Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Ampun dan maaf dipinta andainya diri Ku ini,


Terkasar bahasa dalam berbicara

Tersilap bicara semasa bersama

Termarah yang tak kena pada tempatnya

Tertanya tak tentu hala

Tertuduh tanpa usul periksa

Terkutuk dengan selamba nya

Tersasul yang tak di sengaja

Tersindir dengan suka-suka

Terpukul kat mana-mana

Terpekik kuat di telinga

Terhantuk atau terketuk di kepala

Terpinjam atau terambil harta & benda

Termoody tak semena-mena

Terumpat bila ada cerita

Teremail benda yang tak sepatutnya….





Di hari yang mulia ini sepuluh jari Ku hulurkan kepada semua,

Memohon kemaafan atas segala kesalahan yang ada,

Kerana diri ini masih bernama manusia,

Pastinya tak terlepas dari membuat dosa.





Salam Aidil Fitri

Maaf zahir & Batin





Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Dari :-

HELMI

SITE NORBAYAH

NUR HAMIZAH

MUHAMMAD HASIF DANIAL

NUR HAZWANI DAFINAH

Thursday, October 23, 2008

Citer raya

Rata-rata sumer blog citer pasal raya. Nak jugak citer raya tapi kesibukan kat opis ni menghalang betul lah. Dah plak tu, raya tahun rasa mcm tak meriah kan. Tak tau apsal ntah.
Orang yg balik kampung pun kurang. Jalan-jalan menziarah sanak saudara pun kurang. Yang bagi duit raya pun kurang. Apatah lagi yg buat open house. Pun bleh dikira dengan jari.....



Citer tu citer lah jugak kan. Ni nak ambik kesempatan jemput kawan-kawan blog ke majlis open house saya sekeluarga pada:



Hari: Ahad


Tarikh: 26 Oktober 2008


Masa: pukul 3 petang - 9.00 malam

Alamat:



No 45, Jalan D'Areca 2,


Taman Bandar Senawang,


704500 Senawang,


Negeri Sembilan Darul Khusus.








Tel: 017-2769161, 017-3224215

Jadi, sesiapa yg ada kelapangan tu, jemput lah hadir ye.

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Hari Raya


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman kat blog kira ok lah ya..


Udara dingin di hening pagi
Tabuh bising memulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri


Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Tanpa mengira miskin atau kaya
Pangkat kedudukan tiada penting nya
Sama-sama menyambut hari raya
Bermaaf-maafan di hari bahagia


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk semangat perpaduan
Mengikat tali persahabatan




Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.
Maaf zahir dan batin.
Daripada: Helmi, Siti, Hamizah, Hasif, Hazwani
p/s: kepada yg nak dtg berkunjung atau menjemput berhari raya di sekitar Negeri Sembilan, boleh lah hubungi saya di 017-2769161.

Wednesday, November 21, 2007

Majlis Hari Raya 2007

Orang lain dah habeh raya, tapi kilang aku baru nak buat majlis. Mana tak nya, semua sebok memanjang je.

Jadi, Khamis lepas majlis telah dijalankan dgn jaya nya. Ini lah gambar yg sempat di ambil semasa majlis berjalan. Kena jadi cameraman hari tu.....


Thursday, November 1, 2007

Cerita raya (Part 2)

Aduh, apsal takde mood ni. Nak citer raya, malas. Nak citer kehidupan seharian, malas. Entahlah. Perut dah sebu asyik pergi open house sana sini. Macam-macam masuk. Nasi tomato lah, satay lah, nasi impit lah. Semuanya pergi. KL, Bangi, Batu Kikir, Melaka. Mana yg tak pergi....

Hari tu cakap nak sambung citer raya kan. Inilah gambar yg ada masa raya hari tuh.
















Sunday, October 7, 2007

Selamat Hari Raya......

Rumah dihias cantik berseri,
Ramadhan diganti si Aidil Fitri,
Serangkap entri pengganti diri,
Tanda pembaca semua sentiasa diingati.

Kelam malam bulan menyendiri,
Bintang bertaburan di dada langit,
Gema takbir kesyahduan di rasai,
Tanda Syawal menjelma kini.

Tersusun rapi jari jemari,
Kemaafan kupohon setulus hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir Batin.