Showing posts with label bowling. Show all posts
Showing posts with label bowling. Show all posts

Monday, April 2, 2007

Bowling, Penang 2007


Presiden KESUKA memberi ucapan dan kata-kata semangat sebelum kami bertolak ke Penang. Seorang wakil dari HR juga hadir tuk mengiringi kami. Kami bertolak dengan sebijik keter dan van. Seramai 13 orang pergi ke sanam. Jalan beramai-ramai pukul 9.30 pagi....


Berhenti di Hentian Dengkil pada pukul 10.30 pagi untuk sarapan pagi. Lapar lah....


Baru sampai Shah Alam jerk. Jauh lagi perjalanan nih. Jadi amek lah gambor stadium Shah Alam.....


Baru selesai sembahyang Jumaat kat Jelapang. Semua tangkap lentok kat lam van. Kami meneruskan perjalanan ke Penang.


Baru nak makan tengahari. Dah pukul 3.30 petang nih. Perut dah lapor ya amat.
Kami terus singgah makan di Restoran Nasi Kandar Pelita, Prai. Dekat dgn highway....

Selesai makan, kami tangguhkan dulu check-in di hotel. Hotel kat pulau. Dah kebetulan dekat Prai, baik kami terus pergi training kat Megamall. Kami training kat Megamall Prai.

Book 5 game sorang. main kat 4 lane. Mencarik kesesuaian kat tempat baru. Tak pernah langsung main kat sini.

p/s: Aku yg maseh termenung jauh pasal tak dapat lagi kesesuaian kat tempat baru.

Ini lah keluasan bowling centre kat Megamall Prai. Ada 50 lane kesemua nye. Besok ada 47 team yg akan main.

Tersadai bersama-sama rakan-rakan merenung masa depan yg malap. Maseh tak dapat lagi tune yg betul. Game tak jadik langsung.



Aku buat balingan. Terus masyuk ke longkang...hua...hua...hua...huaa......


Lagi gambor training. Ini game yg terakhir. Semua dah lembek kerna penat jalan jauh kan. Pukul 7.30 mlm baru settle. Terus ke pulau tuk check-in kat hotel....


Gambor kat lobi hotel. Dah pukul 8 mlm baru nak check-in. Nasib baik orang hotel tu tak marah. Kami dapat4 bilik superior. Bleh masyuk 3 orang 1 bilik. Dapat tingkat 10, tingkat yg atas sekali......

p/s: Hotel kami nih terletak dekat Gurney Drive dan Padang Kota. Nama hotel nih Hotel Malaysia. Boleh tahan......


Permandangan depan hotel pukul 10 mlm. Macam kat Bangkok daa. Kami makan kat restoran depan hotel. Restoran nasi kandar jugak. Ingat kan nak makan kat gerai tepi jalan. Tapi hujan lar....


Kat dalam restoran yg ada betul-betul mengadap hotel. Jalan kaki seberang jalan jerk. Nama restoran nih aku tak ingat. Rasa nye Samraga. Macam tu lah. Kat depan nih meriah sket kerna ada 3 disco dan pub. Jadi, orang ramai lalu-lalang.....


Semua kena bangun awal kerna Game start pukul 9 pagi. Kami kena pergi awal tuk mengelak kesesakan jambatan Penang. Main kat Prai.

p/s: Permandangan dari bilik kami pada pukul 7 pagi. Baru selesai sembahyang subuh.




Kami bersarapan kat cafe hotel. Ada kueyteow, roti bakar, sosej, meegoreng, telur mata. Minum air tombikai, orange juice. Melantak lah tak kesian......


Perjalanan ke Prai. Permandangan bandar Georgetown dari jambatan Pulau Pinang.
p/s: Cantek tak....



Banner DOE yg tergantung kat depan pintu masyuk Bowling Centre. Kami antara yg awal sampei ke sini. Gelap gelita lagi....


Proses pendaftaran yg diuruskan oleh manager kami. Kami dapat topi ngan tshirt.


Bergambor ramai-ramai dulu sebelum bermula.


Kami warm-up dulu sebelum main. Untuk mengelakkan players injured.

Aku bersiap dgn kelengkapan bowling.


Ucapan perasmian oleh Presiden KASPEN.


Aku dah buring pasal berucap lama sangat. Nnt mood hilang lar.....

Kami bermula permainan pada pukul 10.00 pagi.

Hadiah hamper tuk tempat ke 4-10 dan cabutan bertuah yg ditawarkan.

Piala yg ditawarkan kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga....
Bergambor dgn Regional Manager KA bahagian Utara, Mr David.


Mr David mencabut no sendiri dan menang cabutan bertuah. Hadiah no. 9, cabut pon no. 9 jugak. Rejki betul.....


Bergambor lagi pasal dia menang cabutan bertuah.......


Ucapan dari Menteri yg dijemput hadir memeriahkan Tournament. Tak ingat lah sape nama dia. Tapi dia Adun tuk bahagian Alam Sekitar, lebih kurang....
Juara keseluruhan dari kilang di Penang.
Pemenang tempat kedua. Juga dari Penang.
Pemenang tempat ketiga. Dan dari penang.
Juara tuk kategori individu. Dia dapat bola bowling free ngan cash RM200.00.

Ini lah mamat yg dapat cabutan bertuah tempat pertama. No dia 60. No aku plak 61. Memang aku target nak dapat microwave tuh tp hampa belaka. Jadi, rejki dia lah kan....
Kami tak menang pon tapi dapat lah 3 cabutan bertuah. Jadi lah daripada takde langsung...

Bergambor di tepi bendang kat umah kawan kami. Singgah nak makan tengahari.....


Mukhsin part 2.


Lagi gambor citer Mukhsin.


Padi yg baru di tanam.


Gambor pokok plaks. Sape lah yg ngambek gambor nih.....


Kat dalam umah. Semua tengah layan tengok citer Devdas.


Makan time. Semua jadik senyap sunyi lepas dapat makan. tadi sumer memekak jer. Mana tak nye, makan kul 3.30 petang lagi. Bila dah dapat makan tuh, suasana jadi aman damai. Masa tuk tido.....

Kasi licin semua makanan. Kami dihidangkan keli bakar, kari ayam, sayur sampur, cencalok, ulam..... best.. best..best..best....
p/s: makaseh lah diucapkan pada keluarga Fakrul kerna menjamu kami....

Tiba lah masa tuk kami pulang ke Seremban. Insyallah,ada rejki kita akan berjumpa lagi.


Sempat singgah di Hentian Taiping borong buah. Aku beli pelam, jambu, limau bali, ciku.... Semua aku borong lah....




p/s : Album Bowling

Sunday, January 7, 2007

For the first time

first of all, nak ucapkan thank you very-very-very-very-very much pada NBK466 memperkenalkan aku pada dunia blog nih...
after percubaan and demi percubaan and another percobaan, everything seems fine jer.....
segan gak.......kalu ade apa-apa yg tak best, sila maafkan yeik.....I'll try to improve....

as usual, today is monday and everyone in monday blues including my boss laa.
most of the time sumer buat-buat sibuk ngan keje yg bukan-bukan especially aku ni haaa...
tak tau nak buat ape dari pagi sampei lah ke petang.....paler sumer tengah wenggggg!!!!!!!

yesterday gi main bowling ngan geng-geng lama setelah 3 tahun aku di perantauan....
for the first time dapat kumpulkan family for this small gathering (some of the geng can't make it, mabe ade hal lain)....unformal activities for this year opening....
congrates to all my old buddies......

my d & s paling happy.....dia lak yg menyebuk nak baling bola boling tuh.....
budak umur 4 & 3 tahun.....manalah tau nak main boling..my wife plak dah 5 tahun tak main boling. memanjang masyuk longkang jelah.... sian dia,muka toya jerk.......takpelah, nanti kita gi main lagi ngan anak-anak.....lagipun seronok tengok my kids happy.......