Showing posts with label kelab kembara. Show all posts
Showing posts with label kelab kembara. Show all posts

Wednesday, November 19, 2008

Ekspedisi Kinabalu 2008

1 November 2008



2 November 2008



3 November 2008



4 November 2008

Wednesday, July 25, 2007

Peristiwa yg menimpa-nimpa banyaknye...

First of all, nak mintak maaf pada semua. Dah lama rasanya tak buat N3 baru. Pastu tak balas-balas msg orang. Ingatkan apa lah halnya yeik. Bukan nya merajuk atau marah, cuma sibuk sgt dgn hal-hal yg berkaitan..

Memula tuh, naik Gunung Datuk. Mendaki lagi yeik. Dah seminggu lepas pertandingan bola tampar, kami plan untuk ke Gunung Datuk, Rembau. Idea nih dorang dapat sbb memasing nak merasa bagaimana camping di hutan pula. Mesyuarat ajk sebulat suara memberi kebenaran untuk mereka camping dan mendaki. Maka sibuklah aku dengan hal mendaki Gunung Datuk. Nak kena booking tapak khemah, bayar permit, ambik sijil dan sebagainya.

Jadi pada 6 July, kami pon bertolak lah secara konvoi ke tapak taman rekreasi Gunung Datuk. Setiba nya di sana, ramai orang. Yg student sekolah lah, yg dari Maktab Kastam. Di campur lak group kami. Mmg ramai lah. Kebetulan mereka pun camping di kaki Gunung Datuk. Kami bernasib baik kerna mendapat tapak yg betul-betul didepan air terjun dan ditepi dusun durian di situ.....

Selesai proses mendaftar, kami ke tapak khemah. Mendirikan khemah, masak dan membersihkan diri. Selesai solat Mahgrib beramai-ramai, semua makan malam bersama-sama sambil menikmati malam yg nyaman sekali.....


Tuesday, June 26, 2007

Ekspedisi mendaki Gunung Angsi 2007



Dah 2 minggu kami sibuk sebenarnya buat persediaan tuk mendaki Gunung Angsi di Kuala Pilah. Ini juga bersempena dgn aktiviti pertama untuk kelab Kembara KA yg baru ditubuhkan. Banyak aktiviti yg dorang nak buat dan salah satu nya adalah mendaki gunung.

Aku telah dilantik sebagai salah seorang ajk tertinggi di dalam kelab untuk merancang aktiviti luar untuk pekerja. Ia tidak semesti aktiviti mendaki sahaja. Kalau ikutkan, banyak idea yg dorang nak buat. Seperti konvoi berkereta, ekspedisi kayak, racing car, kawad Hari kebangsaan. Macam-macam lagi lah.............



Kami semua dipilih berdasarkan pengalaman dan juga pengetahuan untuk setiap aktiviti yg dirancang. Aku memang ada pengalaman mendaki dan berkonvoi kereta. Mungkin sbb tu aku pon dilantik menjadi ajk.

Hari yg dinanti iaitu Sabtu minggu lepas, kami pon pergilah mendaki Gunung Angsi. Seramai 23 orang terdiri daripada 3 perempuan dan 20 lelaki terlibat dalam ekspedisi nih. Akhirnya kami dapat menawan puncak Gunung Angsi dgn jaya nya.....