete & perfect. Aku kengkadang masyuk production pon kena jadik cam orang nak naik bulan. Kalu tak complete, nnt kena saman ngan "Safety Department"...


Kalu ikut kan citer kat dalam n3 si NBK466 tuh (alaaa, mamat yg macam bagus tuh..) aku pon sedih gak pasal tak dapat gi. Pada mula nye aku leh pegi, pastu orang safety cakap kena buat cabutan nama plaks. Apelah dorang nih. Dah sah-sah nama aku tak naik. Hampeh tul.
Adalah 30 orang dapat gi sana...
Aku bukan nye pikir sangat nak makan kat hotel, tapi sebenar nye nak pergi majlis anugerah tersebut berjumpa ngan PM. Dah pernah jumpa dah dan bersalam ngan PM tapi nak pegi lagi lah....heheheeeeee....
p/s:Tamak nye aku. Bagilah peluang kat orang lain plak kan....
Seperti biasa, MD aku yg macho lagi hensem tuh (tak mcm boss NBK466) gi lah amek anugerah di stage tersebut selaku wakil bagi pehak syarikat. MD aku begitu happy nye sbb kompeni dapat lagi 1 anugerah. Dan dia berjanji nak bagi something kat sumer pekerja tapi tak tau lagi ape bende nye.. Jgn payung lagi udah... Tahun nih dah 3 payung dapat.

Inilah roman nye (rupe nye) award yg kompeni aku dapat. Amacam kengkawan, cantek tak award tuh..heheheee..Maka dapat lah kompeni aku kuar surat khabar ngan TV dan menjadik begitu famous lagi...

Tuesday, February 13, 2007

LTDL LAST WEEK


Tengok jadual, LTDL akan sampai ke bandar Seremban padal hari sabtu 10 Februari 2007. Aku ngan anak-anak memang suka tengok luba basikal. Dah seminggu layan tengok rakaman perlumbaan kat RTM1 pukul 11.30 mlm. Sanggup tunggu anak-beranak. Jarang tengok tv1 tapi lombe basikal nye pasal, aku mengalah lah. Tapi buring lah dia nye pengulas. Dah hilang suare pon nak jadik pengulas lagi. Sape lagi kalu bukan Hasbulalalalaaa.........heheheeee!!!!!

Punyalah excited nak tengok beskal (padahal kat umah ada beskal anak), sampei town pukul 11 pagi. Nasib baik dapat parking ngam-ngam kat tepi tempat dia sampei. Aleh-aleh dengor pengumumam dia, rombongan beskal hanya akan sampei kul 3.30 petang. Cisss!!! hampeh tul.
Dah lah 4 beranak nih kelaparan pasal nak kejor masa. Rupe nye sampei lambat lagi.

Ape nak buat nih. Bawak anak dok tepi dewan tengok bebudak kecik lombe beskal. Aktiviti sampingan kata nye. Dah buring mengadap beskal kecik tuh, tepat kul 12.30 kami pon berjalan-jalan sambil makan eskrim ke KFC pasal dah buring tahap cipan dok kat situ.

Masa lam perjalan kaki tuh, nampak lah FRU tengah melepak. Tengah buring lah tu. 1 group bukak table dan buat air kopi, 1 group melepak hisap rokok sambil usha awek lalu lalang, 1 group lagi tido lam lori.. Memacam aksi lah dibuat dek FRU nih. Kami pon anak-beranak lalu lah kat celah-celah mereka. Ada hajat nak usha oghang umah aku. Nak kena belasah ape...heheheeeeee....

Dah kenyang makan KFC, dalam kul 1.30 petang tuh kami pon bergeraklah beramai-ramai dgn oghang lain ke dewan tersebut tuk berteduh. jalan banyak tutup. Anak-anak aku asyik sebok tanya nape jalan tutup. Penatlah nak jawab. Hari tu memang panas ya amatttt!!!! Camnelah racer sumer leh tahan nih. Musti ade yg out ...

Tgh syiok melepak-lepak, jumpa lak abang ipor ku dan juga anak/anak buah yg berderet. Ipar aku yg sorang nih memang suka layan bebudak. Dia angkut lah anak jantanman dia yg 4 orang tuh campur ngan kuncu-kuncu dia yg lain. Anak dia sumer jantan. Jadi dia suka lah nak melayan anak aku yg girl tuh. Mintak je ape, musti dia bagi punya... Ish! citer pasal dia plak....

Tetiba suara kanak-kanak memecah kesunyian. Berduyun -duyun kekanak tgh turun dari bas yg banyak. Rerupa nye kanak-kanak nih nak join pertandingan melukis. Larrrr!!!, tak tau lah plak. Jadi kami pon dok lah kat tepi dewan tuh sambil tengok bebudak melukis. Anak-anak aku dah merengek nak melukis jugak. Mana buleh pasal ini event orang lain punya. Jadi aku dapatkan dia belon dari badut yg merayau-rayau tanpa hala tujuan kat tepi dewan. Sesambil tuh ade gak orang RTM ngambek gambor. (Malam tuh tengok rakaman, ade kuar gambor anak aku kat TV ..heheheee... Gambor mak ngan bapok dia takde lak.)

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu baru lah dia announce ade lagi 1 jam. Baru pukul 2.30 petang nuh. Oghang umah aku sibuk ajak gi dok kat depan stage. Awak pon ikut jelah ngan anak-anak. Panas tak hingat kat depan tuh. Kan musim panas skang nih. Sempat lah snap gambor rombongan eskot yg sampei dulu. Ade polis trafik wanita yg cun woooo!!!!!!!!!!.....


Jadik kami hanya mampu bertahan tuk 15 minit jerk kat situ. Baju ngan seluar dah kuyup dek peluh. Takleh jadik nih. MB Negeri Sembilan (orang kampong aku) plak baru sampei. Kami pon pindah lah 50 mtr kedepan sket dari stage. Ade kedai mamak kat situ. Sibuk beli air mineral. Yg tinggal hanya 1/2 sejuk. Yg lain sumer dah kena rembat. Layan jelah air yg ade. Haus nye......

Pengumuman mengatakan ade lagi 20km tuk sampei. Takpelah, kami dah dok kat tepi kedai. Teduh sket. Tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... Pada kul 3.15 petang gitu, keter marsyal lalu kat depan kami dengan laju. Anak aku dah sebuk tepuk-tepuk board besi tuh. Suka lak dia sbb tengok orang lain buat. So, dia pun ikutlah tepuk board tuh.. Aku tgh sibuk amek gambor masa tuh.

Tepat pukul 3.30 petang, pelumba yg pertama iaitu pemenang stage nih pon sampei. Nama dia Alberto Loddo. Memang laju kayuhan dia ke garisan penamat. Rasa nye dalam 80km/j. Laju tuh mcm keter. Tak sempat aku nak snap gambor dia...... 1 group pon sampei dlm 30 orang gitu. Pastu 1 lagi group sampei dalam 40 orang lagi. Lebih kurang 40 pelomba lg tak dapat habehkan perlumbaan. Maklumlah, cuaca panas. Tak best plak dorang sampei sikit-sikit. Kalu sampei serentak best lah sket....


Kami sekeluarga dgn puas dan penat nye, balik umah. Baru keter jln lam 100 mtr, anak aku dedua dah pengsan. Penat gamaknye tuh. Apalah bapak dia dah buat nih... heheeeeheee.....
Jalan jem teruk pasal tutup jln lagi. Jadi 1 jam lak aku nak sampei umah aku. Selalu nye 15 minit jerk...

ASAL USUL "VALENTINE DAY"

Tengah menyibok pagi nih carik channel radio yg best selain Era, terdengar plak rancangan radio Mix fm. DJ-DJ tuh tgh membincangkan perihal bagaimanakah wujud nye Sambutan Hari Valentine. Memasing ade idea yg tersendiri.

Kepada yg telah mendengar, jangan lah tak tengok n3 nih plak. Sekadar hendak berkongsi pengetahuan bersama-sama rakan yg lain. Cerita ini berdasarkan pada fakta sejarah.

Sebenarnye pada kurun ke 14 semasa di negara Peranchis, telah wujud 1 undang-undang hasil dari idea Raja yg sedang memerintah. Setiap pasangan yg hendah berkahwin, mustilah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak keluarga dan majlis hendaklah di adakan di gereja yg di terajui oleh paderi bernama St. Valentine....



Maka nak dijadikan citer, adalah sepasang kekasih yg hendak berkawin sangat tapi tak dapat perstujuan dari pihak keluarga. Oleh kerna mereka dah buntu kerna tak dapat idea nak buat mcm mana lagi, mereka pon pegi lah berjumpa dgn St. Valentine dan bertanya pendapat nye..

Oleh kerna St. Valentine nih kesian dan tengok mereka berdua nih teramat-amat lah menyintai antara 1 sama lain, St Valentine pon berjanji akan mengahwin kan mereka dimana pon mereka hendak. Jadi mereka bersetuju dan St. Valentine pon mengahwinkan mereka tanpa kehadiran sesiapa pon.

Pada satu ketika, rahsia yg di simpan telah pon sampei kepada raja dan raja terus menjadik murka yg amat sangat. Raja terus memanggil St. Valentine dan bertanya perkara yg sebenar nye. Akibat dari pengakuan berani nye, dia telah di hukum mati dan mayat nye dipamirkan ke khalayak ramai...

Hasil dari kematian St. Valentine, sumer pasangan menjadik sedih kerna beliau dibunuh akibat daripada peristiwa cinta agong tersebot. Dan sehingga ke hari ini mereka mengingati St. Valentine dgn mengadakan sambutan Hari Valentine di seluruh dunia....

Moral of the story :
Kita jgn lah menyambut Majlis Valentine kerna ia diadakan sempena memperingati St. Valentine (seorang paderi). Bila kita menyambut nye, bermakna kita pun tergolong ke dalam agama tersebut.....

Sunday, February 11, 2007

LIMAU TAHUN BARU CINA



Nampak nye di tepi-tepi jalan dan juga di dalam pasaraya, peniaga-peniaga sibuk menjual limau sempena Tahun Baru Cina.. Pandang kiri, limau. Pandang kanan, limau. Pandang belakang, limau. Pandang depan, limau. Pendek kata, sumer limau lah...

Sibuk betul mereka dgn limau-limau tersebut sbb nak mengembangkan lagi bisnes dan menambah kan lagi kekayaan yg mereka ada.... Nanti mereka boleh bagi angpau besar....



Mengikut catatan di opis setakat hari ini, kami telah menerima sebanyak 10 kotak limau. Dengan ini ia telah mejadik kerisauan oleh semua pihak kerana kutipan limau yg kureng menggalakkan berbanding tahun-tahun yg lepas. Selalunya koleksi boleh dapat sampei 50 kotak ke 100 kotak. Ntah kenapa tahun 2007 tak berapa bagus dan apa kah punca nye kami tidak ketahui..

Koleksi kali ini agak kureng memuaskan dan semua pekerja menjadik risau yg amat sangat. Adakah kerna nak masyuk tahun khinzir(anak dapat banyak, limau tak dapat banyak), adakah kerna bisnes mereka tak berapa bagus, semua supplier jadik kedekut atau payment mereka tak dpt lagi...Mana satu yg menjadik punca nye.

Akibat dari masalah ini, kami tidak dapat membawa limau puleng dan ini membawa kepada berlaku nye konflik keluarga mcm dalam telenovela kerana anak-beranak tak dapat makan limau banyak sambil menonton TV seperti tahun-tahun yg lepas...

p/s: baru dpt lagi 5 kotak....

Wednesday, February 7, 2007

LAWATAN MENTERI DARI DENMARK

Pada 30 January yg lalu, sejarah telah tercipta di KA kerna kami telah menerima lawatan resmi dari Menteri of Denmark yg kebetulan nye berada di Malaysia kerna Seminar Antarabangsa di Kuala Lumpor.....


Menteri tersebut tiba di Kualiti Alam pada pukul 3 ptg dan di sambut penuh meriah oleh MD kita yg macho lagi hensem.. Menteri Denmark tersebut hadir bersama-sama dgn rombongan yg kira-kira nye berjumlah 20 orang semua. Polis toksah citer lah berapa ramai. Dasat tul kawalan keselamatan yg diberikan. Maklumlah, ini kira VVVIP jugak kan...

Seperti lawatan yg lepas-lepas oleh pihak Denmark samada menteri atau pun bukan menteri, mereka tetap diberikan layanan yg sama seada nye.

Ada kisah di sebalik keakraban syarikat kami dgn negara Denmark. Kalu ikutkan takdelah bau0bau bachang, tapi bau kentot tuh ade lah...ekekekkkkk.... Sebenarnya kesemua mesin-mesin yg ade kat lam kilang nih semua nye di import dari Denmark. Denmark telah memulakan proses ini sejak dari 20 tahun yg lalu. So, mereka lagi advance dari M'sia dan den tak dapat nak pergi Denmark sbb yg first badge jer dpt gi masa tahun 1992. Den masyuk bilo, dah lewat....


Menteri tersebot diberikan penerangan oleh MD dan serta lawatan mengenai fungsi dan operasi Kualiti Alam secara lengkap dan berinfo. Rombongan di bawa melawat Lab, Office dan Lanfill kami (gambar tidak boleh dilampirkan kerna ia rahsia kerajaan... sori yeik)...
Menteri Denmark amat gembira dan berpuashati dgn tour yg diberi kan.....

Nampak nye Menteri tersebut memberikan perhatian yg sepenoh nye sehingga dia tidak mempedulikan orang lain di sekeliling.....Tapi leh tahan gak die punya menteri. Cantik dan tinggi mcm model..Putih melepak. Tak mcm kat M'sia semua gemok-gemok belaka...heheheeeee....

p/s:Tengoklah dia punye idong, mcm burung belatuk daaaa....ekekekekkk!!!!!!!

Selesai sahaja presentation dr MD, sumer wartawan dapat goodies bag. Dalam goodies bag ade cekelat, gula-gula, lolipop, cekedis, tikam-tikam...... ehhh, takdelah!!!! Kitaorang bagi note book, pen dan company profile. Tu jer ada lam beg tuh. Jadi suko lah mereka dan keluarga mereka kerna dpt gift. Betapa gembira nye mereka sampei lupo nak menjalan kan tugas.

Hampeh tul mereka nih...heheheeeeee....



Acara akhir sebelom mereka pulang, ada program terakhir di kawasan lobi. Seperti biasa, dah penat berjalan-jalan di kawasan syarikat, mereka di wawancara oleh wartawan yg hadir dan sesi soal jawab bersama-sama wartawan berjalan selama 30 min... Berbagai soalan yg diberikan dan semua nye berkisar kepada projek usahasama antara Denmark dan juga M'sia. Tanya pasal projek baru seterus nye. Ada can lah aku nak gi Bandung ngan Dubai nih.

p/s:Betapa famous nye boss besar aku dan jugak Menteri Denmark....




Kurang lebih (pinjam lirik Irwanshah jap..) pukul 4.30 petang, rombongan dari Denmark pun pulang ke Kuala Lumpur sambil di eskot polis trafik yg ramai kerna ade urusan lain yg hendak di selesaikan. Dan aku serta rakan seperjuangan sumer dgn gumbira nye makan juadah yg disediakan dan tak mempedulikan langsung perasan orang lain yg nak tumpang sekaki (sape suruh lambat. nasib korang lah.) heheheheeeee....

p/s:yg kuar kat pintu sebelah tuh PA dia. mak datuk, tinggi nye. Cun gak tuh....heheheeee...

SURAT NAK RESIGN

Kepada sesapa yg nak resign, ini ade 1 contoh surat resign yg aku dapat dari kengkawan. Sila rujuk contoh surat yg dilampirkan di bawah. Semoga berjaya dapat keje baru.....



p/s: kalu nak best, sila tambah bahan-bahan yg ade mcm kobis, timun, garam, gulan dgn sesedap rasa.....heheheeeeee....

Tuesday, February 6, 2007

KEMENANGAN UNTUK DIRI KU...

Setelah 2 hari riuh rendah di department ku dek kekecohan dari pihak Encik Shah dan juga dari pihak management di HQ, semua orang pun bersama-sama menjadik kecoh. Benda yg baik perlu di kongsi bersama-sama mcm kes kekecoh nih.....ekekekeeeekkkk!!!!!! Kerusi sumer oghang belom panas lagi, dah sibuk kena mencarik dokumen yg hilang setelah berhari-hari di carik.

Nak jadik citer sejarah malaysia, assistant Encik Shah sebok bermain email-emailan dgn sumer orang kerna dek dokumen yg hilang tuh.... Sumer oghang membalas sambil memfire balik mamat tuh kerna menyebok kat oghang lain sehinggalah mamat tuh pon menjadik tension yg amat sangat dan hilang akal kejap sambil separuh sedar gituuuu.....

Hasil peneletian, pencarian dan pemerhatian yg telah mamat tuh buat sepanjang hari sesambil membanting tulang, mamat tuh pun menjumpai dokumen tersebot yg sedang lenggang kangkong kat atas meja Cik Shah.

Yahooooooo!!!!!!!!!!! satu kemenangan tuk diri ku dan department kerna telah berjaya menjatuhkan ego seorang lelaki yg betul-betul berlagak, bongkak dan ego berlebihan.....

Sehingga ke hari ini kami 1 department belom lagi mendapat ucapan mintak maaf dari seorang lelaki yg egostik lagi spastik.......

Sekian, terima kasih kengkawan sumer.........

Sunday, February 4, 2007

KESAH HARI INI...

Hari ini keje seperti biasa. Selepas 4 hari coti, banyak perkara yg perlu disiapkan. Nnt kang marah lak boss aku sbb keje tak siap. Coti nak tapi keje tak nak.....

Nak di jadikan citer, hari nih aku tinggal sorang kat opis. Sorang gi site visit (AM - assisstant manager), sorang gi sekolah anak (clerk), sorang emergency leave (assisstant).
Dan tambah citer sedap lagi, aku nye SM (senior manager) ade meeting lak ngan GM.

Ade cerita nak bagitau korang sumer.

Tetiba masa aku tgh syiok dan khayal melayan blog dlm pukul 10 pagi gitu, aku menerima 1 panggilan talipon yg tlh memecahkan kesunyian opis ku...Panggilan yg betul-betul mengganggu aku punye fokus terhadap blog....

Perbualan kami berbunyik begini-

aku : Hello, Purchasing Department.

suara : Hello, sape tuh (dgn nada yg tegas)

*suara yg agak asing bagi aku.

aku : Saya Helmi, Purchasing Executive.

suara : Ni Encik Shah nih..... Kau punya SM ngan AM gi mana?????????

aku : SM gi meeting, AM gi site visit.

suara : Kau tau tak pasal saya punya proposal project bangunan baru kat mana? Dah buat PR ngan PO ke lom. Sampei hari nih tak siap lagi.

aku : Saya tak pasti plak (dgn konpius aku menjawab). Mungkin kat saya punya assisstant. Tgh tunggu approval kot pasal amount dia besar. Atas 500k kena dptkan approval dari Dato'.

*Aku menerangkan pada Encik Shah.

suara : Apsal plak. Kan saya dah dptkan approval dari MD. Cukuplah tuh. Lagipun projek tuh dalam budget. Tak payah lah dato' nak approve (dah tinggi suare).....

aku : Itu saya tak pasti lah tapi kalu ikut lam D.A.L (director approval list) atas RM500k, kena mintak approval dari dato'... sambil aku ketawa kecil....ekekekekeeekkkk....

*Aku bermaksud nak bergurau sebenar nye.

suara : Jgn buat saya mcm nih. Awak tau tak sape saya. Skang nih awak ade tak pegang DAL. Cobe refer kat situ. Saya ade lah D.A.L tuh......

*(eikkkkk!!! aku tau lah sbb aku yg revise mende tuh) aku ckp lam hati jerk... tak berani nak ckp lam tepon....

aku : Yang saya pasti, kena dapatkan approval dari dato'...

suara : Mana kau nye SM. Mana kau punya AM. Dah lah !!!! aku nak call dorang skang jugak....

aku : (suke ati kau lah) Aku terus letak talipon...

Perbualan kami terhenti seketika.

Selepas waktu makan, SM aku panggil. Dia tanya, aku ade dpt call dari Encik Shah ke. Aku mengiyakan saje. Boss aku takde lah marah kat aku sbb dia paham. Just dia nak bagi nasihat kat aku sebenar nye.
Setiap kali nak berurusan ngan Encik Shah ade cara nye. Rerupanye kalu nak ckp ngan En. Shah kena ade protokol sbb dia dulu keje JKR. Jadi kena ckp mcm kita berurusan ngan pegawai kerajaan.

*larrrrrrrrrrr!!!!!!!!!! pasal tu jerk....

Pastu AM aku menambah. Dia memang ade ego sket. Walau pun dia salah, dia tetap nak menang jugak. Memang suka carik gaduh ngan orang lain. Ade perasaan berlagak sket lah pasal dia ade title Ir kat depan nama. Engineer lah kata kan. Dia plak antara pioneer yg masa memula bukak kilang nih pd tahun 1996....

*Hmmmmm!!!!! patutlah berlagak semacam.

p/s : Yg pasti, kita skang keje kat swasta. Jadik buat cara keje kat swasta. Bukan mcm kat kerajaan...heheheheeeeee...