Tuesday, May 29, 2007

Forum Perdana 2007

Dalam sibuk-sibuk dgn shutdown, aku kena jugak join nasyid. Kalu ikutkan kami kena hantar wakil masa Forum Perdana yg diadakan di Jelebu, NS. Forum Perdana ni anjuran KPJ dan KA. Semua acara diadakan oleh KPJ dan KA hanya menjadi penyumbang kewangan.

Oleh kerna mereka takde kumpulan nasyid dari KPJ, jadi kami telah dijemput untuk menghantar 1 kumpulan nasyid. Hasil daripada cadangan semua pihak, 1 kumpulan nasyid telah ditubuhkan dgn menggabungkan 3 kumpulan yg ada. Kumpulan aku dulu ramai dari budak engineering. Mereka sibuk dgn shutdown. Jadi, hanya 2 sahaja yg terpilih dari kumpulan aku dan dicampurkan dgn group lab. yg ada 12 orang. Ada 8 orang perempuan dan 6 lelaki.

Sesi pemilihan lagu pon singkat dan kami hanya diberi masa 2 minggu sahaja untuk berlatih. Aku sibuk dgn shutdown. Terpaksa lah di selang-selikan sesi latihan tuh. Takdelah dapat 2 minggu pon berlatih. Adalah 6 hari je kot aku dapat join. Orang lain pon sama jugak. Komitmen kerja dan jugak aktiviti Kesuka kenalah diseimbangkan.

Tapi semua orang ada kepakaran memasing. Takde masalah dgn aspek hafalan lagu dan pitching. Semua nye perfect belaka. Semua orang kagum dgn pencapaian kami. Mungkin group nih akan dikekalkan untuk acara-acara lain, pertandingan peringkat negeri atau kebangsaan.

I'm back

Fuhhhhh !!!! selesai jugak shutdown. Hari ni line production dah start balik. Semua orang dah bleh balik awal termasuk lah aku. Memasing dah mula nak mengulor balik seperti besa. Yg ajak lepak kat kantin pon dah ada.....heheheeeee...

Hari tu dah janji nak citer pasal family Day tapi tak sempat. Sehari lepas family Day terus shutdown. Ada patut kaa... So, adalah sket citer bergambar berkenaan Family Day Carnival hari tu utk tatapan semua. Tak habeh download gambar lagi. Tunjuk apa yg ada dulu lah yeik. Semoga terhibur.....

Tuesday, May 15, 2007

Sibuk..........

Arrrgggghhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!! Apsal sibuk benar nihhhhhhhhhhhh............

Sori, takde N3 yg baru. Sibuk dgn shutdown kat kilang. Nnt akan diceritakan kesah Family Day setelah semua nye selesai.



Aku berbincang dgn Engineer


Bumbung opis ngan prduction sama je hijau.


Macam kenduri kawin. Khemah banyak...


Tinggi tak tempat tuh.

Thursday, May 10, 2007

Menyambut kepulangan Datin Paduka Syarifah Mazlina di KLIA



p/s: Besok ada Family Day UEM kat Sunway Lagoon. Nanti cerita.......

Badminton KA 2007

Sunday, May 6, 2007

Al-fatihah

Takziah diucapkan kepada family makcik ku di Meru, Klang di atas pemergian Makcik (adek pada abah) ke rahmatullah Sabtu lepas. Dia meninggal dunia kerna penyakit barah. Dah setahun lebih dia menderita sakit barah paru-paru.

Sebelum nih sibuk dgn berulang alik ke hospital tuk menerima rawatan. Ni pon dia dah sebulan di hospital sbb keadaan yg penuh ke-uzuran. Sempat jugak arwah dibawa balik dari hospital. Dia kata dah sihat dan nak balik rumah. Tak sangka dia sebenarnye nak pergi meninggalkan kami.

Makcik menghembuskan nafas yg terakhir di samping suami, anak-anak dan menantu, nenek ku, pakcik dan makcik ku yg lain serta ahli keluarga yg terdekat. Beliau meninggal dunia pada waktu maghrib.

Kami sekeluarga dapat berita sedih ni pada pukul 8 mlm. Kami terus bersiap dan bertolak dari Sbn pukul 9 mlm. Sampei di sana pukul 10.45 mlm. Kami sempat menziarah jenazah dan membaca yassin. Meluangkan masa di sana sampei kul 2.30 pagi.

Beliau selamat dikebumikan pada pagi hari Ahad selepas disembahyangkan di surau yg berdekatan. Kubur makcik berdekatan dgn kubur arwah atuk. Ramai sungguh orang yg hadir semasa di rumah arwah dan surau. Begitu juga semasa menghantar jenazah.....

Wednesday, May 2, 2007

Citer panjang

23/4 -
10.00 am - Kompom Khamis nih cuti sempena pertabalan agong baru. Dah dapat memo dah dr HR. Kalau tak, seminggu dua nih semua sibuk dgn khabar angin. citer pasal cuti tak habeh-habeh. Macam dah takde keje lain.

11.00 am - Site visit ke production. Kena panjat tangga 7 tingkat bangunan. Tinggi nye. Bleh lihat permandangan sekeliling....

1.00 am - lunch kat S2. Boss belanja makan.

3.00 pm - Meeting lagi dgn boss.

5.30 pm - balik.



25/4 -
10.00 am - Ada site visit kat landfill. Landfill tuh punya size je 4 padang bola. Ada projek nak tengok. Kena pakai komplete PPE mcm nak naik bulan. Kalu tak pakai kena saman ngan safety dept.

12.00 pm - baru selesai jalan-jalan kat landfill. Balik opis.

5.30 pm - Balik umah. Saja balik awal. Terus ke umah mertua kerna nak menjemput wife dan anak-anak di sinun. Sibuk plak jalan. Nasib baik aku gunakan kepakaran mencilok dan memangkah di jalan raya.

6.00 pm - Baru sampei umah mertua. Minum petang dulu.

7.30 pm - Singgah kedai makan. Beli makanan apa yg patut tuk wife dan anak.

8.30 pm - Pergi main bowling dgn kengkawan. Wife ngan anak tak ikut.

11.30 am - Bowling habeh dan pergi makan kat kedai mamak.

12.30 am - Balik umah.

1.00 am - Sambung berjaga sbb nak tengok Liverpool lwn Chelsea pukul 3 pagi. Dah plan awal-awal. Diehard fan lah katakan.

2.00 am - Layan tengok movie sementara nak ke pukul 3 pagi. Malas lah nak tido dulu. Takut tak bangun nnt. Aku buatlah kopi, mee maggie, keropok....

3.00 am - Bermulalah perlawanan yg membosankan. Adalah aku terlelap 2-3 kali. Dah lah liverpool kalah pasal gol bodoh. Tak patut betul. Sia-sia je aku tunggu....
Lepas sembahyang subuh, tido.... p/s: tido sampei tengahari.



26/4 -
11.30 am - Bangun dan sarapan.

1.00 pm - Lepak kat umah tengok TV.

4.00 pm - Training badminton kat S2. Ada training sebelum pertandingan Sabtu nnt. Hari nih ramai yg cuti dan dapat hadir.

6.00 pm - Balik umah.

9.00 pm - Dah tido. penat wooo....



27/4 -
8.00 am - Dah pergi keje. Pepagi lagi boss dah call suruh arrange site visit. Dia emergency leave.

10.00 am - Bersiap nak pergi site visit.

11.00 am - Lambat plak supplier nih. dah lah hari jumaat. kang nak pegi sembahyang. Pergi lah menunggu kat opis engineering. Janji pukul 10.00 tapi sampei kul 11.00....

12.20 pm - Dah settle site visit. Nasib baik kejap sbb kat 1 tempat jer. Keje banyak tapi kat area yg sama....

3.30 pm - Ke Sbn dgn Penegerusi Kesuka mencarik hadiah & hamper tuk besok. Ada gak yg nak buat last-last minit nih.

4.30 pm - Pergi angkat air mineral 50 kotak dari Sport Barns naik keter kompeni. 3 orang jer yg buat. Ada berani kaa.....



28/4 -
1.00 pm - aku dah sampei dgn hadiah-hadiah yg disediakan. wife ngan anak ikut sekali. nak tengok aku main kata nye.

2.00 pm - Semua orang pon sampei.

2.30 pm - acara yg dinanti-nanti tlh pon tiba. pertandingan badminton KA 2007 bertempat di sbn 2. Lambat 30 minit.

3.30 pm - Aku main bergu. Kalah terus 1st round....heheheheeeeee...

4.00 pm - Kena extend pasal masa tak cukup. Game tak habeh lagi. aku jugak yg pergi anto duit tambah masa kat opis kompleks sukan...

5.00 pm - Main bergu campuran. Dapat no 3.

5.30 pm - Pergi pasaraya beli plastik. Dorang nak bungkus makanan.

6.00 pm - Game habeh. Majlis penyampaian hadiah. aku dapat no 3 tuk bergu campuran. rejki anak-anak nak dapat hamper.



29/4 -
10.00 am - Bangun tido pergi beli sarapan.

1.00 pm - Makan kat umah.

2.00 pm - kuar pergi beli lampu kat S2. ada kedai baru. Kebetulan ada sale. Daopatlah beli lampu yg cantek dgn harga yg murah.

4.00 pm - balik umah.



30/4
10.00 am - aku mmg amek cuti. nak bawak wife pergi check-up kat spital.

10.30 am - sarapan kat Stadium Paroi. Makan roti jala. Dah bertahun rasanye aku tak pergi makan kat sinun.

11.00 am - Sampei kat klinik kesihatan bapak punya ramai orang. Yg ibu dan anak pon ramai. Yg pesakit luar pon ramai.

11.30 pm - Bila tanya kat kaunter tak nak layan. Pastu tanya kat nurse plak jawab dgn kurang ajar nye. Aku pantang kalu orang kurang ajar nih. Cancel dan terus ke Klinik Rekha, Sbn. Pon ramai orang gak. Tunggu jelah.

2.00 pm -Baru habeh. Terus pergi makan kat Seremban Parade. Jalan-jalan jap kat dalam. Tengok-tengok baju, kasut.... Belikan wife sandle. kaki dah gemuk...heheheheeeeee....

5.00 pm - Dah habeh jenjalan balik umah.



1/5 -
11.00 am - Hari ini cuti Buruh dan Wesak. Plan nak pergi pergi beli lampu kat S2 lagi.

1.00 pm - Makan kat Anjung Selera.

2.00 pm - Pergi Tesco. Window shopping konon. Tak jugak. Beli pampers ngan baju baby. Murah lah.....

3.00 pm - Orang dah bertambah ramai. Aku dah rimas dah.

3.30 pm - Balik umah.

11.00 pm - Nak kena berjaga lagi. 2nd semi final antara chelsea dan liverpool. Harap menang lah.

11.30 pm - layan Saving Private Ryan kat TV9. Sampei kul 1.30 am.

3.00 am - Game start. Liverpool menang penalti.

6.00 am - tido.



2/5 -
10.00 am - balik kampung aku. Dekat jer. Perjalanan mengambil masa 30 minit.

11.00 pm - Balik umah. besok nak keje.