Wednesday, May 2, 2007

Citer panjang

23/4 -
10.00 am - Kompom Khamis nih cuti sempena pertabalan agong baru. Dah dapat memo dah dr HR. Kalau tak, seminggu dua nih semua sibuk dgn khabar angin. citer pasal cuti tak habeh-habeh. Macam dah takde keje lain.

11.00 am - Site visit ke production. Kena panjat tangga 7 tingkat bangunan. Tinggi nye. Bleh lihat permandangan sekeliling....

1.00 am - lunch kat S2. Boss belanja makan.

3.00 pm - Meeting lagi dgn boss.

5.30 pm - balik.



25/4 -
10.00 am - Ada site visit kat landfill. Landfill tuh punya size je 4 padang bola. Ada projek nak tengok. Kena pakai komplete PPE mcm nak naik bulan. Kalu tak pakai kena saman ngan safety dept.

12.00 pm - baru selesai jalan-jalan kat landfill. Balik opis.

5.30 pm - Balik umah. Saja balik awal. Terus ke umah mertua kerna nak menjemput wife dan anak-anak di sinun. Sibuk plak jalan. Nasib baik aku gunakan kepakaran mencilok dan memangkah di jalan raya.

6.00 pm - Baru sampei umah mertua. Minum petang dulu.

7.30 pm - Singgah kedai makan. Beli makanan apa yg patut tuk wife dan anak.

8.30 pm - Pergi main bowling dgn kengkawan. Wife ngan anak tak ikut.

11.30 am - Bowling habeh dan pergi makan kat kedai mamak.

12.30 am - Balik umah.

1.00 am - Sambung berjaga sbb nak tengok Liverpool lwn Chelsea pukul 3 pagi. Dah plan awal-awal. Diehard fan lah katakan.

2.00 am - Layan tengok movie sementara nak ke pukul 3 pagi. Malas lah nak tido dulu. Takut tak bangun nnt. Aku buatlah kopi, mee maggie, keropok....

3.00 am - Bermulalah perlawanan yg membosankan. Adalah aku terlelap 2-3 kali. Dah lah liverpool kalah pasal gol bodoh. Tak patut betul. Sia-sia je aku tunggu....
Lepas sembahyang subuh, tido.... p/s: tido sampei tengahari.



26/4 -
11.30 am - Bangun dan sarapan.

1.00 pm - Lepak kat umah tengok TV.

4.00 pm - Training badminton kat S2. Ada training sebelum pertandingan Sabtu nnt. Hari nih ramai yg cuti dan dapat hadir.

6.00 pm - Balik umah.

9.00 pm - Dah tido. penat wooo....



27/4 -
8.00 am - Dah pergi keje. Pepagi lagi boss dah call suruh arrange site visit. Dia emergency leave.

10.00 am - Bersiap nak pergi site visit.

11.00 am - Lambat plak supplier nih. dah lah hari jumaat. kang nak pegi sembahyang. Pergi lah menunggu kat opis engineering. Janji pukul 10.00 tapi sampei kul 11.00....

12.20 pm - Dah settle site visit. Nasib baik kejap sbb kat 1 tempat jer. Keje banyak tapi kat area yg sama....

3.30 pm - Ke Sbn dgn Penegerusi Kesuka mencarik hadiah & hamper tuk besok. Ada gak yg nak buat last-last minit nih.

4.30 pm - Pergi angkat air mineral 50 kotak dari Sport Barns naik keter kompeni. 3 orang jer yg buat. Ada berani kaa.....



28/4 -
1.00 pm - aku dah sampei dgn hadiah-hadiah yg disediakan. wife ngan anak ikut sekali. nak tengok aku main kata nye.

2.00 pm - Semua orang pon sampei.

2.30 pm - acara yg dinanti-nanti tlh pon tiba. pertandingan badminton KA 2007 bertempat di sbn 2. Lambat 30 minit.

3.30 pm - Aku main bergu. Kalah terus 1st round....heheheheeeeee...

4.00 pm - Kena extend pasal masa tak cukup. Game tak habeh lagi. aku jugak yg pergi anto duit tambah masa kat opis kompleks sukan...

5.00 pm - Main bergu campuran. Dapat no 3.

5.30 pm - Pergi pasaraya beli plastik. Dorang nak bungkus makanan.

6.00 pm - Game habeh. Majlis penyampaian hadiah. aku dapat no 3 tuk bergu campuran. rejki anak-anak nak dapat hamper.



29/4 -
10.00 am - Bangun tido pergi beli sarapan.

1.00 pm - Makan kat umah.

2.00 pm - kuar pergi beli lampu kat S2. ada kedai baru. Kebetulan ada sale. Daopatlah beli lampu yg cantek dgn harga yg murah.

4.00 pm - balik umah.



30/4
10.00 am - aku mmg amek cuti. nak bawak wife pergi check-up kat spital.

10.30 am - sarapan kat Stadium Paroi. Makan roti jala. Dah bertahun rasanye aku tak pergi makan kat sinun.

11.00 am - Sampei kat klinik kesihatan bapak punya ramai orang. Yg ibu dan anak pon ramai. Yg pesakit luar pon ramai.

11.30 pm - Bila tanya kat kaunter tak nak layan. Pastu tanya kat nurse plak jawab dgn kurang ajar nye. Aku pantang kalu orang kurang ajar nih. Cancel dan terus ke Klinik Rekha, Sbn. Pon ramai orang gak. Tunggu jelah.

2.00 pm -Baru habeh. Terus pergi makan kat Seremban Parade. Jalan-jalan jap kat dalam. Tengok-tengok baju, kasut.... Belikan wife sandle. kaki dah gemuk...heheheheeeeee....

5.00 pm - Dah habeh jenjalan balik umah.



1/5 -
11.00 am - Hari ini cuti Buruh dan Wesak. Plan nak pergi pergi beli lampu kat S2 lagi.

1.00 pm - Makan kat Anjung Selera.

2.00 pm - Pergi Tesco. Window shopping konon. Tak jugak. Beli pampers ngan baju baby. Murah lah.....

3.00 pm - Orang dah bertambah ramai. Aku dah rimas dah.

3.30 pm - Balik umah.

11.00 pm - Nak kena berjaga lagi. 2nd semi final antara chelsea dan liverpool. Harap menang lah.

11.30 pm - layan Saving Private Ryan kat TV9. Sampei kul 1.30 am.

3.00 am - Game start. Liverpool menang penalti.

6.00 am - tido.



2/5 -
10.00 am - balik kampung aku. Dekat jer. Perjalanan mengambil masa 30 minit.

11.00 pm - Balik umah. besok nak keje.

13 comments:

k.d said...

Liverpool menang lah...main kat Liverpool

Tapi menang penalti shoot out..

13may said...

oh! cik Dinz la yg selama ni dok pangkah dan cilok cilok kat jalan tuh....

hehhe:P

bunga rampai said...

Salam,

Ya, satu cerita panjang :)

Hebatnya Cikdinz menguruskan masa, tabek!

D said...

ni al-kisah All-in-One la ni? Ke "Kehidupan seharian ku"? Heheheeh...

Lollies said...

oh ada tesco kat seremban 2.

pB said...

Ringkas dan padat ...

KAMATO said...

la... tak habis lagi beli lampu...he he

achik said...

selain bowling ngan badminton, sukan apa lg cikdinz main?? :)

wah.. ala2 diari harian ;p

Nadia said...
This comment has been removed by the author.
NBB said...

lu cilok gua, gua cilok lu...

Kak Lady said...

Panjangnya criter ...dari 23/4 sampai 2/5...seb baik cerita tiap2 hari tu pendek2...kalau kene cam kak lady membebel pepanjang...memang bukan panjang lagi le...panjang giler jadinya...hehehee

Mama Sarah said...

ringkasan yang baik. hihi...

cikdinz said...

kd - yesssss....liverpool menang. penalti pon penalti lah. janji menang...yehaaaaaa!!!!!

13may - mengundang bahaya tau.

bunga rampai - jadual yg ketat dan padat.pening paler nak menguruskan nye.

d - kisah kehidupan semingguan ku...heheheheeeee...

lollies - baru bukak 30 april hari tuh.

pb - ya betul....

kamato - itulah yg terakhir. dapat jugak menyelesaikan permasalahan lampu gitu.

achik - main teng-teng, main galah panjang, main guli, main batu seremban, main congkaka....hahahahhaaaa...

nbb - baik punya cilok....

kak lady - kesian kat kengkawan. kang sampei tido-tido baca citer den....heheheheee...

mama sarah - belajar kat sekolah dulu...