Monday, March 5, 2007

Citer Bowling

Last wiken ada pertandingan bowling syarikat yg telah diadakan di Ampang Bowl, Seremban pada hari Sabtu 3/3/07. Ini adalah aktiviti sukan yg pertama tuk tahun ini. Dan acara bowling telah dipilih tuk merasmikannye.

Seperti besa aku dan kawan baik telah dilantik menjadi organizer tuk event kali ini. Ini adalah kerna pengalaman aku yg lepas-lepas dah besa organise game bowling samada tuk kompeni atau tuk orang luar.. Dan luar biasa nye hanya 2 orang nih jelah yg collect fees dari peserta, beli hamper kat pasaraya, sediakan makanan tuk mereka, amek kedatangan peserta dan berbagai-bagai lagi tugas tambahan. Sumer nye kami berdua buat sendiri. Adalah geng-geng kelab yg tolong tuk meringankan beban kami tapi dorang dapat tolong pon masa hari Sabtu.

Aku pon dgn rela nye kena lah bersungguh-sungguh sket pasal aku telah dilantik sebagai Chairman kelab bowling pada bulan lepas dan ia adalah hasil dari recommend oleh pengerusi kelab sukan. Kena lah buat betul-betul. Pempaham jelah..heheheheeee.....

Hari Jumaat lagi aku dah buat preparation kat opis. Collect fees dari mereka-mereka yg belum bayar. Nama bagi tapi duit tak nak bagi kat aku. Duit yg dikutip adalah untuk dibuat modal hadiah wang tunai tuk pemenang. Budget tuk sukan tahun nih tak kuar lagi kerna Datuk belom bagi approval. Duit kelab tuk tahun 2007 belum ada lagi.
Jadi fees yg di collect tu takdelah banyak, sorang RM5 jer dan bolehlah ia membantu kesesakan wang yg kami alami masa tuh.. Kalu ikutkan total collection baru ada RM360. Tak cukup pasal hadiah wang tunai je dah RM980. Hamper plak keseluruhan nye bernilai RM1500 tapi telah dibayar menggunakan duit kelab balance tahun lepas. Kami terpaksa pinjam duit dari Admin tuk bayar duit game.Tu jelah yg aku bleh usahakan...

Hari yg dinanti telah pon tiba iaitu hari Sabtu. Pepagi lagi aku dah bangun. Siap gi basuh keter kat car wash. Balik umah siapkan bebarang bowling dan polish bola bowling. Lupa nak sarapan. Berehat jap kat umah sampei tengahari. Aku sebenar nye dah janji ngan konco-konco aku pegi 3 keter amek hadiah kat pasaraya.. Jadi dalam kul 1 kami berkumpulah kat depan pasaraya. Buat selamba jer parking kat tepi jalan besar block keter orang. Angkut sumer hamper lam keter penuh-penuh. Pastu konvoi bawak gi bowling. Berpeluh-peluh aku dibuat nye. Lom main lagi dah habeh energy....

Aku sampei awal lam pukul 1.30 petang kerna nak kena amek pendaftaran para peserta. Sesiap susun hamper kat atas meja yg disediakan. Game start pada pukul 3 petang. Semua kena tunggu MD ngan COO dtg baru bleh start game.
Pada masa nih pihak bowling ada menyediakan makanan tuk peserta. Aku bayar kat dorang tuk sediakan, jadi kenalah mereka buat. Makanan yg disediakan boleh di buat alas perut sebelum game bermula..
Pada pukul 2.30 petang, MD and family pon sampei. Dia terus jumpa aku mintak Wife ngan anak dia join main bowling. Aku pon ganti lah mana-mana team yg tak cukup orang nun. Jadi dapatlah anak ngan wife dia join...
Tepat pukul 3 petang, kami pon mulakan lah pertandingan dimana MD telah membuat balingan perasmian. Jadi kami pon start lah main lawan antara team. Setiap team dibahagi kan kepada 4 orang pemain dimana nama mereka dicabut secara random semasa undian minggu lepas supaya dorang dapat bergaul dgn golongan atasan semasa games. Setiap orang diwajibkan bermain 3 game.
Maka havoc lah Ampang Bowl Seremban dek keriuhan bebudak KA bermain bowling. Memacam skill yg ditunjuk kan oleh mereka. Permainan aku tak berpa menjadik. Aku hanya dapat score average lam 150 pin sahaja. Frust betul kerna tak menjadik. Mcm tak nak bagi aku menang. Secara saikologi aku memujuk kengkawan yg lain supaya main dgn bagus.
Setelah berhempas pulas, Game tamat pada pukul 5.30 petang. Semua dah kepenatan selepas bermain 3 game. Aku tak rasa apa-apa sangat pasal dah biasa main lebih dari 5 game. cecepat aku dapatkan list pemenang dari ofis mereka. Satu persatu aku tatap. team aku dapat no 2. Hahahahahahaaaa....gumbira bukan kepalang. Aku terus update kan list pemenang bowling.
Sampai kepada acara penyampaian hadiah. Dgn tidak semena-mena nye aku kena jadik MC. Tak pasal-pasal aku yg terkena. Dahlah darah gemuruh. Aku gagah kan jua. Aku jemput MD, COO, SM dan PA menteri tuk menyampaikan hadiah. Alhamdullillah, semua berjalan lancar.
Gambar pertandingan bowling boleh dilihat di sini.
Team aku happy sangat pasal dapat no 2. Beza jatuhan opin ngan team tempat pertama hanya 25 pin. Kalau permainan aku menjadik, mungkin bisa jadik champion. Takpelah, bukan rejki aku. Itu rejki orang lain. Aku hanya layak tuk dapat no2 sahaja.
Majlis selesai pada pukul 6.15 petang. Nampak keseronokan, kegembiraan dan kepuasan terpancar dimuka semua members.

Wednesday, February 28, 2007

Semalam

Semalam, aku sibuk ya amat sangat kat opis. Banyak paper work yg perlu disiapkan. Production nak barang urgent lah, nak approve kan management paper lah, nak type semua dokumen dalam komputer lah, mana nak carik quotation lagi, pastu meeting kelab sukan. Ni dah sibuk tak bertempat dah ni.. Aku sibuk naa sampei tahap tak gi lunch. Jadi dgn itu kejadian, aku tak nyempat-nyempat nak update kan blog. Sori kengkawan, lambat reply pada n3 yg lepas....

Semalam, walau sesibuk mana pon, aku tetap jugak ada luangkan kan sedikit masa tuk menatap internet sekali sekala pasal nak bagi otak nih rehat jap. Otak nih asyik keje tak henti-henti. Kasi dia nyaman jap. Amek tau pasal perkembangan dunia. Takde lah tengok blog tapi mencarik web-web lain yg menarik perhatian aku. Bukan web tak senonoh tau. Web yg ade pekdah jer...heheheheheee....

Semalam, kuar opis lambat sket dlm pukul 6 petang gitu. Tengah jem panjang kat trafic light. Jumlah keter yg ada kat atas jalan mcm luar biasa sket dia punya kuantiti. Ingat kuar awal takdelah sangkut. Nak jadik citer, masa tuh ternampak lah 1 motor besar datang dari belakang. Awak pon amek tak port jelah. Tapi, aku perasan apsal motor nih warna putih. Sekali tengok motor polis yg baru daa... Aku tergamam jap sorang-sorang memikirkan pasal motor tuh dan PDRM. Skang dorang pakai super bike. Bertuah nye orang yg dapat pakai motor nih. CBR 1100 tuh...ish...ish..ish.... Apsal lah aku tak jadik polis dulu.
Semalam, orang umah ada di rumah mertua. Terus ke sana tuk minam petang. Tetiba dapat sms dari rakan seperjuangan. Ada game bowling mlm nih dimana perjanjian yg telah dimeterai pada pukul 9 mlm. Tanpa mebuang masa aku pon balik lah umah tuk berehat dan sembahyang. Orang umah dan anak-anak tak ikut dan dorang tinggal kat rumah mertua. Lam kul 8.30 gitu, aku pun kuar lah nak gi check duit dulu. Ramai nye orang sampei aku pon tak dapat kuar duit. Masa dah terhad nih. Aku gamble jer gi tengok ATM kat Seremban Parade. Nasib baik ada. Mesin tuh bagi aku kuar duit RM50 je. Jadilah daripada tak ada nak buat modal bayar game bowling. Aku tengok pon mesin mcm nak tak nak jer kuar duit. Lambat semacam..

Semalam, main bowling 5 orang. Sepatut nye ada 6 orang seperti besa tapi sorang tuh tak dpt datang. Score semua orang mcm hampeh termasuk lah aku. Ntah apsal. Semua dah hangin 1 badan. Minyak kat lane takde langsung. Lane pon mcm rabak je. Kalu hari rabu petang, bebudak MSSM training. Pepaham jelah keadaan lane tuh. Selalu nye kitaorang main hari selasa atau khamis. Lane tuk kami akan dibooking jadi dah siap tersedia setiap kali nak datang main. Geng-geng aku nih regular customer. Semua orang kenal....

bola yg dah berjasa selama 8 tahun kat aku.


Semalam, dah selesai main bowling dlm kul 11 gitu, kami pon gilah makan kat kedai mamak depan bangunan ni je. Aku memang lapar. Order roti banjir sampei 2. Minum air 2 gelas. makanan sampei lambat plak. Lepak sampei kul 12.30 malam gitu. Dah penat bercerita, aku pon balik lah nak jemput orang umah kat umah mertua.. Dah nak tido rupe nye. Anak yg sulung dah tido dah. Yg adek taknak tido pasal tak puashati aku tak bawak dia. 2nd time dah aku buat camni. Aku dah suruh dorang dok umah tapi dia tak nak. Jadi, kena tunggu aku lah..hehehehe...
Sian kat boy ngan kakak pasal tak dapat ikut main bowling.....

Monday, February 26, 2007

An interesting reflection from my friend

Slow Down Culture

It's been 18 years since I joined Volvo, a Swedish company. Working for them has proven to be an interesting experience. Any project here takes 2 years to be finalized, even if the idea is simple and brilliant. It's a rule.

Globalize processes have caused in us (all over the world) a general sense of searching for immediate results. Therefore, we have come to posses a need to see immediate results. This contrasts greatly with the slow movements of the Swedish. They, on the other hand, debate, debate, debate, hold x quantity of meetings and work with a slowdown scheme. At the end, this always yields better results.

Said in another words:
1. Sweden is about the size of San Pablo, a state in Brazil.
2. Sweden has 2 million inhabitants.
3. Stockholm, has 500,000 people.
4. Volvo, Escania, Ericsson, Electrolux, Nokia are some of its renowned companies. Volvo supplies the NASA.

The first time I was in Sweden, one of my colleagues picked me up at the hotel every morning. It was September, bit cold and snowy. We would arrive early at the company and he would park far away from the entrance (2000 employees drive their car to work). The first day, I didn't say anything, either the second or third. One morning I asked, "Do you have a fixed parking space? I've noticed we park far from the entrance even when there are no other cars in the lot." To which he replied, "Since we're here early we'll have time to walk, and whoever gets in late will be late and need a place closer to the door. Don't you think? Imagine my face.

Nowadays, there's a movement in Europe name Slow Food. This movement establishes that people should eat and drink slowly, with enough time to taste their food, spend time with the family, friends, without rushing. Slow Food is against its counterpart: the spirit of Fast Food and what it stands for as a lifestyle. Slow Food is the basis for a bigger movement called Slow Europe, as mentioned by Business Week.

Basically, the movement questions the sense of "hurry" and "craziness" generated by globalization, fueled by the desire of "having in quantity" (life status) versus "having with quality", "life quality" or the "quality of being". French people, even though they work 35 hours per week, are more productive than Americans or British. Germans have established 28.8 hour workweeks and have seen their productivity been driven up by 20%. This slow attitude has brought forth the US's attention, pupils of the fast and the "do it now!".

This no-rush attitude doesn't represent doing less or having a lower productivity. It means working and doing things with greater quality, productivity, perfection, with attention to detail and less stress. It means reestablishing family values, friends, free and leisure time. Taking the "now", present and concrete, versus the "global", undefined and anonymous. It means taking humans' essential values, the simplicity of living.

It stands for a less coercive work environment, more happy, lighter and more productive where humans enjoy doing what they know best how to do. It's time to stop and think on how companies need to develop serious quality with no-rush that will increase productivity and the quality of products and services, without losing the essence of spirit.

In the movie, Scent of a Woman, there's a scene where Al Pacino asks a girl to dance and she replies, "I can't, my boyfriend will be here any minute now". To which Al responds, "A life is lived in an instant". Then they dance to a tango.

Many of us live our lives running behind time, but we only reach it when we die of a heart attack or in a car accident rushing to be on time. Others are so anxious of living the future that they forget to live the present, which is the only time that truly exists. We all have equal time throughout the world. No one has more or less. The difference lies in how each one of us does with our time. We need to live each moment.

As John Lennon said,
"Life is what happens to you while you're busy making other plans".

Sunday, February 25, 2007

AKTIVITI FAMILY LAST WIKEN

Smlm tak tau nak buat apa kat umah. Dah lepas aktiviti sekeluarga bersarapan roti canai lam kul 11 pagi (bangun lambat lagi). Melepaks lah kat umah tengok citer katun sampei tengah hari...

Tetiba dapat info dari kakak ipar aku. Dia cakap ada pameran pendidikan kat Royal Aldephi Sbn. Dia dah pegi semalam daftarkan akauan tuk anak-anak dia. Aku buleh terus daftar akaun PTPTN tuk anak-anak kat situ jugak dan leh dapat hadiah banyak kata nye.. Aku memang dah lama plan nak bukak akaun PTPTN tuk anak aku tapi memanjang tertangguh jer. Jadi dah ada peluang keemasan nih, baik aku pegi buat.

On the way ke sana barulah nampak bunting ngan banner promote tentang pameran tersebut yg tersorok kat tepi-tepi pokok.. Ciss!!! patut lah aku tak nampak dan tak dapat info langsung. Selalu balik keje lalu jalan yg sama. Heran betul. Perati mende lain kot...heheheee...

Kami sampei kat Royal Aldephi dlm kul 12.30 tengahari. Parking basement pon leh tahan penuh nye. Nampak lah orang berbondong-bondong bawak hasil dari pameran. Sarat jer aku tengok dorang tuh... Rerupa nye semua universiti kat m'sia nih ada bukak booth. Dorang ada bagi memacam bahan.


Itu aku tengok kemudian lah pasal nak settle kan PTPTN nye hal dulu. Mak aiiii!!!!! ramai nye orang kat booth nih. Berebut-rebut nak amek borang. Sampei jer kat situ terus ada 1 kerusi kosong. Apa lagi, aku duduk terus mintak borang lah. Rejki aku dan anak-anak lah nampak nye.

Nak di jadik kan citer, aku isi dulu borang tuk kakak. Ok, sumer nye berjalan dgn lancar. Borang kakak dah siap aku isi. Masuk plak borang kedua tuk adek. Banyak salah plaks masa isi. Isi lagi sekali borang pon salah jugak. Aku dah tension dah sbb orang menyebok himpit-himpit aku. Panas dan semak dek orang yg ramai. Jadi aku panggil wife plak suruh isi borang adek. Dia pon salah isi gak. Masuk borang ke 4 barulah betul. Alhamdullillah, dapat gak settlekan hal borang dan dapat bukak akaun tuk budak 2 orang tuh. Masuk kan sorang RM100.00. Dapat hadiah sampingan seperti Mug, Tabung, Key-chain, Payung, Sticker kereta dan memacam lagi lah...

Selesai semua, kami sekeluarga jenjalan lah kat booth lain. Collect bahan-bahan ape yg patut tuk budak 2 orang tuh.. Nampak nye budak 2 orang tu happy jer pasal dapat memacam. Aku sebenar nye nak dedahkan mereka pada benda-benda mcm ni supaya dapat menimbulkan minat tuk belajar bersungguh-sungguh dan berusaha tuh masyuk universiti... Itu yg penting.

Dah selesai, kami pon pegi lah Jusco S2. Takde ape-ape yg menarik melainkan orang terlampau ramai. Parking penuh sampei kena tunggu orang keluar.. Dok lama lam keter tunggu parking kosong. Perut dah lapar ya amat. Budak 2 orang tuh pon dah komplen pasal tak memakan lagi.


Jam menunjukan pukul 2.30 petang. Carik port tuk memenuhi perut yg lapar nih. Wife nak makan steamboat. Dah lama dia peratik restoran tu bila datang sini. Jadik aku pon ikut jelah walau pon masa tu kena beratur panjang tunggu giliran. Dapat gak tempat. Order set yg dia offer tuk 4 orang. Sekejap jer dah dapat sumer bahan-bahan. Best gak main celop-celop lam mangkuk stim. Anak-anak sibuk nak pakai chop stik mcm bapak dia gak. Aku pon dah kekok pegang chop stik pasal dah 4 tahun tak guna. Hampir 1 jam semua bahan-bahan habis di makan.
Nyam !! nyam!!! nyam.... kenyang nye.

Dah kenyang jenjalan lah kat sekitar Jusco. Sesaja masuk kedai yg takde orang. Takdelah bersesak-sesak ngan orang lain.. Gi tengok bowling kat tingkat 2. Kedai bowling tutup plak. Aku plan nak beli bola baru sebenar nye. Takde plak budak tuh. Lian kali lah......


Dah buring tak tau nak buat apa, kami pon gi lah dok kat depan TGV nun. Tengok screen tuh satu-satu. Orang umah aku ajak tengok citer Norbit. Norbit pon Norbit lah. Tengok show kul 5.20 petang. Beli sesiap porp corn ngan air mineral. Masa masyuk tuh que panjang gak. Mesti ramai nih. Aku nye tiket row F tuh. 6 row dari depan. Nasib baik tak kena mendongak.. hehehee......

Citer tu ok lah. Sesambil ada lawak sarkes. Tapi tak leh lawan Chau Sing Chee (Shaolin Soccer & Kungfu Hustle). Dia punya lawak lagi splastik.... Boy dah terlelap masa citer baru sampei setengah. Dia memang suka dok lam aircond sbb dapat tidor nyenyak. Kakak nyenyaris nak terlelap. Dia layan jelah Eddie Murphy nye lawak. Citer nih aku bagi 3/5 jelah..

Habeh citer dalam kul 7.15 pm. Terus balik umah lah. Apa lagi mau bikin....

Thursday, February 22, 2007

Aku dah tak tahan

Arrrrggggghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!....................

Dah tak mampu lagi aku tuk menahan diri ini dari mengupdatekan n3 yg baru kat blog ni haaa.... Genap seminggu dah aku tinggalkan blog ini tuk bagi spiderman buat sarang dia yg paling besar kat sinun.

Sepanjang masa tuh, aku hanya tengok blog orang lain dan adalah sikit-sikit meninggalkan komen mengikut kemampuan diri ku ini dan jugak mood....Bila tengok blog dorang, aku banyak berfikir tentang kehidupan... Hmmm!!!! sudah lah...

Rindu rasa nye jari-jemari ku ini kerna dah seminggu tak menaip n3 yg baru dan aku menjadi amat lah mengong masa nih sesangat pasal takde idea yg best nak buat citer.... Dah tak mampu lagi nak menanggong rindu pada blog aku yg best ni...ekekekekekkkk..

Adakah teknik aku memancing komen itu menjadik, sesama kita lihat hasil nye...heheheheee..

Serta dengan tidak semena-mena nya, walau pun aku dah lama tak layan blog sendiri aku tetap kena jugak tag oleh rakan-rakan seperjuangan di arena sukan memblogs. Jadi untuk tidak menghampakan diri sendiri dan jugak rakan-rakan, ku paksa jua minda ku ini tuk mensyerkan apa jua perkara pelik tentang diri ku ini. Semangat kesukanan yg tinggi perlu ditunjukkan pada mereka semua....

Seperti besa, aku ulang balik syarat-syarat pertandingan walaupun korang sumer dah baca banyak kali... ekekekekekkkk!!!!!!!!!

The rule of the game:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.


1. Aku tak suka duit lam wallet tak tersusun rapi dan tak tentu arah. Setiap kali aku dapat duit balance dari kedai ke, pasar ke, supermarket ke, kedai dobi ke, aku akan check dulu duit tu 1 persatu serta merta lepas amek. Aku akan gosok permukaan duit tu supaya tak berkudut atau berlipat-lipat. Selepas tuh aku akan susun kat lam wallet ikut nilai nye mcm contoh duit RM50 kat belakang sekali dan duit RM1 kat depan skali. Susun ikut turutan dan aku akan pastikan wajah agong setiap duit tuh sama jerk dan tak nak tonggang terbalik kat lam wallet..


2. Aku suka cakap sensorang tak kira masa. Aku tulih blog nih pon leh cakap sensorang. Tapi kena make sure takde orang lah kat opis. Kat lam keter pon sama. Aku akan membebe-bebel lah seorang diri melayan perasan ku yg marah kat drebar-drebar lain yg tahap lembeb ke, memandu tak ikut undang-undang ke, tetiba keter potong que ke, ajak aku racing ke. Aku punya tahap cakap sensorang nih cukup sadis sampeikan wife aku akan tegur tuk memberi kesedaran serta-merta pada diri ku ini...ish.ish.ish.ishhh..(mat 3 suku ke aku nih ?????).


3. Aku suka amek gambar dan jugak bergambar. Tak tau lah kenapa tapi pe'eel aku nih start masa aku sekolah menengah lagi. Asyik tengok kengkawan bergambar jerk, aku pon nak gak tumpang sekaki. Jadi aku pon belilah 1 kamera khas tuk amek gambar lain dan jugak gambar aku sendiri. Tak kesah lah amek kat ne. Gambor kelas ke, gambar gi rombongan ke, kena rotan ke, buat jahat ke, panjat pagar sekolah ke....sumer ade lah.....


4. Aku lebih suke dengar lagu omputih dari dengar lagu melayu. Tak tau apsal. Mungkin lagu melayu sumer sepesen jer kot ataupon lagu melayu nih tangkap leleh melentok-lentok... Aku tak berapa minat kalu lagu begitu. Dari kecik lagi aku suka dengar lagu omputih... Mungkin tu sebab aku nye english kat sekolah power yg amat sangat agak nye. Memanjang dapat 100% jer....heheheheeeee.. Dah terbiasa kot. Skang nih lam keter radio omputeh, kat umah lagu omputih, kat opis lagu omputeh...Nak jadik mat saleh celop hape ntah.. Tapi takpe, aku lah dictionery kat opis sbb english bagus. Pepehal, dorang refer kat aku. Bagus gak kan....


5. Aku nih suka berkawan. Tak kesah lah kat mana atau dgn sape. Kalu aku gi memana, aku musti senang carik kawan. Kat kedai gunting rambut ke, kat dalam feri ke, kat lam kapalterbang ke, kat lam teksi ke. Memang senang ya amat. Aku terlebih ramah kot. Besa nye aku yg sebuk mula bercakap dulu. Buat-buat lah tanya soalan bodoh ke, soalan bijak ke, soalan mcm bagus ke... Tapi kalu kena orang pendiam, mati akal lah aku...heheheee.. Orang lain senang mendampingi aku kot...... chewahhh!!!!!!!!!!!!!!

6. Last but not least, aku nih perfectionist (betul ke aku tulih nih). Semua mende mesti nak perfect. Aku akan make sure mende tersusun rapi dan cecantik belaka. Aku tak tau apsal.
Kalu kat opis, orang ingat aku takde keje pasal meja aku tuh bersih jerk (memang pon takde keje...heheheee....). Kalu kat umah, lagi teruk. Carpet musti sama line ngan lantai, tak buleh senget-senget. Pastu langsir pon sama gak, musti balance dan kaler nye musti cantek skali. Hanger pon musti sama jenis dan kaler kalu susun lam lamari. Kena sama semua. Kalu tak Wife musti kena tegur ngan aku...


Itulah aku punya 6 kepelikkan dalam hidop ini. Setiap manusia ada special nye dan jugak ada kureng nye. Janganlah ingat diri kita ini kureng dari orang lain. Ada orang lagi pelik lam dunia nih.........

Jadi tibalah masa nye tuk aku plak nak tag 6 orang yg aku tak berapa nak suka dan mereka asyik menyebok jer lam blog aku ni haaa...heheheheheheeee...(aku gurau jerk)

Inilah insan-insan yg terpilih :
1. ALEX LACEY
2. YUS
3. REFLESIA MERAH
4. QOTH
5. NBK 466
6. KD

Kepada 6 orang insan bertuah yg aku pilih nih, pepandai korang lah nak citer mende pelik-pelik tentang diri korang yeik....heheheheeee.....

Den dah lopeh dah. yahoooooo!!!!!!!!!!

Thursday, February 15, 2007

MALAS LAH NAK TULIH KAT BLOG


Korang nak tau pasal apa aku malas nak tulih blog........

Pasal geng-geng sumer tak nak masyuk kan komen kat n3 aku. Nape korang tak nak masyuk kan komen, aku pon tak tau........

1. Adakah korang menyampah membaca n3 aku yg mcm bagus?

2. Adakah citer aku sumer memburingkan?

3. Adakah aku menyinggung perasaan orang lain?

4. Adakah aku pinjam duit, aku tak bayar balik?

5. Adakah aku menyusahkan orang?

Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yg tau.... Ini menjadi sebab-musabab aku dah takde mood nak buat n3 lagi. Mulai hari ini aku nak berenti anto n3 dan akan hanya membaca blog orang lain sahaja.
Kepada mereka-mereka yg sudi menjengok blog ku yg tak seberapa ini, aku ucapkan terima kaseh yg tak tehingga berjuta nye....

Dan kepada mereka yang mungkin bosan dan marah membaca n3 yg mcm bagus nih, aku pon nak ucapkan terima kaseh pada korang sumer.....

Selamat memblogs, terima kaseh................

Wednesday, February 14, 2007

ANUGERAH KESELAMATAN

Last week kompeni aku dapat anugerah dari PM, Pak Lah. Anugerah keselamatan pekerja kata nye... Anugerah ini diberikan kepada kompeni yg membuat baik kepada pekerja nye dan juga menjaga keselamatan para pekerja.

Boleh dikatakan bagus jugak kompeni aku nih. Yelah, bebudak production setiap hari bergelumang dengan "industrial waste" yg merbahaya mcm toxic, chemical dan sebagai nye. Jadi, perlu lah syarikat menjaga semua perkerja... Kalu ikut JKKP & DOE, peralatan safety yg disedikan cukup complete & perfect. Aku kengkadang masyuk production pon kena jadik cam orang nak naik bulan. Kalu tak complete, nnt kena saman ngan "Safety Department"...


Kalu ikut kan citer kat dalam n3 si NBK466 tuh (alaaa, mamat yg macam bagus tuh..) aku pon sedih gak pasal tak dapat gi. Pada mula nye aku leh pegi, pastu orang safety cakap kena buat cabutan nama plaks. Apelah dorang nih. Dah sah-sah nama aku tak naik. Hampeh tul.
Adalah 30 orang dapat gi sana...
Aku bukan nye pikir sangat nak makan kat hotel, tapi sebenar nye nak pergi majlis anugerah tersebut berjumpa ngan PM. Dah pernah jumpa dah dan bersalam ngan PM tapi nak pegi lagi lah....heheheeeeee....
p/s:Tamak nye aku. Bagilah peluang kat orang lain plak kan....
Seperti biasa, MD aku yg macho lagi hensem tuh (tak mcm boss NBK466) gi lah amek anugerah di stage tersebut selaku wakil bagi pehak syarikat. MD aku begitu happy nye sbb kompeni dapat lagi 1 anugerah. Dan dia berjanji nak bagi something kat sumer pekerja tapi tak tau lagi ape bende nye.. Jgn payung lagi udah... Tahun nih dah 3 payung dapat.

Inilah roman nye (rupe nye) award yg kompeni aku dapat. Amacam kengkawan, cantek tak award tuh..heheheee..Maka dapat lah kompeni aku kuar surat khabar ngan TV dan menjadik begitu famous lagi...