Tuesday, June 26, 2007

Ekspedisi mendaki Gunung Angsi 2007



Dah 2 minggu kami sibuk sebenarnya buat persediaan tuk mendaki Gunung Angsi di Kuala Pilah. Ini juga bersempena dgn aktiviti pertama untuk kelab Kembara KA yg baru ditubuhkan. Banyak aktiviti yg dorang nak buat dan salah satu nya adalah mendaki gunung.

Aku telah dilantik sebagai salah seorang ajk tertinggi di dalam kelab untuk merancang aktiviti luar untuk pekerja. Ia tidak semesti aktiviti mendaki sahaja. Kalau ikutkan, banyak idea yg dorang nak buat. Seperti konvoi berkereta, ekspedisi kayak, racing car, kawad Hari kebangsaan. Macam-macam lagi lah.............



Kami semua dipilih berdasarkan pengalaman dan juga pengetahuan untuk setiap aktiviti yg dirancang. Aku memang ada pengalaman mendaki dan berkonvoi kereta. Mungkin sbb tu aku pon dilantik menjadi ajk.

Hari yg dinanti iaitu Sabtu minggu lepas, kami pon pergilah mendaki Gunung Angsi. Seramai 23 orang terdiri daripada 3 perempuan dan 20 lelaki terlibat dalam ekspedisi nih. Akhirnya kami dapat menawan puncak Gunung Angsi dgn jaya nya.....

Wednesday, June 20, 2007

Perhatian

Perhatian kepada semua kengkawan di Eropah. Aku nak mintak tolong nih. Boss aku cari barang. Ini untuk personal use. Kalau bleh ada kawan yg nak tolong.....

1. CEC CD PLAYER
MODEL : CD3300

2. INTERGRATED AMPLIFIER
MUSICAL FIDELITY
X-80

Nak tau harga berapa. Nnt dia boleh bank-in kat akaun korang. Dia nih peminat barang-barang muzik...

Monday, June 11, 2007

Alahai....

Sibuk benar seminggu nih sampei takde masa nak update blog. Ingatkan dah habeh shutdown, ada lah masa nak buat N3 baru. Ini sibuk ngan mende lain plak.

Dgn tidak semena-menanye, aku dilantik jadi orang kuat kantin. Kawan aku kat HR lah yang punya keje. Pergi masukkan nama aku dalam senarai panel. Last week sibuk interbiu kontraktor baru. Yg skang nih membosankan lauk nye. Memanjang lauk sama je hari-hari. Dah lah lauk mamak. Jadi bebudak kilang dah hilang sabar dan mintak HR tukar baru. Aku jadi mangsa sbb terjebak sama jadi panel. Pening nye aku nak memikirkan hal ni plak. Dah lah 1 hari dihabehkan dgn interbiu orang. Tak siap keje aku.......

Hari Sabtu nye aku sekeluarga pergi ambik kunci umah baru kat Snwg. Dah dapat CF rupanye. Aku tak tau plak. Adek aku yg hantar surat kat umah masa Jemaat. Kalau ikutkan aku dah bosan dah follow-up pasal umah nih. Sampei aku dah lupo kan. Tetiba muncul lak dia. Bila aku telepon tanya pasal kunci umah tu dapat mcm-mcm alasan lak. Yg itu lah, yg ini lah. Nasib baik dah dapat. Kalu tak maun aku bakar opis dia nuh.....

Bayar apa yg patut kat developer. Kena kuar duit lagi. Ambik jelah kunci. Nak buat camne. Terus ke umah baru nak tengok condition nye. Sampei kat situ, wife dah rasa excited especially anak-anak lah. Aku cam besa jer. Dah takde mood daa. Check hape yg patut dlm umah kot ada kerosakan ke. Ada lah defect kecik-kecik yg nak kena komplen. Kena hantar borang lagi.........

Petang nye kami balik ke umah. Dah penat sgt dah. Berehat kat rumah je sampei ke malam. Maghrib nye kami dapat panggilan dari kampung. Mak bagitau Makcik sebelah umah dah meninggal. Alah Makcik yg aku citer dulu tuh. Ingat nak terus balik mlm tuh tapi orang umah ngan anak tak sihat laks. Agaknye penat berpanas kat umah baru tadi. Tangguhkan dulu dan aku plan balik pagi Ahad esok nya....

Pukul 8 pagi kami dah sampei. Ramai dah kat sekitar umah tu. Kebanyakan semua sedara-mara aku yg balik dari KL. Cuma ada kak sepupu ngan Makcik aku yg kebetulan maseh on the way balik dari Kedah. Dorang gi tengok anak buah aku kat UUM Sintok. Jadi lewat sket sampei. Kami nak kena tunggu dorang sampei dulu. Pukul 9 pagi baru dorang sampei......

Orang dah ramai dah kat khemah. Aku sekeluarga dok kat umah dulu sarapan pagi. Pastu menyiapkan barang-barang dan kelengkapan tuk mandi jenazah. Ambik semua mende yg patut dari masjid. Siap semuanye, aku dan sepupu yang lain beramai-ramai angkat jenazah ke tempat mandi. Kena lah tolong sbb anak makcik aku nih sorang jer. Pastu pompuan je lak tuh. Yg menantu sibuk menguruskan mende lain. Nasib baik lah anak buah ramai nak menolong.......

Dah selesai mengangkat jenazah, kami tinggalkan. Maka sibuk lah pihak pompuan menjalankan tugas dorang plak. Mak Andak aku yg jadi lead dan mandikan jenazah. Dia juga yg kapan kan. Dia mmg dah besa sbb dia ustazah kat kampong nih.

Kemudian semua sedara mara diberi peluang tuk melihat jenazah kali terakhir sebelum ditutup. Semua makcik dan mak aku ambil lah peluang tuk menatap wajah jenazah kali terakhir.....

Kami mengangkat jenazah tuk diletak diluar. Nak bagi peluang pada semua yg hadir sembahyang jenazah. Pak Andak aku jadi imam tuk proses sembahyang jenazah. Aku pon terlibat sama. Lepas berdoa, masih ramai orang yg baru sampei termasuk lah MB NS. Rupenye Abah aku yg telepon impom dia. Tak sangka lak dia datang menziarah.

Dah selesai semua nye, aku angkat jenazah ke dalan van. Takde sape yg nak ikut van selain aku dan kak sepupu. Jadi aku ikut lah dgn driver ke kubur. Tak sangka lak driver van jenazah tu atuk sedara aku. Sedara sendiri pon tak kenal....

Setiba di kubur, nampak penggali tgh sibuk menyiapkan kubur. Ada masalah rupenye. Sesambil tuh bersungut membuat keje. Apa ke hal lak nih. Jadi aku pon pergi lah jenguk. Masa tuh semua orang tak sampei lagi.

Sesuatu yg aneh berlaku. Tak payah lah aku ceritakan kat korang. Tak nak mengaibkan sesapa. Jadi korang pempaham sendiri jelah apa yg berlaku....

Selepas tu ramai lah yg sampai kat perkarangan kubur. Tok imam tak bagi hampir ke kubur. Tak nak bagi orang tengok apa yg berlaku. Aku dan sedara lelaki yg lain membantu lah apa yg patut kat situ....

Timbul lak masalah lain. Orang yg nak membantu menyambut jenazah tak cukup plak. Pakcik suh aku masuk dan tolong mereka. Tanpa berlengah, aku bagi barang-barang penting kat adek aku dan terus turun ke dalam. Aku takde pikir apa-apa masa tuh. Niat nak membantu jer. Peduli lah apa yg berlaku kat dalam......

Dengan pantas dorang bantu mengangkat jenazah dan terus menghulurkan kepada kami. Yg lain tuh dah mula berkurumun kat tepi kubur. Semua nye memandang je apa yg berlaku. Kami memasukkan jenazah ke dalam liang. Nasib baik lah takde berlaku perkara lain yg mengaibkan. Sayu plak bila aku tengok makcik dimasukan ke dalam tuh.

Ya Allah, semoga dikurangkan penyiksaan terhadap Makcik aku.......

Kemudian aku pon keluar dan dorang terus kambus tanah ke dalam liang. Baju ngan seluar aku penuh ngan lumpur. Ketepi dahulu dan biarkan mereka menimbuskan kubur tersebut. Mereka pon terus bersiap dan membaca talkin. Aku pergi duduk di bawah pokok rambutan unutk berteduh sesambil memerhatikan orang yg datang menziarah. Semua sedara mara berkumpul bersama-sama. Selesai berdoa, aku pon balik tumpang kawan naik motor. Tak nak lah mengotorkan keter orang lain......

p/s: Kisah ini bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi sekadar mengingatkan semua. Semoga roh nye dicucuri rahmat hendaknya oleh Allah.........................