Friday, July 27, 2007

Perlawanan Sumbangsih Bolasepak Piala MD



Pada 13 July yg lalu, aku dan Kesuka telah berjaya menganjurkan Perlawanan Bolasepak antara Management dan team KA di Stadium Paroi. Perlawanan dimulakan pada pukul 8 malam dan dihadiri oleh semua ahli keluarga. Semua pemain dan yg hadir gembira dan berpuashati dgn majlis ini.

pihak COO sudi datang dan juga mengambil bahagian main bolasepak. Cuma MD yg tidak dapat hadir kerna ada urusan lain. Selesai perlawanan, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh COO dan pada masa yg sama beliau mendapat sumbangan dari pihak Kesuka. Jamuan ringan disediakan pada semua yg datang ke stadium pada malam tu.

Wednesday, July 25, 2007

Peristiwa yg menimpa-nimpa banyaknye...

First of all, nak mintak maaf pada semua. Dah lama rasanya tak buat N3 baru. Pastu tak balas-balas msg orang. Ingatkan apa lah halnya yeik. Bukan nya merajuk atau marah, cuma sibuk sgt dgn hal-hal yg berkaitan..

Memula tuh, naik Gunung Datuk. Mendaki lagi yeik. Dah seminggu lepas pertandingan bola tampar, kami plan untuk ke Gunung Datuk, Rembau. Idea nih dorang dapat sbb memasing nak merasa bagaimana camping di hutan pula. Mesyuarat ajk sebulat suara memberi kebenaran untuk mereka camping dan mendaki. Maka sibuklah aku dengan hal mendaki Gunung Datuk. Nak kena booking tapak khemah, bayar permit, ambik sijil dan sebagainya.

Jadi pada 6 July, kami pon bertolak lah secara konvoi ke tapak taman rekreasi Gunung Datuk. Setiba nya di sana, ramai orang. Yg student sekolah lah, yg dari Maktab Kastam. Di campur lak group kami. Mmg ramai lah. Kebetulan mereka pun camping di kaki Gunung Datuk. Kami bernasib baik kerna mendapat tapak yg betul-betul didepan air terjun dan ditepi dusun durian di situ.....

Selesai proses mendaftar, kami ke tapak khemah. Mendirikan khemah, masak dan membersihkan diri. Selesai solat Mahgrib beramai-ramai, semua makan malam bersama-sama sambil menikmati malam yg nyaman sekali.....


Friday, July 13, 2007

Pertandingan Bola Tampar Syarikat



Pada 30 Jun yg lepas, pihak syarikat telah menganjurkan pertandingan bola tampar antara jabatan. Seperti besa aku adalah seorang pemain dan jugak sebagai organizer. Kalau ikutkan tak perlu lah aku jadi tapi sbb aku dah besa dgn pihak stadium. Jadi aku lah menjadi contact.

Perlawanan dimulakan pada pukul 2 petang dan tamat pada pukul 8 mlm. Ikut perancangan, habeh pukul 6 ptg. Oleh kerna semua datang lambat, terpaksa lah dilewatkan sedikit. Buat lambat pon semua takleh datang. kalau bbuat pagi, banyak lak komplen nya.

Aku dapat lah masuk main sekjap walaupun sibuk dengan urusan perlawanan. Tak sangka team aku leh dapat no3. Jadilah dari takde. Tambah koleksi. Bukan lumayan pun. Dapat medal ngan hamper jerk...