Tuesday, March 13, 2007

Peristiwa semalam

Petang smlm, kuar opis seperti besa. Terus ke rumah mertua kerna nak jemput wife dan anak yg ada kat sinun. On the way balik tu, hujan turun dengan selebat-lebat nye di bandar Sbn. Dah 4 hari Sbn tak hujan. Tetiba elok je hujan turun.....

Masa tuh jugak lah aku ada rasa tak sedap hati dgn tetiba. Mcm rasa sedih sangat.Tak tau apsal. Tgh dok leka-leka layan perasaan tuh, aku nyenyaris nak langgar sebijik motor nih yg tetiba mencilok kat tepi. Dah tau ujan pon nak bawak motor cam orang tak siuman. Berderau jap darah...

Sampei di rumah nampak meriah plak kat sinun. Rupa nye ada 3 orang SIL balik ngan anak-anak. Hari tu mereka tak gi spital tengok Babah jadi memasing balik sini lah. Dorang pon risau kan Babah jugak cuma komitmen pd keluarga memasing yg sbbkan dorang tak dapat tengok Babah kat spital.. Lagi pon kebetulan cuti sekolah kan. Bawak anak-anak balik kampong. Mereka takde lah dok jejauh, kat sekitar NS jer.....

Sampei je kat depan pintu, tetiba wife ckp Abah telefon dari kampong dan dia mintak call balik secepat mungkin katanye. Aikk.. baru je jumpa Ahad hari tuh dah call. Aku dah tak sedap hati. Musti ada mende tak kena nih. Tak sempat aku nak minum petang, aku terus talipon balik dgn segera nye.

Ada 2 berita tak best yg aku dengar hari ini,

1. Abang pada nenek aku, tok sedara aku dah meninggal petang tadi kat Selayang. Dia meninggal kat umah kerna sakit asma. Aku tak dapat pegi pasal ada banyak keje kat opis. Lagipun hari tuh baru cuti emergency...

2. Makcik aku kat sebelah umah, dah 2 hari sakit tenat.

Apalagi, aku terus balik umah dan bersiap nak balik kampong. Cadang nye nak gi tengok makcik aku. Wife aku malas nak balik tapi aku paksa jugak. Anak-anak aku suka kalu dapat balik umah atok ngan nenek nye. Lepas sembahyang mahgrib gitu, kami pon bertolak lah ke kampong yg masa perjalanan nye kira-kira 30 min. Kat luar maseh lagi hujan renyai-renyai. Aku redah juga pasal dah tak sabar nak dengar berita sebenar....

Sampei je umah, aku terus masyuk. Senyap sunyi mcm takde orang. Mak ngan adek yg ada kat umah. Abah gi masjid seperti biasa. Dah dok sekejap tak sampei 5 minit, bermula lah perbualan kami tentang makcik aku. Nak cerita kat korang pasal dia pon aku serba salah sbb ia melibat maruah tapi aku cobe ceritakan dgn sebaik nye. Aku harap korang boleh jadikan citer aku ni sebagai iktibar dan pengajaran dalam kehidupan korang sumer. Jgn salah gunakan citer nih, ok....

Itu intro jerk. Ini citer benar yg sedang berlaku dalam kehidupan keluarga kami.....

Semasa mak ngan abah aku datang ke rumah aku hari Ahad, takde lah plak citer-citer dari mereka. Kalu ikutkan, perjumpaan ni kira mcm mesyuarat keluarga. Kami nak bincang kan pasal aktiviti berubat yg akan dijalankan dan kami kena kosongkan rumah kat kampung. Kami musti kosongkan rumah selama 3 malam supaya orang bleh datang "bersihkan" umah tuh. Ada kesah tak baik yg dah berlaku kat umah selama ni..

Pada hari Ahad tuh pon tiba-tiba Mami (Mak Ngah aku) balik kampung dari Rawang. Tak tau sbb apa dia balik tergesa-gesa. Dia tido kat umah Makteh pasal family aku kan kat umah aku mlm tuh. Kami tak tau langsung dia balik sini. Dia balik tiba-tiba ngan sepupu aku, anak pada MakTeh aku. Kebetulan akak sepupu aku balik nak amek result SPM anak dia kat Sbn. Jadi kebetulan nak balik Sbn, dia pon tumpang je lah. Kalu ikut kan rumah Makteh aku takdelah jauh sgt ngan umah aku, dlm 5 km je.....

Patutlah Mami balik tergesa-gesa. Mami balik pon kerna dah seminggu takleh tido. Dia asyik terbayangkan wajah makcik aku yg tengah tenat tuh. Ish, pelik pulak eihhh. Yg heran tuh Mak ngan wife aku pon sama gak terbayang wajah dia. Kenapa jadik camtu aku tak tau.....

Kalu ikut kan, Makcik yg tenat tuh ada lah kakak tiri pada adek-beradek mak aku. Kami panggil dia Mak We pasal nama dia Siti Hawa. Dulu atuk ada wife first. Kira Mak We nih anak sulung dan tunggal dgn 1st wife. Lepas nenek tuh meninggal, barulah atuk kawin dgn wife baru iaitu nenek aku. Nenek aku nih anak cina yg dah dijaga keluarga melayu sejak kecik lagi. Adek beradik mak ada 5 orang. Mami (Mak Ngah) bermastautin Rawang. Makteh plak dok kat pekan. Ibu (Mak Andak) pulak dok sebelah umah kat kampong. Rumah ibu nih bersebelahan dgn umah Mak WE. Lagi sorang Mak Chik dok kat KL dan yg bongsu sekali mak aku...

Kalu ikut adat NS, anak pompuan yg akan dapat harta. Oleh kerna semua adek-beradek pompuan, jadi atuk ngan nenek bagilah kat mak aku pasal dia anak yg bongsu. Oleh kerana itu, ia dah menyebabkan konflik antara keluarga pasal tanah dan umah lama tuh. Mak aku tak kisah pasal dia adalah penerima wasiat tuh. Dia tak berkira ngan orang lain...

Dulu kami hidop merantau sbb abah keje manager kilang getah. Kilang getah nih ada kat seluruh Malaysia. Kang sekejap dok Kedah, kejap dok Johor, kejap dok Kuantan, kejap dok Perak. Jadi sentiasa pindah randah. Paling lama dok dulu pon kat Johor selama 4 tahun. Aku sekolah rendah pon dekat 3 negeri. Cobe bayangkan tuh....

Aabah pencen awal 3 tahun pasal ada masalah jantung. Masa umur 52 tahun dah pencen. Jadi kami pon plan lah buat umah kat kampung pasal kebetulan tanah memang dah ada. malaslah family aku nak dok tempat lain. Dah puas dah merantau. Abah ada tanah kat Klang sebelah umah nenek sana tapi malas nak ke sana. Jauh sangat plak dgn family kat sini.

Umah kami siap awal tahun 1994 dan kami pon pindah lah dari Sbn ke umah tuh... Bila umah kita besar, pempaham lah orang kampong punya mentaliti. Orang buat lah mcm-mcm. Buat fitnah sana sini. Mengumpat sana sini. Kutuk sana sini. Hasad dengki yg mmg tahap PHD lah.. Nak berebut tanah punya pasal sanggup lupa kan talian persaudaraan. Padahal, itulah wasiat nenek ngan atuk. Kenapa plak nak dipertikai kan.

Dari dulu sampei sekarang, dlm 1 lot tanah ada 3 biji umah. Ada umah Ibu (Mak Andak) dan umah Mak We. Dorang dah lama dok sini dari dulu lagi. Dulu umah atok ada kat tengah-tengah. Oleh kerna mak ngan abah nak dekat ngan adek-beradek, jadi robohkan umah lama dan buat umah baru kat sebelah tepi supaya anak buah semua leh balik berkumpul. Ibu mmg suka lah dok situ. Pak Andak suka jugak pasal dekat ngan kampong dia.

Yg jadik masalah family tiri yg lagi satu nuh. Dia tak berpuashati dgn apa yg kami buat. Kami takde niat pon nak menindas ke, menghina ke atau memacam lagi lah. nak dok situ pon tak leh ke. Tak sangka plak perkara ni mendatangkan marah pada orang lain. Niat di hati nak dok sama ngan adek beradik p ada plak yg berkira. Ingatkan aka tiri kejam kat dalam citer TV je. Rupa nye dalam realiti kehidupan pon ada. dunia..dunia..dunia.......

Jadi semenjak perbalahan tu, banyak lah peristiwa yg tak baik berlaku pada family aku. Abah kena operate jantung kat UH. Mak asyik sakit-sakit sehingga lah ke hari ini. Aku plak dah 3 kali masyuk spital. Pastu kami sekeluarga takleh nak dok lama dlm umah. Rasa gelisah semacam jer. Bergaduh anak-beranak tuh selalu. Kengkadang mende kecik pon leh jadik besar. Pelik jugak kan. Bila jumpa doktor atau pakar kaunseling, takde lah plak apa-apa masalah. Bila jumpo ustaz atau bomoh baru la tau apa yg terjadi. Takdelah kami nak percaya sgt pasal mende-mende karut nih. Tapi kami kena akur jugak yg mende tuh ada dan ia boleh berlaku.

Merata kami berubat. Kenkadang tuh pegi jauh-jauh sampei Kuantan lah, Kota Tinggi lah. Darul Syiffa pon kami pergi. Dah beribu habeh tapi tak jugak selesai. Tapi kami tak pernah putus asa dan terus jugak berusaha. Bila pergi berubat, asyik dengar citer yg sama. Kena buatan orang dan yg buat tu sedara sendiri. Macam mana nih. Dan bab yg paling menarik, 3 orang yg kami jumpa tuk berubat akan meninggal selepas seminggu mengubat kami. Korang jgn tanya aku kenapa. Aku mmg tak leh jawab apa yg korang tanya. Tak logik langsung kan tapi itu lah realiti nye. Kami tak tau samada ia kebetulan ajal mereka atau mmg sbb ilmu hitam tu. Orang yg kali terakhir kami jumpa pon ada cakap, mende tuh datang bagi warning. Kalu tolong family aku, jawab nye menempah maut.

Mcm tak percaya tapi itu lah yg berlaku.....

Walaupun jadi mcm ni, kami tetap tak putus asa untuk berusaha menyelesaikan nye. Kami takde niat sedikit pon tuk membalas dendam tapi sekadar nak kami sekeluarga pulih dan sihat kembali. Itu urusan dia dgn tuhan dan kita tak boleh masuk campur. Biarlah dia sendiri yg menjawab dgn Allah.

Yg penting kalu cara berubat nye betul dan mengikut cara Islam, mmg kami akan cobe. Sekarang nih kami dah jumpa seorang nenek yg sudi tuk tolong mengubatkan kami. Rejki kami lah sbb dapat berkenalan dgn dia. Padahal kami selalu jumpa dia kat pekan tapi tak tau plak dia pandai mengubat orang.

Kalu ikut kan cerita nenek nih, makcik aku pernah jemput dia dtg umah untuk berubat sbb sakit. tapi dia sakit bukan sbb lain tapi oleh mende yg dia bela. Kalu makcik aku nak sihat, dia musti buang ilmu hitam yg dia. Dia tak setuju sbb kalu buang, dia akan mati. Itu lah kesah nye.

Buat masa skang nih kami kena tangguhkan kerna Mak We tgh tenat. Nnt apa pulak kata orang yg datang tak nampak family aku kat umah. Dah lah aktiviti tuh pon ada kaitan dgn makcik aku jugak. Nenek tuh pon ada cakap, makcik aku dah tak bleh control lagi kerna mende tuh dah makan jasad dia sikit-sikit. Itu sbb lah dia jadik camtuh. Bayangkan badan dia yg besar mcm Syani tuh dah jadik kurus mcm Ziana Zain.

Smlm Ibu, Mami, Achik, Makteh dan akak sepupu aku uruskan lah mak We pasal dia dah takleh bangun dan terbaring je dgn najis kat atas katil. Bibik dia cuti balik Indon. Aku rasa dia dah tak tahan sbb kena jaga orang tua tuh. Mesti tak datang lagi. nak dia ada sorang je. Dia dah sibuk jaga baby, mana lak nak layan orang tua tuh. jadi dah bersihkan dia, bawak lah kedepan supaya orang leh datang tengok dan bacakan yassin. Dai dah tak bleh buat apa mcm dah jadik mayat idop dan orang yg datang pon dia dah tak kenal. Itulah dia....

Kesah ini bukan untuk mengaibkan sesapa tapi sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan dgn anda semua. Skang nih kami mengadakan majlis bacaan yassin setiap hari. Kami tak tau sampei bila dia bleh bertahan. Harap-harap tidak adalah penyiksaan terhadap dia lagi....

Wife aku ada berkata, setiap orang yg nampak bayang Mak We tuh sebenarnye belaan dia yang tgh mencarik tuan baru.

Ingatlah, iblis dan syaitan dan Jin jahat dan Alam ghaib itu wujud. Kalau kita berkawan dgn mereka, maka kita akan sesat selama-lama nye....

24 comments:

loveujordan said...

cikdinz,

panjang ceritanya....

sedih pun ada (sedih pada yang terkena ),

benci pun ada ( benci pada yang mengena ) .

Dulu susah nak percaya orang kenakan orang, tapi bila one of my family members terkena, baru lah I tau memang ada orang yang memang suka main jin dan iblis .

don't give up !!

RaFFLeSiA MeRaH said...

adehhhh...takut lak aku baca entry nihhh...

13may said...

huh! cerita misteri....

cikdinz said...

loveujordan - jgn benci. kita doakan semoga dia sihat dan kembali bertaubat..

rafflesia merah - jgn takut. buat ini 1 pengajaran...

13may - kesah benar...

achik said...

mmm 'kesian' pada org yg sanggup mengamalkan ilmu bukan2 sbb tinggi sgt Perasaaan Hasad Dengkinya... saya pun ada cite ala2 camni...

NBB said...

ada benda yang tak dapat nak di explain dengan mata kasar...alam jin, alam ghaib... hidup ini penuh misteri...

Queen Of The House said...

Dulu I memang susah nak percaya benda2 macam ni -- dah tengok dan experience (indirectly) barulah boleh percaya. Dalam Quran pun ada sebut pasal benda2 ni, jadi memanglah ianya wujud. It is up to the person to use his/her judgment, whether nak bersekutu dengan benda2 ni atau tidak. Kita berdoa pada Allah supaya dijauhkan dari perbuatan macam ni dan pada yang mengamalkannya, minta2 sedarlah .....

Benda apa yang kuat sangat tu sampai susah sangat nak dibuang?

Helena said...

Helena tak suka betul kalau orang melayu ni bila ada PHD, dia orang pergi jumpa bomoh.... anak sakit, jumpa bomoh..... nak ada jodoh, jumpa bomoh.....

Babyfacekiller said...

alamak... bila dah sampai bawah2 pun rasa seram pulak.. mintak dijauhkan lah ye.

p/s: bela la arnab ke, hamster ke... ada jugak comey nyer...

lindosh said...

hurmm macam2 bleh jadik

yus said...

takut sikit baca cerita cikdinz ni. Biasa dengar perkara2 mcm ni berlaku, tapi tak pernah nampak realiti. Memang patut dijadikan pengajaran.

cikdinz said...

achik - nnt citer lah...

nbb - misteri ygdisukai orang melayu..

qoth - dia ada 6 mende. langsuir, pontianak, pocong, toyol, jin jahat ngan ......

cikdinz said...

helena - idop dengan bomoh...

babyfacekiller - bela lah kambing ke, lembu ke, ayam ke, tentu leh makan kan...

lindosh - mcm kesah leh jadik..

Yus - kat sheffield ada tak ????

D said...

ha... boleh gak share cerita saya. saya pun orang NS malah aruah Atok dan Nenek dari keluarga orang 'besar'. Sewaktu Atok meninggal, sebuah rumah tak boleh tidor sebab dengar cakaran (harimau)di atas bumbung. sewaktu nenek dah tenat (2 tahun lalu), kami adik-beradik dan ibu/bapa saudara semua mengadap nenek, beritahu "kami tak mahu apa-apa nek. Nenek lepaskan lah". Takut nanti nenek tinggalkan kat cucu - parah la... semoga masyarakat Melayu zaman sekarang lebih beriman!

pB said...

gerun..
pelik tapi benar..

kat family belah hubby pun ada gak cerita macam nie..

sampai hari ini, tak selesai selesai lagi... dah nak masuk 14 tahun...

NBK466 said...

Mmg MISTIK sungguh kisah ko nie Che Dinz... Apa2 pun kita minta pada Allah...moga2 dugaan pada family ko dipermudahkan olehNya..

Pisces said...

bagus betul cara penulisan hang nie.. terasa macam baca variasari plak..

tapi mmg sedihkan bila ader yg buat benda karut marut macam nie.. semoga semuanya akan pulih secepat mungkin..

Hani Sumayyah said...

Harap Allah permudahkan pemergian Mak we tu...

Kak Lady said...

Cikdinz...bapak kak lady pun pernah terkena....masa kak lady masih remaja lagik...memula memang tak percaya...tapi bila kene keluarga sendiri barulah percaya...tapi kak lady suka baca cerita2 misteri camni...

Qisst said...

biasalah manusia, kerana harta...

wan said...

tanak percaya, tapi benda ni jadi kan?

jangan ingat zaman moden skang dah takde benda2 misteri nih.

tapi, kesian kat cikdinz sekeluarga kan. sabarlah eh.

Sunan_Jati said...

Assalamualaikum...
nice blogs...
hahahahahah!

Hheheheh...
subhanallah... mudah-mudahan... dipermudahkanlah urusan cik dinz yer... marilah samer2x bermaaf-maafan...

jhazkitaro said...

saje2 singgah. best plak baca blog nih. anyway, salam kenal. :)

cikdinz said...

d - orang NS jugak. kat belah mana tuh. manalah tau, kot-kot sedara plaks...

pb - pelik nape orang melayu suka mende-mende mcm nih.

NBK466 - berdoa hari-hari...

pisces - mcm baca variasari yeik. tuh belum ada ending tauuu..nnt sambung...heheheeee..

hani sumayyah - aminnnn...

kak lady - itulah dia orang melayu..

qisst - bukan harta jer. mende lain pon bleh buat jeles tau..

wan - kalu 100 tahun akan dtg pon, belum tentu dah takde kat melayu...

sunan_jati - makaseh menyinggah. nnt ada cerita yg lagi best..

jhazkitaro - best yeik. dtg lah lagi...