Thursday, October 25, 2007

Raya punya hal (Part 1)

Orang semua dah balik kampung tapi aku maseh lagi terhegeh-hegeh kat opis pagi Jumaat tu. Yg balik Kelantan, Kedah, Penang dan destinasi lain dah sampai pun kat kampung halaman. Yg aku dok tertonggok kat opis ngadap komputer. Takpe, hari ni setengah hari lah, kata aku....

Yg ipar duai plak dah sibuk telepon. Bila nak tolong bakar lemang, nak masak ketupat, buat rendang. Nak tukau shif katanya. Nak buat camne, aku kena keje lah. Cuti 1 minggu punya pasal...heheheheeee......




Lemang ni tak dapat rasa air tgn aku ni.



Tepat pukul 12.00 tengahari, tanpa berlengah aku terus tutup PC dan chow cin cau. Dah tak pedulik hapa orang nampak. Dah nak balik sgt. Lantak lah. Aku nak balik raya lah.....

Sampei rumah, wife tengah menyiapkan barang nak bawak balik kampung. Dia punya bawak mcm nak balik setahun. Penuh 1 bonet keter. Padahal dekat je. Tahun ni raya umah aku dulu pasal dia dah 1 bulan berpantang dok kat sinun. Takyah berebut pun dah menang dah tahun nih....heheheee... Walaupun jarak nya sekangkang kera. Alah, dalam 30 km je. Maseh lagi nak berebut balik mana. Pelik tul...

Hensem tak almond london ni.

Pulang dari sembahyang Jumaat, aku merehatkan diri sampei ke petang. Nak tunggu Baiti hantar kueh nnt. Dah janji tunggu kat Giant. Dalam pukul 5.00 tuh aku dah angkut semua barang. Pastu ke Giant. Sempatlah beli kek tuk bawak balik kampung. Tunggu punya tunggu punya tunggu, dorang ni sampai dah nak dekat berbuka. Jalan jem katanya. Jumpa kejap bermaaf-maafan dan terus ambik kueh. Terima kaseh Baiti kerana bersusah-payah hantar kueh tu....



Geram je tengok ketupat ni..


Nak berbuka kat mana ni. Rasanya sempat lagi berbuka kat umah mertua ni. Terus ke sana. Ngam-ngam sampai waktu berbuka. Tiada sesiapa pun. Tahun ni semua beraya di tempat lain dulu. Dah berbuka, sesi merehatkan badan. Kat luar pun hujan lebat. Berenti je hujan, mula lah aktiviti aku collect lemang yg dah masak. Semua orang daring je kat aku. Nak buat camno. Banyak hal lah.....hehehehehee... 5 batang aku rembat...pastu bye-bye FIL and MIL....hehehe..




Buka pose pun dah jumpa lemang.


Menjadi tradisi di kampung aku, takbir dari rumah ke rumah masa malam raya 1 kemestian. Yg cantek nya aku pulak sampai masa tuh. Dengan belum mandinya aku pun join je lah buat derk. Nak jumpa kengkawan punya pasal. Ni barang dalam keter pun belum punggah lagi. Dah keluar semua orang, aku pun jalankan tugas angkut barang yg berkelo-kelo tuh. Nak putus urat tangan aku.....heheheheee.....

Sunday, October 7, 2007

Selamat Hari Raya......

Rumah dihias cantik berseri,
Ramadhan diganti si Aidil Fitri,
Serangkap entri pengganti diri,
Tanda pembaca semua sentiasa diingati.

Kelam malam bulan menyendiri,
Bintang bertaburan di dada langit,
Gema takbir kesyahduan di rasai,
Tanda Syawal menjelma kini.

Tersusun rapi jari jemari,
Kemaafan kupohon setulus hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir Batin.

Wednesday, October 3, 2007

Aktiviti bulan pose

Seperti tahun-tahun yg lepas, tahun ni pun sibuk dgn majlis buka pose ngan rakyat jelata. Dari dalam negeri sampei ke luar negeri. Ada je jemputan. Yg pasti nya tak hebeh-habeh dgn aktiviti makan..makan..makan...makan... Bak kata pepatah, makan selagi boleh...hehehehehehee...

Aku berkelana lah dgn si boy (anak lelaki den) ke sana sini mencari rejki. Tak kira lah jauh ke dekat. Memula tuh majlis Geng Bakob di Chelos Senawang. Walaupun simple lauk pauk nya, tapi penuh dengan kenikmatan. Tahun ni tukar konsep sbb yg lepas-lepas selalu pot luck je.

Lepas tuh esok nya ke Nilai pula bersama rakan-rakan tempat keje lama. Menikmati buka pose di Nilai Springs Golf. Meriah sungguh dgn orang ramai dan makanan pulak banyak jenis. Sampai dah tak tau nak makan apa. Waupun mahal, penuh sampei tak cukup tempat.

Kemudian lagi ada majlis buka pose di Bukit Mahkota bersama kawan-kawan sekolah. Aktiviti wajib setiap tahun selain dari open house. Ala-ala gathering gitu. Pot luck lauk dgn banyak sekali. Ada itu, ada ini....

Minggu ni dah beberapa hari tak berbuka di rumah mertua sbb sibuk melayan jemputan majlis buka pose. Takut juga kalau mertua terasa.

Rasanya minggu depan dah takde.

Senak perut....