Ok, ini adalah sket citer bergambar tuk tatapan sumer. Takdelah menarik sgt, tapi jadilah daripada takde. Ntah lah, semenjak 2 menjak ni plak aku suka buat citer bergambar. Maleh nak taip banyak-banyak kot....heheheeee.....
FIRST WEEK OF 2008.

1 Januari disambut dgn meriah nya kat IKEA. Termakan pujuk rayu kawan yg dah jadi jiran kat depan umah aku tu gi jenjalan kat IKEA. Ramai nya orang. Maklum lah, public holiday......

Kakak makan bebola sampei lelap-lelap mata. Lapar woo jalan-jalan kat dalam tuh...

Kat food court pun ramai orang. Berebut-rebut cari tempat nak duduk. Nasib baik ada chinesse family ni yg baik hati bagi duduk sama. Yg melayu buat tak tau jer..huhh..

Hajatnya nak window shopping jer tapi terbeli gak lah barang-barang ni. Barang nak pakai masak kat dapur katanya....heheheheee....

Baby dapat kawan baru. Bangau dari IKEA. Tapi Made in Indonesia...hahahahaaaa.....
Tah apa lah yg dia borak kan dgn bangau tu agaknya...

Dah sampei rumah pun nak tido ngan bangau gak.....

Kakak masa hari pertama persekolahan. Alhamdullilah, takde masalah. Den lak yg kena halau balik. So far, ok lah kan...

Abang tak puashati. Dia pun nak sekolah gak. Menangis tu nak gi sekolah. Parah tul.

Ini lah bangunan baru Tadika Kemas ni. Dekat dgn umah mertua. Senang nak hantar ngan jemput. Pagi den hantar, tengahari pak mertua lak jemput.....heheheee....

Banner selamat dtg kat bangunan baru.....
SECOND WEEK OF 2008

Ada tetamu yg tak diundang dtg ke rumah. Ibu dan anak kucing 4 ekor. Den pantang nampak kucing. Terus ambik kotak dan bagi makan. Dah lama rasanya tak bela kucing....
Tetiba lak ada. Suka lah budak 2 orang tuh main ngan kucing....
p/s: betul lah kata orang tua. kesian kat binatang akan dapat rejki.
besok nya saham den dah bleh jual....yahoooo!!!!!!!!!!

Buring-buring, den tanam pokok kat depan umah. Dah banyak dah. Yg beli ada, yg ambik kat kampung pun ada. Macam-macam ada.....

Takde pokok yg kuar bunga. Semua tanam yg hijau-hijau jer. Sojuk mata memandang...hehehee...
THIRD WEEK OF 2008

ssshhhh!!!!!!! I bought this phone for my wife birthday present. Hari Jumaat nnt. Jgn kasi tau dia haaaaa....Beli sama 2 bijik....

Tertinggal 1 lagi. Sempat gi test drive keter nih. Memang best lah.
Nota kaki :
Jutaan terima kaseh diucapkan kepada Baiti and family kerna sudi menjemput kami sekelurga ke majlis harijadi anak nya pada minggu lepas di seksyen 3 Bangi.
Disajikan dgn hidangan yg enak-enak dan pada masa yg sama dapat berjumpa dgn Zakiah and family.
Insyallah, ada rejki, kita akan berjumpa lagi....