Tuesday, June 26, 2007
Ekspedisi mendaki Gunung Angsi 2007
Dah 2 minggu kami sibuk sebenarnya buat persediaan tuk mendaki Gunung Angsi di Kuala Pilah. Ini juga bersempena dgn aktiviti pertama untuk kelab Kembara KA yg baru ditubuhkan. Banyak aktiviti yg dorang nak buat dan salah satu nya adalah mendaki gunung.
Aku telah dilantik sebagai salah seorang ajk tertinggi di dalam kelab untuk merancang aktiviti luar untuk pekerja. Ia tidak semesti aktiviti mendaki sahaja. Kalau ikutkan, banyak idea yg dorang nak buat. Seperti konvoi berkereta, ekspedisi kayak, racing car, kawad Hari kebangsaan. Macam-macam lagi lah.............
Kami semua dipilih berdasarkan pengalaman dan juga pengetahuan untuk setiap aktiviti yg dirancang. Aku memang ada pengalaman mendaki dan berkonvoi kereta. Mungkin sbb tu aku pon dilantik menjadi ajk.
Hari yg dinanti iaitu Sabtu minggu lepas, kami pon pergilah mendaki Gunung Angsi. Seramai 23 orang terdiri daripada 3 perempuan dan 20 lelaki terlibat dalam ekspedisi nih. Akhirnya kami dapat menawan puncak Gunung Angsi dgn jaya nya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
ish.. tak penat ke? saye pegi sane siap kena usung bawak turun.. heheh tak larat makcik.. padahal naik gunung tebu je
Waah, ekspedisi yang sangat menarik dan bagus untuk kesihatan dan kecerdasan otak.
saya cemburu, sebab dah lama tak meredah hutan gunung ...
Salam :)
way to go cikdinz !!
aktiviti yang bagus.
miss betul la aktiviti2 camni.. 10 years back kira fit la jugak, sekarang ni tak tau la, naik tangga pon sempot napeh..!!
ish..ish..daki gunung tue, bestnye...tapi achik x penah lagila daki gunung, daki busut jantan penah...!!!
qasiehfirdaus - penat tu memang lah. tapi kepuasan tuh penting...heheheee...
bunga ramapai - tubuh sihat dan otak cerdas. saling memerlukan...
loveujordan - dari muda suka masuk hutan. nyaman.....
mulan - kena exercise lah kakak.
kayuh beskal ke, jogging ke....
achik sufi - dah habeh exam ke. susah tak...
kuala pilah ada gunung ya? alahai dah lupa geografi. ingat gunung ledang je.
apapapun, tahniah kerna berjaya menawan gunung angsi.
Banggo den...den raso takdo kelab dlm KA yg ko tak jadi org kuat... Tak sesio den train ko..ha..ha..ha..
wah syoknya.. jeles2.. saya teringin nak buat aktiviti camtu lagi.. last join masa f5.. huhu..
mama sarah - adalah gunung. takan dah lupa kot...heheheeee...
nbk466 - rasa cam gila kuasa lak. besok ada bola tampar.
achik - sekang banyak kelab yg buat aktiviti nih. kalau ada masa leh join...
salam,
duk sibuk2 tu sempat lagi join outdoor activity..tak pe, boleh hilangkan stresskan.
wah..berxpdc dengan riang..hehe..semoga seme selamat..
eh...saya masa form 6 dah panjat gunung tu, best kan?
wahahahaha....sempi betoi:)
err...apasal nama dia gunung angsi???
*sempi = sempoi*
type error:)
kak long - cam aktif sgt lak kan. nak rest lah. asyik wiken takde rehat jer...
ais_putih - mmg suka aktiviti nih dari muda lagi..
hani sumayyah - skang nih lagi adventure. yg nak balik pon ada tak nak panjat...
13may - engko adalah salah type lar. angsi nih nama orang asli dulu. tok batin nye nama. itu yg jadi gunung angsi.
Eh lamanya tak update-update ..... tersangkut atas Gunung Angsi ke?
Interesting baca hal orang2 lasak ni .... I tumpang berekpedisi ajelah ...
qoth - sorilah kaka. opis tengah renovation. sibuk sket. ada banyak citer. last wiken. this coming wiken. banyak nak citer...hehehee....
banyak tak angsa di atas gunung angsi? :D
naik gunung angsi masa form 2 kut. masa tu ekspedisi rakan muda tak salah. Best!
mendaki? menarik gile.. tp aku cepat semput har har..
nbb - angsa mende nye doc. pokok banyak lar...heheheee...
zakiah - baru minggu lepas naik gunung datuk.
bulan depan naik ledang sempena kemerdekaan.
lindosh - kalu semput takyah lah eih...sian nnt....
Post a Comment