Wednesday, March 28, 2007

PERJUANGAN BARU BERMULA

Insyallah jika tiada aral melintang, aku akan ke Penang esok pagi menghadiri karnival bowling anjuran Kelab Alam Sekitar Pulau Pinang (KASPEN) pada hari Sabtu, 31/3/2007. Perlawanan akan di adakan di Megamall, Prai. Kami dapat jemputan melalui branch KA yg ada kat Penang. Kalu ikutkan, ia adalah tertutup untuk syarikat di Penang sahaja. Oleh kerna branch kat sinun takde wakil yg main bowling, kami lah yg kena pergi ke sana.....

Ikut perancangan, kami akan bertolak ke sana menaiki van dan kereta kompeni pada pagi Jumaat. Seramai 11 orang akan ke sana termasuk manager dan cameraman. Aku dah tempah hotel di Georgetown. Sepatut nye di Prai tapi tiada hotel yg menarik di sana. Jadi kami dok lah kat pulau. Senang nak cari makan dan gi jenjalan....

Pemain ada 9 orang dan satu team akan di bahagikan kepada 3 pemain. Kami akan bermain 5 game seorang. Bemula pada pukul 9 pagi dan dijangka habeh pada pukul 2 petang....

Hadiah yg ditawarkan memang lumayan. Tempat pertama akan dapat cash RM1500 dan jugak piala. Tempat kedua pula dapat RM1000 dan piala. Tempat ketiga dapat RM700 piala. tempat ke 4 hingga 10 akan dapat hamper. Best bowler akan dapat RM200 dan set kelengkapan bowling. Amacam, lumayan tak......

Aku cuma risau fitnes semua pemain sbb kami akan memandu sendiri ke Penang. Tiada driver disediakan. Bayangkan perjalanan yg jauh dari Seremban ke Penang. Dah tentu semua penat. Takut ia menjadi masalah besar pada kami. Tawakkal je lah....

Harap semua members mendoakan kejayaan kami. Kepada sesiapa yg kebetulan ada di sekitar Penang, buleh lah datang memberi sokongan pada hari Sabtu nnt.....

p/s : bagitau kat mana makan best di Penang......

Monday, March 26, 2007

KARNIVAL FUTSAL 2007

Tempat berlangsung nye pentandingan Futsal KASB 2007...


Di dalam gelanggang Futsal tersebut...


Dok kat luar pasal kat dalam panas ya amat...


Aku ada di celah-celah penonton. Kalau korang teror, cobe carik aku kat ne...


Pemain dari KPJ sedang merawat pemain dari SUK, NS yg cedera.


Bebudak SUK, NS sedang memanas kan badan. Budak pompuan nih...


Sesi karaoke pon ada. Hadiah kami sediakan....


Perlawanan yang sedang di jalan kan.

dari kiri : Pengerusi Kesuka, aku, Kapten (B) Azman dan MD tgh tunggu Dato' S. Sothinathan...


Kami menyambut ketibaan Dato' S. Sothinathan.



Dato' S. Sothinathan merasmikan perlawanan akhir tuk kategori lelaki.


MD memberikan ucapan dan seterus nye majlis penyampaian hadiah.....

Hadiah-hadiah yg ditawarkan oleh pihak kami.



Juara kategori lelaki dari DOE Pulau Pinang.



Naib juara kategori lelaki dari DOE Putrajaya.



Juara kategori wanita dari SUK, NS.



Team KA dapat tempat ke 2 kategori wanita.



Pemenang tempat ketiga kategori wanita dari SUK, NS.


Team KA yg dapat tempat ke 4 kategori wanita.


COO menyampaikan hadiah cabutan bertuah yg dimenangi sendiri oleh driver COO...


MD menyampaikan cenderahati kepada Dato' S. Sothinathan sebagai penghargaan....


Jamuan makan yg disediakan kepada semua yg hadir...


Aku tgh menikmati satay bersama ajk-ajk yg lain....

Makan-makan tuk ajk bersama-sama COO sebagai menghargai kejayaan kami menganjurkan acara tersebut....


p/s : Album Futsal

Thursday, March 22, 2007

21 March 2007

Hari nih aku baru masyuk keje. Smlm takde kat opis, gi training kat PJ. Penat tak habeh lagi. Sampei je opis, dah nampak meja aku menimbun ngan kertas-kertas. Ada kerje urgent yg aku kena buat lah ni. Mesti keje melambak-lambak. Purchasing mmg mcm tuh. Kalu cuti ke, training ke, meeting ke, mc ke, melambak lah keje. Kena lak cover banyak scope. Lagilah parah. Sampai tak cukup tangan. tambah lak pakai kaki. Sampai mcm tu skali. Sesape yg pernah buat Jabatan Purchasing, dia tau lah mcm mana sibuk nye......


Dah 1 hari miss komputer. Jadi fokus tu lebih sket kat dia nun. Tengah syiok layan, talipon berbunyik. Pepagi lagi dah ada orang call. Sape plak nih mengganggu aku. Rupa nye anak buah yg telepon. Dorang ajak training bowling mlm nih. Kebetulan mereka free tuk training. Kalau hari Selasa ngan Khamis dorang tak dapat join kerna ada futsal. jadi tak ramai yg datang......



Hari nih dorang mintak aku book lane kerna nak datang training. Aku jugak yg kena book. Tapi takpelah kan pasal aku pon pemain jugak. Takan nak bising. Kenalah jaga anak buah kan. Hari tu lagi aku dah buat selection kerna ada game penting bulan nih. Itupon aku panggil 20 orang yg terbaik dan hanya pilih 9 orang pemain......






Masa selection, menjadik plak game aku. Itu yg peliks. Badi kalah masa tour tak hilang-hilang lagi. Apsal ntah. Tapi, kalau tak terpilih pon aku kena pegi jugak jadi team manager.
Tak sangka aku pon terpilih sama. Training nih kami adakan kerna minggu depan semua akan ke Penang menghadiri pertandingan bowling yg dianjurkan oleh DOE. Seminggu dua nih sibuk dgn training.......



Citer pasal futsal, minggu nih ada tour. yg dianjurkan oleh KKA, anak syarikat kepada KA. Kalu ikutkan ada 36 team yg mendaftar termasuk lah team dari DOE. Jemputan khas kepada DOE N.S. kerna kami nak merapatkan hubungan yg sedia ada dgn lebih baik lagi. Hadiah yg ditawarkan kali nih tidak kurang hebat nye dan memang lumayan kerna aku yg cari sponsor. Kalu ikut peraturan kompeni, takleh mintak apa-apa kat supplier tapi Boss besar yg bagi green light kat aku. Jadi, aku ikut jelah.......

Jadi, this wiken ngan next wiken sibuk ngan sukan........


Wednesday, March 21, 2007

20 March 2007

Hari nih aku kena pergi training kat Akedami UEM,PJ. Ingat nak tangguh kan dulu pasal kerja banyak kat opis. Tak leh plak. Bos suh jugak pergi. Kenalah aku pergi. Jadi last week lagi dah plan nak car pool ngan member yg lain. Janji berkumpul awal pagi di rumah salah seorang member. Nnt kereta bleh letak kat lam kawasan umah dia.....



Pukul 6 pagi aku dah bangun. Memang set jam tuk bangun awal. Wife aku pon kena bangun jugak siapkan pakaian dan sarapan tuk aku. Dah lepas sembahyang subuh, aku bersiap. Kat luar hujan. Rasa nye dah lama dari mlm tadi. Dah selesai minum pagi, aku pun bertolak lah kuar 6.30 pagi ke rumah member nuh....

Takde lah bawak keter laju kerna jalan licin. Masa keter baru jalan, dorang sibuk call plak. Janji awal tapi aku je sorang yg belum muncul-muncul. Aku dah lambat rupanye. Takpe lah, biar dorang tunggu. Selalu aku je yg kena tunggu orang. Kali nih orang lain lak kena tunggu aku.....

Sampei di satu simpang 4 betul-betul di depan kilang ON Semiconductor, Senawang tuh ada traffic light. Selalu nye banyak keter yg akan beratur kat sini. Kali nih aku kat depan sekali. Kebetulan agak nye. Aku tunggu lah traffic light tukau jadi hijau untuk aku jln. Masa tuh lampu maseh merah. Kereta pon banyak dah beratur kat belakang aku. Masa nih datang 1 Motor Virago dok kat tepi keter aku. Dia pon tunggu traffic light hijau juga. Aku nampak lampu semua arah dah tukar merah. Aku punya lane belum lagi hijau dan aku maseh menunggu giliran. Motor Virago tu terus jalan tanpa tunggu lampu jadi hijau. Lepas 2 saat baru lampu hijau dan aku pon menyusul lah jalan kat belakang Virago. Jarak dia 1 kaki je ngan keter aku.....

Sekelip mata je 1 biji motor kapcai dgn laju nye datang dari jalan kiri dan terus langgar Motor Virago tuh. Aku tergamam sekejap sbb tengok eksiden depan mata. Dua-dua motor bersepai dan terseret seberang jalan. Mat rempit tuh bawak motor laju dan muncul tiba-tibai. Dia langgar lampu merah dan terus bertembung ngan Motor Virago tuh. Aku tak tau nak buat. 2 orang terkulai kat atas jalan. Dah mati agak nye sbb aku tengok dah tak bergerak. Oleh kerna aku dah ada janji, tak dapat lah berhenti dan menolong mereka. Rasa kesal dan kesian pon ada......

Sampei di TTJ tepat kul 7. Semua tgh menunggu dgn bosan nye. Beribu kali rasanye aku mintak maaf ngan dorang. Kami pon bertolak lah ke KL lam 1 keter. Sepanjang perjalanan tuh hujan. Sampei di tol Sungai Besi jem teruk. Kami tak tau nak ikut jalan mana. Oleh kerna nak mengejar masa, kami pon potong lah ikut Highway Pantai. Konon nye nak kuar kat kerinchi. Pun jem gilos. Lalu jelah jalan tu. Nak buat camne. Kot keter leh terbang, ok jugak.....

Terpikir mcm mana orang KL ni boleh tahan mengadap jem hari-hari. Bleh jadik giler di buat nye.....

Kami sampei akedami kul 9 pagi. Program ikut jadual sepatut nye start kul 8.30. Terus ke meja registration di dalam. Program belum start lagi rupa nye. Ramai lagi tak sampei. Agak nye sangkut kat dlm jem kot mcm kami tadi. Jadi training kena delay sket sehingga semua orang sampei. Kami melepak lah kat luar sesambil melawat kawasan baru ni.....

Kalu ikutkan, Akedami UEM nih baru lagi. Ia start digunakan pada awal tahun hari tuh. Kami ni kira 2nd badge yg guna kan. Mereka baru pindah dari HQ. Dulu di HQ mereka ada 1 floor untuk training centre tapi tempat kecik. Dorang pon mintak lah pindah ke kawasan yg lebih luas. Cari punya cari dapatlah tempat nih. Dulu dia warehouse terbiar tapi dah tukar jadik training centre yg hebat. UEM beli kawasan nih..........

Tempat mmg bagus. Kawasan lobi dah mcm hotel. Cafe pon mcm coffee house. Kemudahan sukan pon best. Belah kanan ada futsal. Belah kiri ada court badminton. Belakang ada court tennis ngan bola tampar. Kat tingkat atas ada snooker dan karaoke. Dasyat tak.....

Training kami bermula pukul 9.45 setelah semua peserta sampei. Motif training nih diadakan adalah untuk menggabungkan semua staff dari anak syarikat.Untuk berbincang dan berkongsi idea tentang kemajuan syarikat dan apa yg kami bleh sumbangkan. Mereka semua termasuk aku datang dari background yg berlainan. Ada engineer, eksekutif, manager, GM. Jadi mungkin kami dapat belajar benda baru dari mereka. Kalu nak citer semua, tak cukup masa lak kang.....

Selesai training pada pukul 5.30 petang. Kami berheat-rehat sekejap di lobi sblm memulakan perjalanan. Perjalanan pulang kami agak lancar juga. Tidak seperti pagi tadi. Tiba di TTJ pada pukul 7. Aku pon terus pulang.........

Tuesday, March 20, 2007

Part 2

Sampei di kampong dah pukul 10 mlm. Banyak umah gelap je. Sumer orang dah tido kot.
Kat umah ada mak, my brother and adek. Tgh melayan AF. Abah takde, pergi kenduri. Kami terus ke ruang keluarga tuk tengok TV.

Aku lupa sebenarnye mlm Sabtu dah start AF5. Padahal seminggu kami dah sibuk tengok Dairi Akedemi. Bleh terlupa plak. Jadi AF tuh dah tayang separuh. Takpelah, besok tengok ulangan.

Pasal AF nih aku sesaja tengok. Kengkadang tu best, kengkadang tu membosankan. Peserta yg gedik-gedik tuh aku tak de lah minat. Sesaja suka tengok jer. Aku suka kat Heliza nuh. Suare dia bagus. Pastu confident dia ada. Persembahan mantap. Ada rupe. Lagi pon nama bapak dia sama ngan nama aku. Itu yg acik suko tuh...heheheheheheheeeee...

Jadi anda sumer. Sila Afundi Heliza, Heliza, Heliza, Heliza, Heliza, Heliza...............


Selesai AF pukul 12 mlm, sambung lak layan bola. Macam buring je game yg aku tengok tu. Bola tak masyuk gol langsung. Kul 1 pagi aku pon pegi lah tido. Bangun pagi terawal plak. Apa hal ntah. Aku sorang jer kat dapur. Ingat dah ada orang lain. Nape sumer orang lom bangun lagi aku tak tau.. Aku melepak lah tengok TV layan citer kartun. Dah takde citer lain. Layan jelah.

Mak bangun terus ke dapur menebar roti canai. Aikkk.... ke bila masa lak mak uli tepung roti canai. Mlm tadi kot, aku konpius jer. Mak memang mcm tuh. kalau aku balik musti buat roti canai. Lagipon dia suka buat roti canai sendiri dari beli kat kedai mamak. Dia mmg tak suka makan kedai terutama sekali kedai mamak. Pantang betul........

Jadi aku pon tolong lah mak buat roti canai. Habeh sumer aku masak. Semua sekali aku masak sampei habeh. Semua orang bangun terus berkumpul kat meja makan. Kami layan roti canai ngan kuah dal resipi mak sambel berborak-borak. Memacam citer.......

Pukul 11 pagi, layan plak F1 Australia ngan abah dan adek lelaki aku. Kitaorang mmg suka layan F1. Kalu bleh tak nak lepaskan peluang. Cuma kalu race yg tengah malam tuh takde lah nengok. Kang tak gi keje plak. Dah habeh race tuh aku gi mandi. Aku mandi pukul 12.30 tengahri. Jgn tanya aku kenapa, bagaimana, siapa, buat apa, apa-apa. Jgn nak komen. Korang buat tak tau udah......heheheheheheheeeeee...

Habeh mandi, bersiap dan dok lah kat air terjun mini depan umah. Air terjun nih dulu aku buat ngan abah. Abah mmg kreatif sket. Kalu ada idea yg best, dia akan buat sendiri. Tak payah upah orang. Aku plak tukang jadik assisstant je...

Cuaca di luar mendung jer. Aku nampak 1 van putih lalu depan umah. Macam ambulan, kata aku dlm hati. Memang betul ambulan KPJ datang dok parking depan umah. Sape plak yg call ambulan nih. Aku konpius jap. Rupanye orang tu gi umah sebelah nak bawak Mak We gi KPJ. Kami tak tau lah plak pasal takde sape yg bagi tau.....

Aku pon gi lah tolong dorang reverse kan ambulan tuh betul-betul dekat ngan pintu umah supaya senang nak usung masuk ambulan. Dah letak betul-betul, dorang bawak lah kuar trolley pesakit tuh. Aku masyuk lah umah sekali pasal nak tengok Mak We. Dah tu plak orang yg kena angkat tak cukup. Baru ada 3 orang.Dorang takleh angkat. Kena ada 4 orang baru bleh. Nampak je Makcik aku kurus tapi berat ya amat. Aku tolong lah angkat Mak We letak atas trolley. Sementara nak tolak ke pintu depan, dia asyik perati je muka aku. Mak We tenung muka aku lama-lama. Aku takdelah takut tapi cuma rasa cam kesian sangat ngan dia. ....

Sepupu Sbn aku pegi lah sekali naik ambulan. Yg sorang lagi pegi ngan keter bawak anak mak We. Aku takde lah ikut. Kang anak aku nak ikut. Bila ambulan tu dah pergi, aku pon masuk lah umah dan terfikir tentang perkara yg berlaku.....

Bagi aku dia tetap makcik aku. Kalau betul apa yg dia buat itu salah, itu urusan dia dgn tuhan. Itu adalah kemahuan dan kehidupan yg dia mahu. Aku takde hak untuk mengadili dan menghukum dia. Aku tetap kena hormati dia......

Petang nuh akak sepupu dari KL balik ngan husband dan anak-anak. Mereka baru balik dari German. Jadi mereka belum berkesempatan nak melawat Mak We. Dorang tau pon sbb Mak Teh aku call bagitau. Sian gak kat dorang bila dah sampei tuh tak dapat berjumpa. Oleh kerna tidak ada sesiapa kat umah mak We, mereka pon dok lah kat umah kami dan minum petang bersama. Sesambil tuh adalah citer-citer yg dikongsi bersama tentang Mak We tapi tak payah lah aku citer kan kat sini. Korang pepaham sendiri lah...

Mereka plan nak singgah KPJ bila on the way balik ke KL. Nak melawat sangat sbb takut tak sempat berjumpa lagi. Abang sepupu aku tuh sibuk memanjang pasal dia ahli politik.

Jadi dorang balik lah lepas maghrib dan terus ke KPJ.

Sunday, March 18, 2007

Part 1

Pepagi Sabtu masa tengah tido nyenyak, kami sekeluarga terima 1 panggilan talipon pada pukul 8 pagi. Baru jer nak rehat-rehat kat umah minggu nih dah ada orang kacau. Betul-betul mengganggu aku yg tgh sedap tido dgn mimpi indah. Ntah sape plak yg call pagi-pagi nih. Aku suruh wife aku angkat HP masa tuh. Rupe nye akak ipar aku yg call. Dia mintak tolong kami anto Babah gi medical check-up kat KPJ. Dia tak dapat anto pasal ado hal lain kata nye. Darah aku dah menyirap dah. Apa ke hal plak aku yg kena hantor. Hari tuh janji nak anto Babah tapi kami plak yg kena hantar.

Adek beradek ada 15 orang tapi takde sape yg nak voluntere anto Babah. Balik-balik aku ngan wife jugak yg buat. Mana aku tak hangin satu badan. Wife aku lah yg jadik mangsa kena marah.
Dia diam jelah pasal mmg family dia yg salah.

Tanpa aku peduli kan wife, aku sambung tido balik. Aku buat tak tau jer. Wife aku diam sampei lah dia mula memujuk aku tuk menghantar Babah. Sampei mana aku nak marah kat dorang. jadi kejap jer aku dah sejuk. Bila aku dah cool tuh, aku suh wife ngan anak-anak bersiap.

Kami terus pergi umah mertua aku kul 9.30 pagi tuk menjemput babah. Kalu ikut kan, appoinment babah ngan doc kul 10 pagi. Jadi sempatlah sampei kat sinun. Kami sampei KPJ pon ngam-ngam kul 10 pagi. Dah tak sempat nak bersarapan. Lagilah aku bertambah hangin pasal perut tgh lapor gila. Pempaham lah kan. Tak minum lagi.

Aku diam jer sementara tunggu doc panggil Babah. Dah panggil tu, kami pon masyuk lah sekali jumpa doc. Cerita yg sama mcm hari tuh. Tapi Babah berdegil tak nak operate. Dia takut sebenarnye. Bebalik mintak ubat jerk kat Doc. Pastu jumpa doc yg lagi sorang pon sama gak alasan nye. Aku dah malas nak layan dah.

Dalam pukul 12 tengahari, baru kami selesai. Korang perasan kan aku lom sarapan lagi. Kul 12 baru dapat makan kat cafe KPJ. Bayangkan berapa lama aku berlapar tuh. Aku bukan marah kat Babah tapi marah kat orang lain yg tak paham tentang perasaan aku. Dah lah tetiba jer memberi arahan tak resmi kat aku. Cobelah inform hari Jumaat ke. Dah selesai makan, kami pon puleng lah ke rumah.....

Petang Sabtu tu, kami ada di rumah berehat selepas pagi tadi buat aktiviti dlm keadaan marah. Tido petang nuh sampei kul 6.00 petang. Penat sangat lah tuh. Tetiba wife ajak balik kampong aku. Selalu susah nak ajak tapi kali nih dia yg offer. Jarang dia macam nih. Dia pon berkemas lah kejap bawak baju ala kadar tuk dipakai disana. Sementara aku plak mandikan budak 2 orang tuh. Plan nak bertolak lepas sembahyang maghrib.

Tetiba teringat hari nih kena check-up baby kat klinik Rekha. Kami singgah klinik Rekha di Sbn dulu sblm balik kampong. Orang tak ramai sangat tp kena tunggu doc plak kerna ada orang nak bersalin kat wad atas. Kena tunggu lagi. Dia ada sibuk sket lah hari nih.

Aku plak yg jadik mangsa lagi pasal kebulur tak minum petang. Aku lagi yg kena. Dah takde mood nak tengok Baby. Aku biarkan saja Wife ngan anak-anak gi jumpo doc. Aku tunggu kat luar. Kakak ngan Abang suka lah dapat tengok baby lam perut. Nampak nye baby sihat walafiat.

Dah selesai, kami gi lah singgah makan kat Doll Tomyam masa on the way balik kampong. Memang lalu kat depan restoran tu. Masyuk je aku terus order. Wife aku terperanjat. Aku punya order mcm 10 orang punya makan. Habis makan, kami sambung semula perjalanan ke kampong yg mengambil masa lagi 20 min.

Tuesday, March 13, 2007

Peristiwa semalam

Petang smlm, kuar opis seperti besa. Terus ke rumah mertua kerna nak jemput wife dan anak yg ada kat sinun. On the way balik tu, hujan turun dengan selebat-lebat nye di bandar Sbn. Dah 4 hari Sbn tak hujan. Tetiba elok je hujan turun.....

Masa tuh jugak lah aku ada rasa tak sedap hati dgn tetiba. Mcm rasa sedih sangat.Tak tau apsal. Tgh dok leka-leka layan perasaan tuh, aku nyenyaris nak langgar sebijik motor nih yg tetiba mencilok kat tepi. Dah tau ujan pon nak bawak motor cam orang tak siuman. Berderau jap darah...

Sampei di rumah nampak meriah plak kat sinun. Rupa nye ada 3 orang SIL balik ngan anak-anak. Hari tu mereka tak gi spital tengok Babah jadi memasing balik sini lah. Dorang pon risau kan Babah jugak cuma komitmen pd keluarga memasing yg sbbkan dorang tak dapat tengok Babah kat spital.. Lagi pon kebetulan cuti sekolah kan. Bawak anak-anak balik kampong. Mereka takde lah dok jejauh, kat sekitar NS jer.....

Sampei je kat depan pintu, tetiba wife ckp Abah telefon dari kampong dan dia mintak call balik secepat mungkin katanye. Aikk.. baru je jumpa Ahad hari tuh dah call. Aku dah tak sedap hati. Musti ada mende tak kena nih. Tak sempat aku nak minum petang, aku terus talipon balik dgn segera nye.

Ada 2 berita tak best yg aku dengar hari ini,

1. Abang pada nenek aku, tok sedara aku dah meninggal petang tadi kat Selayang. Dia meninggal kat umah kerna sakit asma. Aku tak dapat pegi pasal ada banyak keje kat opis. Lagipun hari tuh baru cuti emergency...

2. Makcik aku kat sebelah umah, dah 2 hari sakit tenat.

Apalagi, aku terus balik umah dan bersiap nak balik kampong. Cadang nye nak gi tengok makcik aku. Wife aku malas nak balik tapi aku paksa jugak. Anak-anak aku suka kalu dapat balik umah atok ngan nenek nye. Lepas sembahyang mahgrib gitu, kami pon bertolak lah ke kampong yg masa perjalanan nye kira-kira 30 min. Kat luar maseh lagi hujan renyai-renyai. Aku redah juga pasal dah tak sabar nak dengar berita sebenar....

Sampei je umah, aku terus masyuk. Senyap sunyi mcm takde orang. Mak ngan adek yg ada kat umah. Abah gi masjid seperti biasa. Dah dok sekejap tak sampei 5 minit, bermula lah perbualan kami tentang makcik aku. Nak cerita kat korang pasal dia pon aku serba salah sbb ia melibat maruah tapi aku cobe ceritakan dgn sebaik nye. Aku harap korang boleh jadikan citer aku ni sebagai iktibar dan pengajaran dalam kehidupan korang sumer. Jgn salah gunakan citer nih, ok....

Itu intro jerk. Ini citer benar yg sedang berlaku dalam kehidupan keluarga kami.....

Semasa mak ngan abah aku datang ke rumah aku hari Ahad, takde lah plak citer-citer dari mereka. Kalu ikutkan, perjumpaan ni kira mcm mesyuarat keluarga. Kami nak bincang kan pasal aktiviti berubat yg akan dijalankan dan kami kena kosongkan rumah kat kampung. Kami musti kosongkan rumah selama 3 malam supaya orang bleh datang "bersihkan" umah tuh. Ada kesah tak baik yg dah berlaku kat umah selama ni..

Pada hari Ahad tuh pon tiba-tiba Mami (Mak Ngah aku) balik kampung dari Rawang. Tak tau sbb apa dia balik tergesa-gesa. Dia tido kat umah Makteh pasal family aku kan kat umah aku mlm tuh. Kami tak tau langsung dia balik sini. Dia balik tiba-tiba ngan sepupu aku, anak pada MakTeh aku. Kebetulan akak sepupu aku balik nak amek result SPM anak dia kat Sbn. Jadi kebetulan nak balik Sbn, dia pon tumpang je lah. Kalu ikut kan rumah Makteh aku takdelah jauh sgt ngan umah aku, dlm 5 km je.....

Patutlah Mami balik tergesa-gesa. Mami balik pon kerna dah seminggu takleh tido. Dia asyik terbayangkan wajah makcik aku yg tengah tenat tuh. Ish, pelik pulak eihhh. Yg heran tuh Mak ngan wife aku pon sama gak terbayang wajah dia. Kenapa jadik camtu aku tak tau.....

Kalu ikut kan, Makcik yg tenat tuh ada lah kakak tiri pada adek-beradek mak aku. Kami panggil dia Mak We pasal nama dia Siti Hawa. Dulu atuk ada wife first. Kira Mak We nih anak sulung dan tunggal dgn 1st wife. Lepas nenek tuh meninggal, barulah atuk kawin dgn wife baru iaitu nenek aku. Nenek aku nih anak cina yg dah dijaga keluarga melayu sejak kecik lagi. Adek beradik mak ada 5 orang. Mami (Mak Ngah) bermastautin Rawang. Makteh plak dok kat pekan. Ibu (Mak Andak) pulak dok sebelah umah kat kampong. Rumah ibu nih bersebelahan dgn umah Mak WE. Lagi sorang Mak Chik dok kat KL dan yg bongsu sekali mak aku...

Kalu ikut adat NS, anak pompuan yg akan dapat harta. Oleh kerna semua adek-beradek pompuan, jadi atuk ngan nenek bagilah kat mak aku pasal dia anak yg bongsu. Oleh kerana itu, ia dah menyebabkan konflik antara keluarga pasal tanah dan umah lama tuh. Mak aku tak kisah pasal dia adalah penerima wasiat tuh. Dia tak berkira ngan orang lain...

Dulu kami hidop merantau sbb abah keje manager kilang getah. Kilang getah nih ada kat seluruh Malaysia. Kang sekejap dok Kedah, kejap dok Johor, kejap dok Kuantan, kejap dok Perak. Jadi sentiasa pindah randah. Paling lama dok dulu pon kat Johor selama 4 tahun. Aku sekolah rendah pon dekat 3 negeri. Cobe bayangkan tuh....

Aabah pencen awal 3 tahun pasal ada masalah jantung. Masa umur 52 tahun dah pencen. Jadi kami pon plan lah buat umah kat kampung pasal kebetulan tanah memang dah ada. malaslah family aku nak dok tempat lain. Dah puas dah merantau. Abah ada tanah kat Klang sebelah umah nenek sana tapi malas nak ke sana. Jauh sangat plak dgn family kat sini.

Umah kami siap awal tahun 1994 dan kami pon pindah lah dari Sbn ke umah tuh... Bila umah kita besar, pempaham lah orang kampong punya mentaliti. Orang buat lah mcm-mcm. Buat fitnah sana sini. Mengumpat sana sini. Kutuk sana sini. Hasad dengki yg mmg tahap PHD lah.. Nak berebut tanah punya pasal sanggup lupa kan talian persaudaraan. Padahal, itulah wasiat nenek ngan atuk. Kenapa plak nak dipertikai kan.

Dari dulu sampei sekarang, dlm 1 lot tanah ada 3 biji umah. Ada umah Ibu (Mak Andak) dan umah Mak We. Dorang dah lama dok sini dari dulu lagi. Dulu umah atok ada kat tengah-tengah. Oleh kerna mak ngan abah nak dekat ngan adek-beradek, jadi robohkan umah lama dan buat umah baru kat sebelah tepi supaya anak buah semua leh balik berkumpul. Ibu mmg suka lah dok situ. Pak Andak suka jugak pasal dekat ngan kampong dia.

Yg jadik masalah family tiri yg lagi satu nuh. Dia tak berpuashati dgn apa yg kami buat. Kami takde niat pon nak menindas ke, menghina ke atau memacam lagi lah. nak dok situ pon tak leh ke. Tak sangka plak perkara ni mendatangkan marah pada orang lain. Niat di hati nak dok sama ngan adek beradik p ada plak yg berkira. Ingatkan aka tiri kejam kat dalam citer TV je. Rupa nye dalam realiti kehidupan pon ada. dunia..dunia..dunia.......

Jadi semenjak perbalahan tu, banyak lah peristiwa yg tak baik berlaku pada family aku. Abah kena operate jantung kat UH. Mak asyik sakit-sakit sehingga lah ke hari ini. Aku plak dah 3 kali masyuk spital. Pastu kami sekeluarga takleh nak dok lama dlm umah. Rasa gelisah semacam jer. Bergaduh anak-beranak tuh selalu. Kengkadang mende kecik pon leh jadik besar. Pelik jugak kan. Bila jumpa doktor atau pakar kaunseling, takde lah plak apa-apa masalah. Bila jumpo ustaz atau bomoh baru la tau apa yg terjadi. Takdelah kami nak percaya sgt pasal mende-mende karut nih. Tapi kami kena akur jugak yg mende tuh ada dan ia boleh berlaku.

Merata kami berubat. Kenkadang tuh pegi jauh-jauh sampei Kuantan lah, Kota Tinggi lah. Darul Syiffa pon kami pergi. Dah beribu habeh tapi tak jugak selesai. Tapi kami tak pernah putus asa dan terus jugak berusaha. Bila pergi berubat, asyik dengar citer yg sama. Kena buatan orang dan yg buat tu sedara sendiri. Macam mana nih. Dan bab yg paling menarik, 3 orang yg kami jumpa tuk berubat akan meninggal selepas seminggu mengubat kami. Korang jgn tanya aku kenapa. Aku mmg tak leh jawab apa yg korang tanya. Tak logik langsung kan tapi itu lah realiti nye. Kami tak tau samada ia kebetulan ajal mereka atau mmg sbb ilmu hitam tu. Orang yg kali terakhir kami jumpa pon ada cakap, mende tuh datang bagi warning. Kalu tolong family aku, jawab nye menempah maut.

Mcm tak percaya tapi itu lah yg berlaku.....

Walaupun jadi mcm ni, kami tetap tak putus asa untuk berusaha menyelesaikan nye. Kami takde niat sedikit pon tuk membalas dendam tapi sekadar nak kami sekeluarga pulih dan sihat kembali. Itu urusan dia dgn tuhan dan kita tak boleh masuk campur. Biarlah dia sendiri yg menjawab dgn Allah.

Yg penting kalu cara berubat nye betul dan mengikut cara Islam, mmg kami akan cobe. Sekarang nih kami dah jumpa seorang nenek yg sudi tuk tolong mengubatkan kami. Rejki kami lah sbb dapat berkenalan dgn dia. Padahal kami selalu jumpa dia kat pekan tapi tak tau plak dia pandai mengubat orang.

Kalu ikut kan cerita nenek nih, makcik aku pernah jemput dia dtg umah untuk berubat sbb sakit. tapi dia sakit bukan sbb lain tapi oleh mende yg dia bela. Kalu makcik aku nak sihat, dia musti buang ilmu hitam yg dia. Dia tak setuju sbb kalu buang, dia akan mati. Itu lah kesah nye.

Buat masa skang nih kami kena tangguhkan kerna Mak We tgh tenat. Nnt apa pulak kata orang yg datang tak nampak family aku kat umah. Dah lah aktiviti tuh pon ada kaitan dgn makcik aku jugak. Nenek tuh pon ada cakap, makcik aku dah tak bleh control lagi kerna mende tuh dah makan jasad dia sikit-sikit. Itu sbb lah dia jadik camtuh. Bayangkan badan dia yg besar mcm Syani tuh dah jadik kurus mcm Ziana Zain.

Smlm Ibu, Mami, Achik, Makteh dan akak sepupu aku uruskan lah mak We pasal dia dah takleh bangun dan terbaring je dgn najis kat atas katil. Bibik dia cuti balik Indon. Aku rasa dia dah tak tahan sbb kena jaga orang tua tuh. Mesti tak datang lagi. nak dia ada sorang je. Dia dah sibuk jaga baby, mana lak nak layan orang tua tuh. jadi dah bersihkan dia, bawak lah kedepan supaya orang leh datang tengok dan bacakan yassin. Dai dah tak bleh buat apa mcm dah jadik mayat idop dan orang yg datang pon dia dah tak kenal. Itulah dia....

Kesah ini bukan untuk mengaibkan sesapa tapi sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan dgn anda semua. Skang nih kami mengadakan majlis bacaan yassin setiap hari. Kami tak tau sampei bila dia bleh bertahan. Harap-harap tidak adalah penyiksaan terhadap dia lagi....

Wife aku ada berkata, setiap orang yg nampak bayang Mak We tuh sebenarnye belaan dia yang tgh mencarik tuan baru.

Ingatlah, iblis dan syaitan dan Jin jahat dan Alam ghaib itu wujud. Kalau kita berkawan dgn mereka, maka kita akan sesat selama-lama nye....

Sunday, March 11, 2007

New baby

Malulah nak citer kat korang.

Tapi aku citer jelah kan. Sabtu lepas kami dah gi klinik for the 4th time tuk check baby baru. Sebenar nye dah 3 bulan wife aku pregnant. Malas lak nak gembar-gemburkan kat korang dulu. Dah kompom ada nih baru leh citer. Kalu ikut kan doktor punya anggaran, bersalin lam awal bulan September. Kira sebelum bulan pose lah tuh. Nnt leh raya ngan baby baru lah aku..Alhamdullilah....

Kami tak tau lagi dapat anak lelaki ke pompauan. Tapi aku tak kesah kalu ikutkan. Dapat anak lelaki ke pompuan aku terima. Itu adalah kuasa tuhan tuk menentukan. Janji dia lahir dgn sihat dan sempurna, udah. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mendidik anak tersebut.

Agak nye apalah rejki aku nak dapat nih pasal dulu masa anak 1st, dapat keje baru ngan gaji lumayan nye kat Bangi. Anak 2nd, aku dapat naik gaji tinggi kat kompeni nun jugak. Tapi takpelah, apa saja rejki yg Allah nak bagi aku terima dgn rasa syukur nye. Yg penting, anak ngan wife aku selamat.....

Skang nih dalam dilema kerna kami tak tau nak decide bersalin kat ne. Pening paler pikir. Kalu kat klinik swasta yg kami datang check, ramai orang plaks. Klinik nih banggali yg punya. Dia punya tamak sampei dia sorang jer doktor yg check orang, dia yg sambut kelahiran, dia lah tukang bagi ubat, dia lah yg gi pasar, dia lah yg gi servis keter, dia lah yg anto anak gi sekolah. Sumer lah dia buat. Aku tak nak lah nnt ada masalah...

Kalu ikutkan, anak aku yg 1st dulu lahir kat klinik nih. Mmg memula tuh daftar kat klinik nih pasal SIL yg rekemen. Yg 2nd plak lahir kat spital Kajang yg ntah apa-apa tuh. Kat spital pon ada kes denggi. Mangkuk betul....

Kalu nak bersalin kat spital prevet, pempaham jelah kos nye. Aku dah usha 2 spital prevet yg terkemuka kat bandar Sbn nun. Buleh tahan lah dia punya kos dan rasa takde masalah pasal kos nye.. Standard lah kos tuh. Tengoklah mcm mana kami punya plan. Kalu aku nak wife ngan baby selesa, leh lah bersalin kat sinun. Tak pon wife bersalin kat GH tapi mintak dok 1st class. Pon buleh jugak. Ntah lah..pening..pening..pening......

Skang nih wife lam tahap mabuk yg teruk pasal takleh masak. Bau kat dapur pon tak leh. Peti ais pon tak leh bukak. Parah gak nih. Padahal masa pregnant budak 2 orang tuh, takde plak mabuk teruk. Jadi dalam tempoh kuarantin nih, banyak lah masa kami luangkan tuk makan kat luar dan kengkadang tuh aku masak lah. Takdelah teror tapi bleh lah bukak restoran...hehehehee... Itulah gamak nye kesah idop aku skang nih....

Pasal pak mertua aku plak, ada lagi citer-citer best yg dibuat nye. Petang Khamis hari tuh kami dah bawak balik umah. Dia ada lah dok kat umah. Mlm tuh dah kuar dah gi melepak ngan kengkawan kat kedai depan. Takpe lah jugak. Kami bleh lagi terima. Lagi pon aku dah pesan kat SIl ngan BIL tuk sorok kunci keter lagi satu supaya Babah tak gi merayau jejauh.

Hari Jumaat pagi tuh dia mintak kunci keter pasal nak gi kubur. Mmg rutin dia hari-hari, pepagi lagi dia ke kubur. Nnt dia amek lah upah bacakan yassin ke, bersihkan kubur ke, uruskan pengkebumian ke. Itulah yg dia buat. Jadi SIL pon bagi jelah.

Pastu tengahari dia balik lah lunch ngan gi Sembahyang Jumaat. Dah selesai semua, dia nak amek balik kunci keter tuk gi melepak minum. Apa lagi, SIl ngan BIL buat tak tau jelah. Ok lah, dia diam jerk. Aleh-aleh, petang tuh dorang nampak dia gi jalan kaki jer. Jauh tuh, lam 4 km nak gi sinun. Merajuk punya pasal, dia gagahkan jugak jalan kaki. Apalah orang tua nih.

Adek ipar ku gi lah jemput dia. Suh naik keter tak nak langsung. Dihalau nye adek ipar aku balik. Sumer orang dah malas nak amek tau. Buat pening paler je. Dia balik ngan kawan baik dia malam tuh. Itu pon kawan dia yg tolong hantarkan. Kalu tak balik jalan kaki jugak.

Sebenarnye, kami tak nak sejarah lama berulang kembali. Dulu arwah pak teh, adek pada babah pon sama jugak. Tak bleh nak dok umah. Sampeikan orang umah dia jatuh pengsan dan meninggal kat umah pon dia takde, gi melepak ngan kengkawan. Pastu pak teh meninggal pon tengah melepak ngan kengkawan jugak. Tetiba jatuh masa tengah berjalan kat bandar. Dia ada sakit buah pinggang tapi tak nak gi spital cuci darah. Ikut kan sangat cakap kengkawan dia. Tulah jadik nye....

Jadi, kami tak nak perkara yg sama berlaku pada Babah.

Wednesday, March 7, 2007

Hal Bapak Mertua Ku...

Hari Selasa pagi, Babah dah kena masyuk KPJ Seremban pasal kencing kuar ngan darah. Dah beberapa hari ada masalah nih tapi dia tak nak cakap ngan orang lain. Ini dah kes kali ketiga kena penyakit nih sejak tahun lepas. Dulu sampei kencing takleh kuar. Umur dah 81 tahun tapi perangai cam bebudak. Dah sakit pon nak rahsiakan dari anak-anak. Tak nak bagitau langsung. Dah teruk baru nak cakap....

Hari Selasa tuh aku keje. Dapat tau pon dah petang bila wife aku call bagitau. Aku singgah jap kat KPJ masa balik dari keje. Mmg kebetulan lalu kat depan spital tuh. Sampei kat spital kul 6 petang. Boleh tahan ramai nye orang dtg melawat tapi aku senang jer dapat parking. Rejki aku lah kan....

Aku melepak lah kat wad Babah ngan wife dan anak-anak yg dtg ikut kakak ipar. Pastu tinggal lah kami anak beranak pasal kak ipar kena balik rumah ada urusan lain. Dah lama melepak kat situ, baru perasan Babah hilang ntah ke mana. Padahal, elok jer dok kat tepi. Kemana lah orang tua ni. Gi merayau lah tuh.

Kami pon dapat jumpa ngan doktor yg merawat Babah walaupon Babah takde kat wad masa tuh. Aku ngan orang umah berbincang lah dgn doktor pasal penyakit Babah.

Dia ada 3 penemuan mengenai penyakit yg dihidapi oleh Babah.

1. First sekali, x-ray paru-paru ada nampak sedikit kelainan kat sinun. Ada mcm ketumbuhan kecik bersaiz ujung jari kelingking. Kalu ikut pendapat doktor, mereka kena guna jarum yg halus tuk amek sample dan buat kajian samada benda tu kena buang atau biarkan jer kat situ...

2. Pastu second plak, perkara merbahaya tuk main urat darah yg membekalkan darah pada usus, perut, kaki dan bermacam-macam lagi. Saiz normal tuk urat darah tuh adalah 5cm. Tetapi saiz yg ada pada Babah dah lebih dari 5 cm. Surface untuk pembuluh darah tu telah mengembang, menjadik menipis dan tak stabil. Dia bleh pecah bila-bila masa kalu tak di rawat pada masa sekarang. Kalau itu kejadian berlaku, ia sudah terlambat untuk diselamatkan dan boleh membawa maut.

3. Dan last skali, ada masalah ngan prostate babah. Prostate dia dah membengkak dan mereka suspect ada cancer kat sinun. Doktor tak tau samada ketumbuhan atau kanser. Bila mende tu dah bengkak, ia dah blok salur kencing. Patutlah air kencing susah nak kuar dan ada darah. Cara nak tau pon ada sikit ngeri lah pasal dia nak kena masyuk kan kamera dan rawat mende tuh. Kira mcm operation jugak. Korek mende tuh kuar....

Tetiba Babah muncul jer kat depan pintu. Aku terbau rokok masa tuh. Sape plak yg hisap rokok ni. Sah-sah orang tua ni yg hisap rokok. Dah sakit pon nak isap rokok jugak. Aku buat tak tau jelah. Ingatkan aku sorang jer bau, doktor ngan wife aku pon bau. Bukan main marah lagi doktor tu. Apa lagi, sia-sia lah kena bebel lah ngan wife aku.

Dalam marah-marah tuh, Doktor terangkan balik citer yg sama kat Babah. Bila tanya nak operate ke idok, tak nak plak. Tau lak dia risau bila doktor sebut pasal operation. Leh nampak air muka dia berubah dan penuh kerisauan. Sape suh hisap rokok. Dah keadaan sakit mcm nih pon nak merokok lagi.

Dah selesai perbincangan, kami pon balik lah umah nak bincang ngan ahli keluarga. Sampei umah senyap sunyi. Sumer orang tgh termenung memikirkan hal Babah. Tak leh jadi nih. Kami bincang ngan adek-beradek sumer. Besok kita cube bincang lagi ngan Babah dan Doktor. Pepehal mlm tuh, adek ipar aku kena jaga supaya orang tua tu tak merayau. Yg risau tuh kalu dia gi merokok lagi...

Malam tadi takleh tido sampei pagi. Memikirkan hal bapak mertua ku. Layan tengok bola jap. Pepagi lagi dah ready nak gi spital. Call opis dulu tuk maklumkan cuti emrgency aku. Gi sarapan kat S2 dan terus gi spital. Takde lah ramai sangat pagi nih pasal hari bekerja. Jumpa makcik ngan anak buah Babah kat wad. Adalah yg dia bincangkan ngan Babah tu.....

Rerupa nye pagi nih takleh buat apa-apa pasal darah tinggi babah naik sampei 218. Tinggi nye, Babah risau lah tu gamak nye nak kena operate.. Jadi doktor takleh buat apa-apa. Pesan ngan kakak-kakak ipar ku kat umah tuk cari dan bawak ubat darah tinggi. Nasib baik nurse dah bagi tuk kontrol keadaan dia...

Dorang pon datang lah bawak ubat. Masa dorang sampei, ada berita tak best yg kami dengar. Tengah dorang carik ubat kat umah, jumpe sebungkus ubat yg dapat sebelum nih dari hospital. Rupenye Babah tak makan ubat langsung. Patut lah penyakit tu datang balik. Apalagi, kena leter plak ngan kakak ipar ku.

Pukul 11.30 lagi dorang dah bagi makan. Lepas makan nasik, time kena makan ubat plak.
Kami sempat berpesan kat nurse tuh supaya tunggu Babah makan ubat, baru leh pergi. Tak nak peristiwa yg sama berulang lagi.

Pukul 1, dorang pon balik sbb kena jemput anak balik sekolah. Angkut anak aku sekali balik umah sbb dia dah burng jer kat sini.. Aku ngan wife tunggu lah Babah. Buatkan air, layan dia makan, teman gi toilet, bawak dia jenjalan.... Aku ngan wife jaga sampei petang sementara nak nunggu adek ipar sampei.. Adalah orang datang melawat kekejap mcm kengkawan, sedara-mara.. Mak mertua aku ada lah datang tengok Babah. Adek ipar aku yg bawak Mak pasal nak kena tukar shift ngan aku jaga Babah.

Perut lapar lagi. Ajak dorang sumer gi minum petang kat kafe. Takdelah ramai orang. Mahalnye makan kat bawah tu. Dah lah order lambat sampei. Patutlah takde orang. Apalah dorang nih.

Lepas minum, aku ngan wife terus balik umah mertua pasal risaukan anak-anak yg tinggal kat umah mertua.

Monday, March 5, 2007

Citer Bowling

Last wiken ada pertandingan bowling syarikat yg telah diadakan di Ampang Bowl, Seremban pada hari Sabtu 3/3/07. Ini adalah aktiviti sukan yg pertama tuk tahun ini. Dan acara bowling telah dipilih tuk merasmikannye.

Seperti besa aku dan kawan baik telah dilantik menjadi organizer tuk event kali ini. Ini adalah kerna pengalaman aku yg lepas-lepas dah besa organise game bowling samada tuk kompeni atau tuk orang luar.. Dan luar biasa nye hanya 2 orang nih jelah yg collect fees dari peserta, beli hamper kat pasaraya, sediakan makanan tuk mereka, amek kedatangan peserta dan berbagai-bagai lagi tugas tambahan. Sumer nye kami berdua buat sendiri. Adalah geng-geng kelab yg tolong tuk meringankan beban kami tapi dorang dapat tolong pon masa hari Sabtu.

Aku pon dgn rela nye kena lah bersungguh-sungguh sket pasal aku telah dilantik sebagai Chairman kelab bowling pada bulan lepas dan ia adalah hasil dari recommend oleh pengerusi kelab sukan. Kena lah buat betul-betul. Pempaham jelah..heheheheeee.....

Hari Jumaat lagi aku dah buat preparation kat opis. Collect fees dari mereka-mereka yg belum bayar. Nama bagi tapi duit tak nak bagi kat aku. Duit yg dikutip adalah untuk dibuat modal hadiah wang tunai tuk pemenang. Budget tuk sukan tahun nih tak kuar lagi kerna Datuk belom bagi approval. Duit kelab tuk tahun 2007 belum ada lagi.
Jadi fees yg di collect tu takdelah banyak, sorang RM5 jer dan bolehlah ia membantu kesesakan wang yg kami alami masa tuh.. Kalu ikutkan total collection baru ada RM360. Tak cukup pasal hadiah wang tunai je dah RM980. Hamper plak keseluruhan nye bernilai RM1500 tapi telah dibayar menggunakan duit kelab balance tahun lepas. Kami terpaksa pinjam duit dari Admin tuk bayar duit game.Tu jelah yg aku bleh usahakan...

Hari yg dinanti telah pon tiba iaitu hari Sabtu. Pepagi lagi aku dah bangun. Siap gi basuh keter kat car wash. Balik umah siapkan bebarang bowling dan polish bola bowling. Lupa nak sarapan. Berehat jap kat umah sampei tengahari. Aku sebenar nye dah janji ngan konco-konco aku pegi 3 keter amek hadiah kat pasaraya.. Jadi dalam kul 1 kami berkumpulah kat depan pasaraya. Buat selamba jer parking kat tepi jalan besar block keter orang. Angkut sumer hamper lam keter penuh-penuh. Pastu konvoi bawak gi bowling. Berpeluh-peluh aku dibuat nye. Lom main lagi dah habeh energy....

Aku sampei awal lam pukul 1.30 petang kerna nak kena amek pendaftaran para peserta. Sesiap susun hamper kat atas meja yg disediakan. Game start pada pukul 3 petang. Semua kena tunggu MD ngan COO dtg baru bleh start game.
Pada masa nih pihak bowling ada menyediakan makanan tuk peserta. Aku bayar kat dorang tuk sediakan, jadi kenalah mereka buat. Makanan yg disediakan boleh di buat alas perut sebelum game bermula..
Pada pukul 2.30 petang, MD and family pon sampei. Dia terus jumpa aku mintak Wife ngan anak dia join main bowling. Aku pon ganti lah mana-mana team yg tak cukup orang nun. Jadi dapatlah anak ngan wife dia join...
Tepat pukul 3 petang, kami pon mulakan lah pertandingan dimana MD telah membuat balingan perasmian. Jadi kami pon start lah main lawan antara team. Setiap team dibahagi kan kepada 4 orang pemain dimana nama mereka dicabut secara random semasa undian minggu lepas supaya dorang dapat bergaul dgn golongan atasan semasa games. Setiap orang diwajibkan bermain 3 game.
Maka havoc lah Ampang Bowl Seremban dek keriuhan bebudak KA bermain bowling. Memacam skill yg ditunjuk kan oleh mereka. Permainan aku tak berpa menjadik. Aku hanya dapat score average lam 150 pin sahaja. Frust betul kerna tak menjadik. Mcm tak nak bagi aku menang. Secara saikologi aku memujuk kengkawan yg lain supaya main dgn bagus.
Setelah berhempas pulas, Game tamat pada pukul 5.30 petang. Semua dah kepenatan selepas bermain 3 game. Aku tak rasa apa-apa sangat pasal dah biasa main lebih dari 5 game. cecepat aku dapatkan list pemenang dari ofis mereka. Satu persatu aku tatap. team aku dapat no 2. Hahahahahahaaaa....gumbira bukan kepalang. Aku terus update kan list pemenang bowling.
Sampai kepada acara penyampaian hadiah. Dgn tidak semena-mena nye aku kena jadik MC. Tak pasal-pasal aku yg terkena. Dahlah darah gemuruh. Aku gagah kan jua. Aku jemput MD, COO, SM dan PA menteri tuk menyampaikan hadiah. Alhamdullillah, semua berjalan lancar.
Gambar pertandingan bowling boleh dilihat di sini.
Team aku happy sangat pasal dapat no 2. Beza jatuhan opin ngan team tempat pertama hanya 25 pin. Kalau permainan aku menjadik, mungkin bisa jadik champion. Takpelah, bukan rejki aku. Itu rejki orang lain. Aku hanya layak tuk dapat no2 sahaja.
Majlis selesai pada pukul 6.15 petang. Nampak keseronokan, kegembiraan dan kepuasan terpancar dimuka semua members.