Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Kebanggaan negara

Tahniah Zulfahmi Khairudin


Thursday, May 10, 2007

Wednesday, March 28, 2007

PERJUANGAN BARU BERMULA

Insyallah jika tiada aral melintang, aku akan ke Penang esok pagi menghadiri karnival bowling anjuran Kelab Alam Sekitar Pulau Pinang (KASPEN) pada hari Sabtu, 31/3/2007. Perlawanan akan di adakan di Megamall, Prai. Kami dapat jemputan melalui branch KA yg ada kat Penang. Kalu ikutkan, ia adalah tertutup untuk syarikat di Penang sahaja. Oleh kerna branch kat sinun takde wakil yg main bowling, kami lah yg kena pergi ke sana.....

Ikut perancangan, kami akan bertolak ke sana menaiki van dan kereta kompeni pada pagi Jumaat. Seramai 11 orang akan ke sana termasuk manager dan cameraman. Aku dah tempah hotel di Georgetown. Sepatut nye di Prai tapi tiada hotel yg menarik di sana. Jadi kami dok lah kat pulau. Senang nak cari makan dan gi jenjalan....

Pemain ada 9 orang dan satu team akan di bahagikan kepada 3 pemain. Kami akan bermain 5 game seorang. Bemula pada pukul 9 pagi dan dijangka habeh pada pukul 2 petang....

Hadiah yg ditawarkan memang lumayan. Tempat pertama akan dapat cash RM1500 dan jugak piala. Tempat kedua pula dapat RM1000 dan piala. Tempat ketiga dapat RM700 piala. tempat ke 4 hingga 10 akan dapat hamper. Best bowler akan dapat RM200 dan set kelengkapan bowling. Amacam, lumayan tak......

Aku cuma risau fitnes semua pemain sbb kami akan memandu sendiri ke Penang. Tiada driver disediakan. Bayangkan perjalanan yg jauh dari Seremban ke Penang. Dah tentu semua penat. Takut ia menjadi masalah besar pada kami. Tawakkal je lah....

Harap semua members mendoakan kejayaan kami. Kepada sesiapa yg kebetulan ada di sekitar Penang, buleh lah datang memberi sokongan pada hari Sabtu nnt.....

p/s : bagitau kat mana makan best di Penang......

Monday, March 26, 2007

KARNIVAL FUTSAL 2007

Tempat berlangsung nye pentandingan Futsal KASB 2007...


Di dalam gelanggang Futsal tersebut...


Dok kat luar pasal kat dalam panas ya amat...


Aku ada di celah-celah penonton. Kalau korang teror, cobe carik aku kat ne...


Pemain dari KPJ sedang merawat pemain dari SUK, NS yg cedera.


Bebudak SUK, NS sedang memanas kan badan. Budak pompuan nih...


Sesi karaoke pon ada. Hadiah kami sediakan....


Perlawanan yang sedang di jalan kan.

dari kiri : Pengerusi Kesuka, aku, Kapten (B) Azman dan MD tgh tunggu Dato' S. Sothinathan...


Kami menyambut ketibaan Dato' S. Sothinathan.



Dato' S. Sothinathan merasmikan perlawanan akhir tuk kategori lelaki.


MD memberikan ucapan dan seterus nye majlis penyampaian hadiah.....

Hadiah-hadiah yg ditawarkan oleh pihak kami.



Juara kategori lelaki dari DOE Pulau Pinang.



Naib juara kategori lelaki dari DOE Putrajaya.



Juara kategori wanita dari SUK, NS.



Team KA dapat tempat ke 2 kategori wanita.



Pemenang tempat ketiga kategori wanita dari SUK, NS.


Team KA yg dapat tempat ke 4 kategori wanita.


COO menyampaikan hadiah cabutan bertuah yg dimenangi sendiri oleh driver COO...


MD menyampaikan cenderahati kepada Dato' S. Sothinathan sebagai penghargaan....


Jamuan makan yg disediakan kepada semua yg hadir...


Aku tgh menikmati satay bersama ajk-ajk yg lain....

Makan-makan tuk ajk bersama-sama COO sebagai menghargai kejayaan kami menganjurkan acara tersebut....


p/s : Album Futsal

Thursday, March 22, 2007

21 March 2007

Hari nih aku baru masyuk keje. Smlm takde kat opis, gi training kat PJ. Penat tak habeh lagi. Sampei je opis, dah nampak meja aku menimbun ngan kertas-kertas. Ada kerje urgent yg aku kena buat lah ni. Mesti keje melambak-lambak. Purchasing mmg mcm tuh. Kalu cuti ke, training ke, meeting ke, mc ke, melambak lah keje. Kena lak cover banyak scope. Lagilah parah. Sampai tak cukup tangan. tambah lak pakai kaki. Sampai mcm tu skali. Sesape yg pernah buat Jabatan Purchasing, dia tau lah mcm mana sibuk nye......


Dah 1 hari miss komputer. Jadi fokus tu lebih sket kat dia nun. Tengah syiok layan, talipon berbunyik. Pepagi lagi dah ada orang call. Sape plak nih mengganggu aku. Rupa nye anak buah yg telepon. Dorang ajak training bowling mlm nih. Kebetulan mereka free tuk training. Kalau hari Selasa ngan Khamis dorang tak dapat join kerna ada futsal. jadi tak ramai yg datang......



Hari nih dorang mintak aku book lane kerna nak datang training. Aku jugak yg kena book. Tapi takpelah kan pasal aku pon pemain jugak. Takan nak bising. Kenalah jaga anak buah kan. Hari tu lagi aku dah buat selection kerna ada game penting bulan nih. Itupon aku panggil 20 orang yg terbaik dan hanya pilih 9 orang pemain......






Masa selection, menjadik plak game aku. Itu yg peliks. Badi kalah masa tour tak hilang-hilang lagi. Apsal ntah. Tapi, kalau tak terpilih pon aku kena pegi jugak jadi team manager.
Tak sangka aku pon terpilih sama. Training nih kami adakan kerna minggu depan semua akan ke Penang menghadiri pertandingan bowling yg dianjurkan oleh DOE. Seminggu dua nih sibuk dgn training.......



Citer pasal futsal, minggu nih ada tour. yg dianjurkan oleh KKA, anak syarikat kepada KA. Kalu ikutkan ada 36 team yg mendaftar termasuk lah team dari DOE. Jemputan khas kepada DOE N.S. kerna kami nak merapatkan hubungan yg sedia ada dgn lebih baik lagi. Hadiah yg ditawarkan kali nih tidak kurang hebat nye dan memang lumayan kerna aku yg cari sponsor. Kalu ikut peraturan kompeni, takleh mintak apa-apa kat supplier tapi Boss besar yg bagi green light kat aku. Jadi, aku ikut jelah.......

Jadi, this wiken ngan next wiken sibuk ngan sukan........