Pada hari Jumaat lepas, kami telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di syarikat. Majlis nih kami dah plan sebulan yg lalu dan dipersetujui oleh pihak management. Kalu ikutkan, nak buat kat club house yg baru tapi belum siap lagi. Jadi, kena buat kat kantin.
Sebenar nye, semua pekerja perlu mengambik bahagian. Samada nasyid, drama, berzanji dan sebagai nye. Payah pulak nak dapat sambutan. Seperti besa, aku pon terlibat sama lah sbb orang lain takde nak join. Pada awal nye, Pengerusi Kesuka yg ajak aku join group dia. Dia ajak masyuk nasyid dan berzanji. Aku pon terima jelah tawaran dia walau pon aku sibuk ngan kerja. Takan aku nak tolak plak.....
Kami ada 9 orang dlm 1 group. Group aku dah berlatih selama 2 minggu. Masa latihan pon tak pernah cukup orang pasal banyak komitmen keje. Aku pon cuma dapat join 1 minggu je sbb sibuk ngan keje.....
Pepagi lagi persiapan dah di buat di kantin kami. Susun kerusi ngan meja. Angkat pasu bunga. Tukau siling. Hias pentas. Macam-macam lah aku buat. Kami selesai pukul 12 tegahari. Kalau buat sama-sama, mesti bleh settle ngan cepat. Nasib baik lah dapat bantuan dari pihak engineering.
Lepas makan kat kantin, kami ke masjid tuk sembahyang Jumaat. Semua dah bersiap pakai baju melayu tapi aku belum lagi. nanti baju kotor lak. Kat masjid pon nampak dorang pakai baju melayu.....
Dah masuk balik opis aku terus tukar baju dan pakai baju melayu. Kemudian ke kantin tuk melihat persiapan akhir. Bila aku sampei, group aku sorang pon takde. Cakap nak rehersel dulu kat ats pentas. Sorang pon takde.Takpelah, aku melepak tunggu dorang kat sinun....
Nasib baik ada osrang nih bagitau dorag kat surau. Rupa nye dorang tgh training kat surau. Apa lagi, aku terus ke sana. Sempat lah juga aku join test berzanji dan nasyid. Dah pukul 3 petang, kami naik lah ke kantin di tingkat atas.
Ikut aturcara majlis, Group kami yg akan membuat persembahan pembukaan. Selepas tuh ada lagi satu group yg akan menyampaikan nasyid. Selesai MD memberi kan ucapan, giliran kami naik ke atas pentas. Rasa semacam jer. Dah bertahun aku tak naik pentas. Rasa mcm kekok jer. Dok kat barisan depan sekali plak tuh. Gabra kejap tp tawakkal je lah. Yg penting takde masalah....
Mula-mula kami berzanji. Kemudian bersama-sama dgn hadirin semua, berselawat sehingga habis. Sambung balik berzanji. Akhir sekali, kami semua menyanyikan nasyid yg di popularkan oleh kumpulan Raihan, Ya Rasullallah. Semua yg hadir tekun mendengar....
Acara kami diteruskan dgn nasyid dari lagi 1 kumpulan dan seterus nye ceramah yg disampaikan oleh Ustaz. Dijemput khas oleh kami dari Kem Tentera PD. Ceramah yg disampaikan dgn penuh semangat dan lawak jenaka. Ceramah yg berkisar tentang kisah kehidupan Rasullullah dan para sahabat. Kebaikan dan ciri-ciri hidup Rasullullah.
Selesai sahaja ceramah, kami menjamu selera dgn jamuan minum petang. Menu kali ini soto dan juga kueh-mueh.......
Album : Majlis Maulidur Rasul...
Wednesday, April 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Takde orang nak komen kaaa...
Post a Comment