Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Thursday, January 17, 2008

Happy birthday Ummi....





Radja – Aku ada kerna kau pun ada

Cinta adalah anugerah yang Kuasa
Sang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku
Tak berarti hidupku
Bila tak ada dirimu

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yg pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta
Kau buat diriku hidup selamanya

Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta
Kau buat diriku hidup selamanya

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yang pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Thursday, September 6, 2007

Dah dekat lar....




Ya allah, dah dekat lar. Tak sangka my wife tgh menunggu hari. Jika tiada aral melintang, 10 Sept dua date yg diberikan pleh doktor. Aku punya risau pun lain mcm sket. Mcm lah ini anak yg pertama. Padahal dah nak masuk 3 dah. Rasa bimbang ada, rasa seronok ada, rasa kelakar pun ada....

Teringat awal tahun dulu. Aku dah berkira-kira tidak ada baby untuk tahun ini sbb sebok memikirkan hal rumah baru. Yelah, nak pakai banyak duit nnt. Pastu Kakak baru 4 tahun dan Abang nya baru je 3 tahun. Maseh ada masa lain aku kira. Banyak mende yg nak dikejar nnt.

Aku sebenarnya nak yg terbaik untuk baby baru. Biarlah dia rasa selesa mcm Kakak dan Abang dia. Yg wife aku pula sibuk dgn perancangan nya. Dia kata umur dah tua lah, dah lambat lah, dah lama tak dengar suara baby lah. Bermacam-macam alasan diberikan.

Agaknya rejki tuh nak diberikan oleh Allah pada kami. Alhamdullillah kami ucapkan kerna mendapat rahmat dari nya. Pada Februari lepas, kami diberitahu oleh doktor kami akan mendapat ahli keluarga yg baru. Betapa seronok nya wife. Yg paling excited Kakak dan Abang nya. Setiap hari bercerita tentang baby. Agaknya boring asyik main ngan baby family lain. Kali ni ada adek sendiri nak buli kot....heheheeee.....

Yg best nya anak ku selang bunga. Pompuan, lelaki pastu pompuan. Lepas ni plan nak lelaki plak...heheheee.... Berangan dulu-dulu nak dapat anak kembar, tapi tak dapat lah. Susah nak dapat sbb akak ipar dah dapat dulu.

Harap semua berjalan dgn lancar. Semoga doa dan harapan kalian semua mencari iringan semasa proses kelahiran nnt.

"Ya Allah, tiada yg lain aku minta pd mu selain daripada keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan yg baik untuk isteri dan anak ku yg bakal dilahirkan nnt".

Amin.........

Monday, June 11, 2007

Alahai....

Sibuk benar seminggu nih sampei takde masa nak update blog. Ingatkan dah habeh shutdown, ada lah masa nak buat N3 baru. Ini sibuk ngan mende lain plak.

Dgn tidak semena-menanye, aku dilantik jadi orang kuat kantin. Kawan aku kat HR lah yang punya keje. Pergi masukkan nama aku dalam senarai panel. Last week sibuk interbiu kontraktor baru. Yg skang nih membosankan lauk nye. Memanjang lauk sama je hari-hari. Dah lah lauk mamak. Jadi bebudak kilang dah hilang sabar dan mintak HR tukar baru. Aku jadi mangsa sbb terjebak sama jadi panel. Pening nye aku nak memikirkan hal ni plak. Dah lah 1 hari dihabehkan dgn interbiu orang. Tak siap keje aku.......

Hari Sabtu nye aku sekeluarga pergi ambik kunci umah baru kat Snwg. Dah dapat CF rupanye. Aku tak tau plak. Adek aku yg hantar surat kat umah masa Jemaat. Kalau ikutkan aku dah bosan dah follow-up pasal umah nih. Sampei aku dah lupo kan. Tetiba muncul lak dia. Bila aku telepon tanya pasal kunci umah tu dapat mcm-mcm alasan lak. Yg itu lah, yg ini lah. Nasib baik dah dapat. Kalu tak maun aku bakar opis dia nuh.....

Bayar apa yg patut kat developer. Kena kuar duit lagi. Ambik jelah kunci. Nak buat camne. Terus ke umah baru nak tengok condition nye. Sampei kat situ, wife dah rasa excited especially anak-anak lah. Aku cam besa jer. Dah takde mood daa. Check hape yg patut dlm umah kot ada kerosakan ke. Ada lah defect kecik-kecik yg nak kena komplen. Kena hantar borang lagi.........

Petang nye kami balik ke umah. Dah penat sgt dah. Berehat kat rumah je sampei ke malam. Maghrib nye kami dapat panggilan dari kampung. Mak bagitau Makcik sebelah umah dah meninggal. Alah Makcik yg aku citer dulu tuh. Ingat nak terus balik mlm tuh tapi orang umah ngan anak tak sihat laks. Agaknye penat berpanas kat umah baru tadi. Tangguhkan dulu dan aku plan balik pagi Ahad esok nya....

Pukul 8 pagi kami dah sampei. Ramai dah kat sekitar umah tu. Kebanyakan semua sedara-mara aku yg balik dari KL. Cuma ada kak sepupu ngan Makcik aku yg kebetulan maseh on the way balik dari Kedah. Dorang gi tengok anak buah aku kat UUM Sintok. Jadi lewat sket sampei. Kami nak kena tunggu dorang sampei dulu. Pukul 9 pagi baru dorang sampei......

Orang dah ramai dah kat khemah. Aku sekeluarga dok kat umah dulu sarapan pagi. Pastu menyiapkan barang-barang dan kelengkapan tuk mandi jenazah. Ambik semua mende yg patut dari masjid. Siap semuanye, aku dan sepupu yang lain beramai-ramai angkat jenazah ke tempat mandi. Kena lah tolong sbb anak makcik aku nih sorang jer. Pastu pompuan je lak tuh. Yg menantu sibuk menguruskan mende lain. Nasib baik lah anak buah ramai nak menolong.......

Dah selesai mengangkat jenazah, kami tinggalkan. Maka sibuk lah pihak pompuan menjalankan tugas dorang plak. Mak Andak aku yg jadi lead dan mandikan jenazah. Dia juga yg kapan kan. Dia mmg dah besa sbb dia ustazah kat kampong nih.

Kemudian semua sedara mara diberi peluang tuk melihat jenazah kali terakhir sebelum ditutup. Semua makcik dan mak aku ambil lah peluang tuk menatap wajah jenazah kali terakhir.....

Kami mengangkat jenazah tuk diletak diluar. Nak bagi peluang pada semua yg hadir sembahyang jenazah. Pak Andak aku jadi imam tuk proses sembahyang jenazah. Aku pon terlibat sama. Lepas berdoa, masih ramai orang yg baru sampei termasuk lah MB NS. Rupenye Abah aku yg telepon impom dia. Tak sangka lak dia datang menziarah.

Dah selesai semua nye, aku angkat jenazah ke dalan van. Takde sape yg nak ikut van selain aku dan kak sepupu. Jadi aku ikut lah dgn driver ke kubur. Tak sangka lak driver van jenazah tu atuk sedara aku. Sedara sendiri pon tak kenal....

Setiba di kubur, nampak penggali tgh sibuk menyiapkan kubur. Ada masalah rupenye. Sesambil tuh bersungut membuat keje. Apa ke hal lak nih. Jadi aku pon pergi lah jenguk. Masa tuh semua orang tak sampei lagi.

Sesuatu yg aneh berlaku. Tak payah lah aku ceritakan kat korang. Tak nak mengaibkan sesapa. Jadi korang pempaham sendiri jelah apa yg berlaku....

Selepas tu ramai lah yg sampai kat perkarangan kubur. Tok imam tak bagi hampir ke kubur. Tak nak bagi orang tengok apa yg berlaku. Aku dan sedara lelaki yg lain membantu lah apa yg patut kat situ....

Timbul lak masalah lain. Orang yg nak membantu menyambut jenazah tak cukup plak. Pakcik suh aku masuk dan tolong mereka. Tanpa berlengah, aku bagi barang-barang penting kat adek aku dan terus turun ke dalam. Aku takde pikir apa-apa masa tuh. Niat nak membantu jer. Peduli lah apa yg berlaku kat dalam......

Dengan pantas dorang bantu mengangkat jenazah dan terus menghulurkan kepada kami. Yg lain tuh dah mula berkurumun kat tepi kubur. Semua nye memandang je apa yg berlaku. Kami memasukkan jenazah ke dalam liang. Nasib baik lah takde berlaku perkara lain yg mengaibkan. Sayu plak bila aku tengok makcik dimasukan ke dalam tuh.

Ya Allah, semoga dikurangkan penyiksaan terhadap Makcik aku.......

Kemudian aku pon keluar dan dorang terus kambus tanah ke dalam liang. Baju ngan seluar aku penuh ngan lumpur. Ketepi dahulu dan biarkan mereka menimbuskan kubur tersebut. Mereka pon terus bersiap dan membaca talkin. Aku pergi duduk di bawah pokok rambutan unutk berteduh sesambil memerhatikan orang yg datang menziarah. Semua sedara mara berkumpul bersama-sama. Selesai berdoa, aku pon balik tumpang kawan naik motor. Tak nak lah mengotorkan keter orang lain......

p/s: Kisah ini bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi sekadar mengingatkan semua. Semoga roh nye dicucuri rahmat hendaknya oleh Allah.........................

Sunday, May 6, 2007

Al-fatihah

Takziah diucapkan kepada family makcik ku di Meru, Klang di atas pemergian Makcik (adek pada abah) ke rahmatullah Sabtu lepas. Dia meninggal dunia kerna penyakit barah. Dah setahun lebih dia menderita sakit barah paru-paru.

Sebelum nih sibuk dgn berulang alik ke hospital tuk menerima rawatan. Ni pon dia dah sebulan di hospital sbb keadaan yg penuh ke-uzuran. Sempat jugak arwah dibawa balik dari hospital. Dia kata dah sihat dan nak balik rumah. Tak sangka dia sebenarnye nak pergi meninggalkan kami.

Makcik menghembuskan nafas yg terakhir di samping suami, anak-anak dan menantu, nenek ku, pakcik dan makcik ku yg lain serta ahli keluarga yg terdekat. Beliau meninggal dunia pada waktu maghrib.

Kami sekeluarga dapat berita sedih ni pada pukul 8 mlm. Kami terus bersiap dan bertolak dari Sbn pukul 9 mlm. Sampei di sana pukul 10.45 mlm. Kami sempat menziarah jenazah dan membaca yassin. Meluangkan masa di sana sampei kul 2.30 pagi.

Beliau selamat dikebumikan pada pagi hari Ahad selepas disembahyangkan di surau yg berdekatan. Kubur makcik berdekatan dgn kubur arwah atuk. Ramai sungguh orang yg hadir semasa di rumah arwah dan surau. Begitu juga semasa menghantar jenazah.....

Sunday, April 22, 2007

Last wiken



2-3 hari nih sibuk ngan lampu. Celik mata jer lampu, makan lampu, tido lampu, jalan-jalan lampu, driving lampu. Mata nih nampak lampu jerk. Yelah, nak kena cari lampu tuk umah baru. Nnt dah pindah umah baru. Nak umah cantek dan nampak ekslusif bila dipandang orang. Orang kata, lampu lah yg mebuat kan umah itu cantek. Lampu lah yg buat umah itu berseri. Lampu lah yg buat umah tuh bercahaya terang. Aku percaya semua nye betul. Tengok, betapa penting nye fungsi lampu tersebut. Hanya orang yg pernah berurusan dgn lampu saja yg tau perkara ini....

Merata kami mencari lampu. Ke utara, ke selatan, ke timur, ke barat NS. Kalau kaki nih tak tau mengenal penat, mau ku gagah kan sampei ke KL atau Melaka. Tapi apa kan daya, mampu berlegar di negeri sendiri sahaja. Nampak je kedai lampu, kami masyuk. Tak peduli kan keadaan sekeliling. Biarlah apa orang lain nak kata. Kami tetap nak beli lampu....

Jumpalah beberapa kedai yg bagus layanan dan produk nye. Agak tetarik hati nak membeli lampu mereka dek kemanisan mulut mereka bertutur. Semua nye indah berlaka. Terpedaya juga kami tuk ambik beberapa jenis lampu. Sampei 4-5 kedai kami pergi survey. Itupun kerna kami termakan pujuk rayu mereka. Yg tahan lama lah, yg terang lah, yg bleh masyuk air lah, yg ada waranty lama lah. Macam-macam mereka khabarkan. Yg lain tuh kami kena gali lagi, cari lagi dan belajar lagi sampei roh tuh masuk dlm badan kami....

Inilah dia teori antarabangsa. Orang lelaki senang nak beli barang. Rasa berkenan, terus amek dan bayar kat kaunter. Lain plak hal nye dgn si perempuan. Susah rasa nye untuk mereka cepat puashati dgn pilihan mereka. Kalu buleh, kedai tuh nak ditawafnye 10 kali. Untuk mencari barang yg betul-betul sesuai dgn jiwa mereka perlukan 1 hari. Yg parah, si suami lah. Ikut saja apa kata si isteri supaya nnt tak perlu tido di luar rumah.....

Ditambah lagi dgn 1 masalah. Ntah mana satu yg hendak di buat. Nak plaster siling atau tidak. Peninglah paler memikirkan nye. Ikut si suami, kalu takde plaster pon tak pe, kalu ada pon takpe. Dua-dua sama cantek. Itu fikir si lelaki. Tapi perempuan punya jawapan lain lah plak. Nak kena fikir sedalam-dalam nye situasi yg ada. Itulah dia.

Aku terpaksa akur dgn setiap permintaan.....heheheheeheheheeeee......

Wednesday, April 18, 2007