Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Ampun dan maaf dipinta andainya diri Ku ini,


Terkasar bahasa dalam berbicara

Tersilap bicara semasa bersama

Termarah yang tak kena pada tempatnya

Tertanya tak tentu hala

Tertuduh tanpa usul periksa

Terkutuk dengan selamba nya

Tersasul yang tak di sengaja

Tersindir dengan suka-suka

Terpukul kat mana-mana

Terpekik kuat di telinga

Terhantuk atau terketuk di kepala

Terpinjam atau terambil harta & benda

Termoody tak semena-mena

Terumpat bila ada cerita

Teremail benda yang tak sepatutnya….





Di hari yang mulia ini sepuluh jari Ku hulurkan kepada semua,

Memohon kemaafan atas segala kesalahan yang ada,

Kerana diri ini masih bernama manusia,

Pastinya tak terlepas dari membuat dosa.





Salam Aidil Fitri

Maaf zahir & Batin





Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Dari :-

HELMI

SITE NORBAYAH

NUR HAMIZAH

MUHAMMAD HASIF DANIAL

NUR HAZWANI DAFINAH

Sunday, September 13, 2009

Budak kenit




Maseh ingat tak lagi tak budak kenit yg comot dengan kek ni. Last saturday sambut birthday dia yg ke 2 tahun. Kejap je si Nur Hazwani Dafinah dah besar kan.

Dah pandai buat macam-macam.Hari-hari nak ajak pergi jalan shopping. Mulut dia yg paling bising kat dlm rumah. Dia lah yg paling garang sampai kakak ngan abang kena belasah. Tahun ni je 2 kali masuk spital pasal demam ngan cirit-birit. Apa orang buat semuanya nak tiru. Macam-macam keletah si kecik ni. Tak tau lah bila dah ada baby nanti. Jgn dia buat bukan-bukan sudah...hehehehee....

Tuesday, September 1, 2009

Salam Ramadhan

Assalammualaikum.......

Kepada semua rakan-rakan bloggers. Rasanya belum terlambat kot nak wish selamat berpuasa. Ampun kan kesalahan kami jika ada. Halalkan makan minum kami jika ada juga...

Tengah sibuk sket. Orang rumah pun tengah menunggu hari. Yang no 4...heheheeee...
harap semua doakan yg terbaik dan berjalan dengan lancar dan selamat, insyallah...